Followers

23 May 2013

Oh My Oni.


 Yeahh...


Seperti biasa, tatkala orang-orang gomen sedang bizi menikmati gaji mereka yg baru masuk hari ni, aku pulak  'zaaaaaaaaaaaassss' outstesen bagi memenuhi permintaan mereka yg nak buat polisi insurans samada untuk diri sendiri, anak-anak, isteri pertama, isteri kedua, isteri bongsu, adik-adik atau untuk ibu bapa mereka. 


*Sila jangan tergezut. Seorang lelaki yg boleh kawin lebih dari sorang memang sangat mampu beli insurans. They are my VALUABLE CLIENTS!!! BAnyak future prospect. mihmihmih..~


HAri ni bergerak dari Alor Setar jam 8 pagi. Keluar sama-sama dengan Alang. ALang nak kena amik Linda yg balik asrama juga pada hari ini. Wawan tinggal dengan Alang. 
Oni plak aku bawak bersama sebab Oni masih tak berapa nak sihat. 
Dah 3 hari dok mention "sakit perut" jek, tapi makan takmo.
 JAdi, aku nak pi mengadu kat doctor kesayangan ramai .. Dr. Ling.

Dr. Ling adalah doc yg merawat Oni sejak Oni kecik lagi. BAnyak kesah Oni ngan doc ni dalam entry-entry sebelum ni. 


 Dalam perjalanan ke MAnjung, aku singgah RnR Gurun lebih kurang jam 9.30 pagi gitu. Terlupa pulak nak top-up Touch n Go. Tetengah aku dok kalut-kalut kat pintu keluar kiosk kat stesen minyak tu, tetiba ada ramai mat rempit masuk. KONVOI. Semua naik moto LC, kalu tak silap aku la. Ramai le jugak. 

Disebabkan mereka hanya naik moto LC, aku tak begitu teruja nak usya sangat. GAGAGAGAGAGAGA.... 

Elok je aku bukak pintu nak keluar, tetiba aku nampak susuk tubuh yg memang aku kenal sesangat. Tuan punya badan tu pun kenal aku. 





ADIK IPAR haku daaaa.......... si Aie. 


Semalam aku dah jumpa dia dah. Dia dtg umah aku nak bayar wang perlindungan. Awal-awal lagi dia dah kabo yg dia takde sampai hujung bulan sebab nak gi konvoi. TApi aku tak expect la nak jumpa kat Gurun. HAHAHA..  

Excited la ONi bila nampak PAkTeh dia. 
Dan dan tu gak suruh PAkteh beli cekelet kat dia sebab dia mintak kat aku, tak dapat. 
Bijak..bijak... 
TApi, PAkteh tak beli pon kat dia. JAdi, Oni pun merajuk..buat muka sedih. 


Aku berjalan menuju ke kereta. 
Dekat je jarak keta dengan pintu keluar kedai.
 Tetiba, Oni jerit...


"IBU!!! Tu kan keta Alang...." katanya sambil menunjuk ke satu arah. 


Aku pun toleh. 


Yela.. Keta Alang parking kat pam minyak, sebelah aje ngan moto adik ipar aku. 
Alang punya usya semacam je kat Aie. MAybe dia rasa macam kenal kot. 
NAk tegur kang salah orang plak..


Udah bila Aie datang salam aku baru lah ALang yakin sepenuhnya bahawa itu adalah adik ipar kakak beliau. HAHAHAHAHAHHH~


UDah jadi jejak kasih kat Shell RnR Gurun dengan tak semena-menanya. 
PAdahal, selalu aje jumpa kat rumah!
Dan tetiba rasa best bila ada ramai adik ni. HEHehhehe.. Adik ipar pun adik la jugak kan.

******


Sepanjang jalan dari Alor Setar sampai le ke Lumut Oni asyik cakap sakit perut je. 
Dia ade la makan bekfes tapi sikit sangat.
 Donat seketui pun tak abih. 
Alhamdulillah, takde plak dia muntah-muntah. Cuma nampak dia lemau sikit ler. 

Sampai je Sitiawan, aku terus gi Klinik PAkar Ling. 

He was quite suprised la juga bila tengok Oni. Dah lama ONi tak datang klinik dia.
 Dia lagi suprised bila dia tau yg kami datag dari KEdah. 
MEmang dia agak flattered gak la bila aku cakap yg even aku dah pindah ke KEdah pun, he is the best doctor and I trust his advice. After what he did selama ONi membesar di Lumut, aku memang percayakan diagnosis dia kebiasannya. 
Giler fanatik tak? KAt doctor pun nak fanatik~

Haku bawak sume ubat ONi yg ada. Doc check berat Oni, body temperature. Oni pun dah tak takut dah kat Doc tu. DOc soh selak baju, dia selak je. Doc ketuk perut dia pun , pasrah je rupanya. 
I just want to make sure, kalau ONi sakit perut, what kind of sakit perut that she is having.
TAkut sakit yg lebih teruk.. 
KAlau kembung perut pun, berlarutan lama, bukankah ianya lebih merisaukan?
Dah le takmo makan plak. 
Sebelum ni tak pernah macam gini tau~ Ini first time ONi demam, muntah dan takmo makan. 


TErbukti, perut ONi kembung. 
TApi, tekak ONi ok. 
Means ONi takmo makan due to perut dia ada angin je. Thats why la offer apa menda pun Oni cam takde nafsu nak jamah. 
Doc suruh tukar ubat. Ubat angin dia tukar lain. Ubat tahan muntah pun bagi lain. Then Doc kasi ubat untuk kuatkan usus dia. 

Doc pesan,kalu dia takmo makan jangan paksa.
NAnti dia lapar,dia akan makan sendiri.
Bila dia refuse makanan tu tandanya perutnya belum bersedia menerima makanan. 

"I don't expect sakit perut sebab kembung ni akan baik segera. Akan ambil masa jugak la. Tapi, lama-kelamaan akan berkurangan. Just make sure dia minum banyak air. KAlau dia dah tak muntah dan cirit-birit, itu tandanya dia sudah ok. CUma, jangan risau sangat kalau dia tak mau makan. Normal tu..."


Pehtu, Doc kasi gula-gula 2 bijik, dengan sticker gambo katon comel-comel. 
Wah, sengeh ONi sampai telinga!


Oni jadi lain macam sikit lepas jumpa Doc tu.
Sebelum ni, segala gula-gula, eskrim aku offer dia takmo.
TApi, gula-gula sekupang 2 bijik tu dia buleh plak makan dengan lahapnya. AIh!
Doc LIng jampi siap dah agaknye. HAHAHAHAHAHAH~ 


PAstu, aku ajak dia jumpa Cik Jahar (Encik Azhar) plak.
Dia tau yg Cik Jahar tu adalah bos aku. 
Dia oke jer. Excited dia kalu buleh gi masuk tempat keje Ibu dia. 
Pehtu, aku gi lunch kat Secret Recipe dengan kroni-kroni kebiasaanya - Kak Nor, Kak Ju, Rohaijah dan sorang agen baru yg aku lupa nak tanya nama dia. Tapi, dia kenal Inche Kitchi. 

KAt Secret Recipe tu, Oni makan plak. 
TAk banyak , tapi nampak la yg dia ada selera nak makan. 
LEga hati perut aku tgk dia jamah makan. TApi, air masak memang tak lekang le dari tangan.
 KAt mana pun dia usung je air mineral. BAgoz tak ?


"BEst la buleh makan dengan kawan-kawan Ibu.... " kata Oni. 
MAybe dia seronok makan ramai-ramai.
 FYI, kawan-kawan Ibu tu suma kawan dia. Ngeeeeeeeeeee...


PEhtu , aku nak antar dia gi umah MAma As.
Oni cakap plak...

"Kita pegi lah jumpa Acik Ida dulu sebelum pegi rumah Mama As...." pintanya. 
Acik Ida is Haida Kamaruzaman as known as founder HKCC. 
Aih.... kamceng tuhhhhhh dia ngan Acik Ida dia. 

Dalam hati aku, maybe dia rindu kat Acik Ida dia kot. Sebab dia macam excited je bila sebut nak gi Lumut. 


Tapi, atas sebab-sebab teknikal, takleh jumpa Acik Ida hari ni. So, aku terus hantar dia gi umah Mama As.


Sebaik saja dia nampak Mama dia, pehtu nampak plak Nurul, kakak sebantalnye, terus masuk rumah. TAk pandang da aku. PAdahal, dalam keta tadi, aku tanya dia nak tido umah Kakak Nurul tak, dia cakap TAKMO. Nak ikut Ibu...katenye. 
TApi, nih camne?
NAmpak KAkak Nurul je, terus masuk umah, main. 
Lerrrr....

AKu tanya dia, ada sakit perut lagi tak? Ada nak muntah tak?




LAju je budak ni geleng-geleng. "TAK ADA DAH , Ibu! Dah baik......" kendian sambung main. 


Ohhhh... macam gitu rupanya. 


Anyway, aku dah lega dah.
TAdi lepas ISyak aku call Mama As tanya kabor Oni. Kot le dia nangeh nak balik ke, or sakit perut ke.

"AKak kat luar ni. Gi bawak bebudak beli barang. Jalan-jalan. Oni ok je. Dia makan nasik tadi. TAkde demam. Takde nangeh. Baik aje ni duduk ngan Nurul. Biarlah dia tidur rumah akak. Besok Liza habih kerja, ambil la..."


Wahhh....  !!


Syukur ya Allah.
Harap Oni bebetul sihat. 
Banyak aiskrim dalam peti ais nak kena perabih......~hehehe.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram