Followers

13 May 2013

Peralatan Perlu Ada Dalam Kehidupan Perhubungan Jarak Jauh



Sunyi aje tak de entry. 
Siannya bersawang lelabah dah belog kecintaan aku nan satu. Belum tgk lagi sawang di siling rumah. HOr..hor..horr..


Manyak suprise this week. 
Suprise pertama, kakak ipar saya sudah pregnant! 12 weeks. TAhniah Kakak. Berkat usaha dan doa, akhirnya beroleh rezeki pada tahun ini. 

Suprise kedua, saya tak pregnant lagi. 
HAHAHAAHAH... *suprise kerr?????


FYI, sudah hampir 2 bulan aku dan Inche Kitchi berjauhan. LAutan memisahkan kami. BAru 2 bulan ajeeee....  NO big deal , kan? Ada org yg lebih lama dari tu. Lagi 4 bulan dia nak balik. 


Perit sangat ke berjauhan ni?
It depends actually. 


Depends on what?


It depends on HOW YOU SEE it.


Kalau awak nampak SUSAH, maka SUSAH la rasanya.
Kalau nampak SENANG, maka insyaAllah, SENANG. 


NAk share pasal hidup berumahtangga jarak jauh ni , memang memerlukan macam-macam equipment. MAcam nak gi menyeberang sungai, naik sampan. KAlau takde dayung, tak leh jugak sampai ke seberang. Oh, maybe boleh pakai tangan. Tapi, larat ngan tak aje lah. JAdi, sebelum bersetuju untuk menjalani kehidupan berumahtangga secara PJJ ni, korang WAJIB fikir masak-masak about the pros and cons dulu. 


Perkara paling wajib korang kena ada adalah KETAHANAN MENTAL. 
Kena sentiasa positif dan sentiasa berlapang dada. Ketahanan mental ni meliputi pelbagai aspek, termasuklah kebal dari rasa cemburu, syak wasangka dan hilang daya yakin pada diri. 
Dan juga perlu tahan mental apabila disoal-soal oleh orang sekeliling, khasnya orang terdekat dengan kita. 
Perlu korang tahu yg hubungan jarak jauh ni, especially yg ada anak, adalah sesuatu yg dipandang 'dengan penuh rasa hairan' oleh sesetengah pihak. Akan wujud pelbagai andaian dan jika lebih osem lagi, RUMUSAN dari pada mereka tentang kehidupan yg anda lalui, bagaikan mereka yg melalui kehidupan tu, bukan anda. 
Jadi, pekakkan lah telinga. Hanya anda yg tahu apa yg anda lalui. 
Hubungan jarak jauh is not that bad. NOt that hard. 
So, people... Please give us some space, will ya?
Dan pada mereka yg berjauhan dengan pasangan, rileks!
Jangan lekas melenting bila disoal-soal. 
Anggap aje lah mereka itu peminat-peminat anda yg sangat full with curiosity about your extravagant life. TAk ramai yg boleh hidup macam gitu. 


Perlu anda tahu bahawasanya duduk jejauh tak semestinya kurang kasih sayang. Duduk dekat-dekat tak semestinya hari-harinya penuh keromantisan. Jika belum pernah cuba berjauh-jauhan, cubalah. Sesekali, best tau. KAlau selalu, aku tak jamin lah. HEee...


Perkara lain yg anda perlu sediakan untuk memilih kehidupan PJJ gini adalah KEMAMPUAN MENGGEMBIRAKAN DIRI SENDIRI.
Ini bukan bermaksud bergembira dengan mencari 'pasangan simpanan' di merata-rata tempat. Believe me, once u start cheating on your partner, your life will never be happy! So, jangan nak perasan sangat yg anda itu hebat bila mampu menipu pasangan yg anda nikahi secara sah. Allah marah tu...~ 
MAksud menggembirakan diri adalah, pepandai lah kau nak bawak diri gi memana untuk memastikan fitrah manusia yg sukakan keseronokan tu tertunai.Takkan nak duduk sorang  bila rindu suami je, berendam ayaq mata. Sampai bengkak mata nangeh sengsorang. HAih.. stress kot.
Aktifkan diri dengan hobi. Jangan hanya terperuk di rumah , tak tahu nak buat apa. Sibukkan diri. 
Ada orang suka sibukkan dengan kerja. Ada yg sibukkan diri dengan mengumpul sudu dan sos cili KFC. Yeahh, hobi mcm gitu pun ada hoke. Sukati koranglah nak wakpe asalkan mendatangkan faedah kepada diri, dan juga poket korang. 


PERSEFAHAMAN adalah WAJIB ada between pasangan. Lebih kurang macam kuali Astro dengan pancaran satelit. Kalau tak kena signalnya, antenna nya pusing kot lain, tak dapat la channel. Tak kisah la berapa batu jauhnya pun, kalau persefahaman ada,memang takde masalah.  KAlau dah namanya berjauhan, berilah sedikit ruang. Sudah tentu berjauhan gitu bersebab, bukan? Biasanya sebab nak cari duit la , ye dak. JAdi, berilah ruang sekiranya pasangan itu tetiba tak sms, atau terlupa nak call untuk wish besday atau pape hari yg spesel. Jangan terlalu cepat merajuk. Kalau PJJ ni,perbuatan merajuk adalah merugikan masa sebenarnya. 


Sediakan diri dengan ability dan capability. Untuk suami yg kena pergi tinggalkan isteri, sediakan isteri. BErikan kereta. PAstikan isteri pandai memandu, punyai lesen. Ajar dia memandu sendirian. KAlau lagi terer, ajar la sesiap seni mempertahankan diri ker...  NAk ajar pegang senjata api takleh la plak. So, ajar la dia bermain senjata pape je yg senang. HAHAHAH~MAna la tau kan? Equip your wife, kalau si isteri tu macam 'manja-manja' sangat. KAlau yg dah memang jenis GANAZZZZ tu, memang takyah risau dah. Ko tinggalkan lori pasir pun , slamber je dibawaknya gi pasar beli ayam. Apedehal... Haa.. yang tu senang citer. Sediakan isteri talipon yg paling canggih di donia. Senang nak 3G . Lektop ke.. PApelah yg perlu. Skang ni zaman moden. Orang dulu2 berjauh-jauhan bertahun tak balik elok je. MAsa tu berkomunikasi pakai burung aje kot. TApi, skang, takkan nak pakai burung lagi....??? Dan as for the suami atau org yg nak keje jejauh tu, pastikan diri mudah dihubungi untuk kecemasan. Tinggalkan nombor-nombor yang senang dihubungi jika berlaku kecemasan. 



As for me yg biasa berjauhan, MEKANIK kereta adalah penting kerana kereta adalah nyawa. TAkde keta, takleh kerja. TAkde kereta , kang anak-anak demam ke hape, jenuh woiii. Pilihlah mekanik yg anda percayai. Buat la kawan. Bila suami jauh-jauh ni, kalau keta rosak, takkan le plak nak gi talipon suami seberang laut mengadu. KAlau aku, talipon suami minta duit je. HAHAHAHAH~ Pun begitu, suami saya sudah menyediakan seorang mekanik yg sangat baik. So, bab keta sy takyah riso. Rosak aje, saya bersin "ah chew..ah chew..." sampai la mekanik tu. HIkhikhikhik~ Sebenarnya, memang sejak tahun pertama kawin lagi aku dah berPJJ. Dan mekanik BAmbam Bee adalah number yg berada di speed dail nombor 1 tau ..... ~ Maklumlah, keta champion .



Jiran-jiran yang baik juga penting. BErbaiklah dengan jiran. Sebab kalau ada pape, senang nak mintak tolong. Nabi suruh berbaik-baik dengan jiran tahu! Nabi ajar tuu...~ 


Nombor telepon fast food yg ada delivery. HAHAHAHAHA... YANG NI WAJIB WEH!!!! Untuk kes emegensi seperti gas habih. *habih la sangat, ye dak? 



Sokongan keluarga. Sebaiknya, family memberi perhatian, prihatin dan menyokong mereka-mereka yg berjauhan ni. KAdang-kadang , ianya terpaksa dilakukan. TAk semua orang boleh bekerja balik hari-hari jumpa keluarga. Keperluan hidup berPJJ ni bukan sahaja kerana nak cari duit semata-mata. Ada orang yg terpaksa pergi untuk menyumbang bakti kepada negara. Ada yg pi mencari ilmu.  JAdi, hargailah pengorbanan, and give them credit for the sacrifice they made. Memang tak mudah berjauhan dengan pasangan. Hidup vulnerable, kadang-kadang lemah. PAsangan takde di sisi, maka familylah tempat mencari semangat. So, FAMILY....... play your role please. No judgment here. 


Memang normal sesekali rasa sunyi dan kurang kasih sayang. TApi, kita adalah grown ups. BUkan kanak-kanak. MAsing-masing ada tanggungjawab. Sementara masih sihat dan kuat, bekerjalah. Cuma, kena juga bijak mencari masa untuk bersama keluarga. Sudah penat kerja tak balik-balik, boleh la luangkan masa sebulan bersama keluarga, misalnya. MAkan angin. Gi hanimun ke...  Quality time is important. Dan, berPJJ ni sebenarnya membuatkan kita lebih menghargai pasangan. Sentiasa cari jalan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta sesama pasangan walaupun masa bersama tu tak lama. Dan ingat, jangan compare kehidupan berumahtangga anda dengan orang lain. Memang takkan sama punya. 


So...ni jelah kot so-called-tips yg aku tulis berdasarkan experience aku sendiri. Kalau korang nak ikut dan jadikan inspirasi, silakanlah. HAHAHA.. TAkde la aku cakap yg hidup PJJ ni senang dan bes sebab boleh buat macam-macam. NO! Sebagai isteri dan muslimah, banyak yg kena jaga. TAk bemakna tak ada suami di sisi kita tak payah jaga diri. LAGI LER KENA JAGA MACAM-MACAM. Korang dah lama ikut belog aku sure dah tau dah faham dah kot.



Mekasih sebab baca.
Sila tepuk tangan kalau suka.
Clap! CLap! Clap! Clap!!!
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram