Followers

29 May 2013

MAkbed mutah-muntah kembali



Saya kehilangan 2 kilo secara drastik selepas 4 hari menderita sakit perut sehinggalah terpaksa dihadapkan ke hospital kerana badan sudah tak mampu berdiri teguh. 

Nak menaip ni pun, tangan terketaq-ketaq. 


Nasik sy tak makan.
HAnya makan apa-apa yg terlintas di hati je.
TApi, sempat le masak lontong untuk dijamu pada orang tua Makbed yg datang ke rumah. Diorang stay umah Makbed lama kali ni sempena cuti sekolah. 

Oni dan Wawan sudah  sihat.
Hanya aku je. 
Makan macam-macam juga, tapi taktau le mesin pengisar dalam perut aku ni proses laju sangat gamaknya, hasil-hasil kumbahan sumanya cair aje. 
Berkali-kali pegi tandas sampai dah rasa takmo pakai seluar dah. NAk pakai baju je jalan dalam rumah!
Tapi, udah mak abah aku ada. Kang kena penampaq sedas plak. EHehhehee...


Semalam, Abah nak gi Sik.
Aku pesan MAk , kalu jumpa mempelam muda beli la .
Sikit pun xpa. 
Tekak ni terasa melekat-lekat , makan apa pun suma tak sedap.
MAk memandang serong kat aku. 

"Lerr.. apa Mak ni?" 

"Abah hang pun sama. Dok cari pelam muda. PAsepa hangpa ni?" tanya Mak, musykil. 

Aku biar je soalan MAk tu dibawa angin. Tak larat nak bersuara sebenarnya. 


MAlam tu, Mak balik.
BAwak mempelam muda 4 biji.
Kecik aje pun.
KAta Mak, anak murid Angah bawakan. Memang rezeki aku lah. 

MAka aku pun, zzzzuuupppp! Gi dapor. 
BAsuh suma pelam tu dan terus kerat sebijik. Dan NGAP!!


Ahhh.. nikmatnya makan pelam.
Dah lama tak makan pelam muda. 
TAk smpat plak nak buat garam belacan sebab aku mmg nak baham mempelam dlu.


MAsa tu jam 11 malam. 


Abah plak nampak aku dok kunyah pelam, dengan pisau di tangan. 


"HAng pasepa pulak? Lekat baby lagi ka dalam perut?"  Abah aku pulak tanya, dengan pandangan 'serong'. MAksudnya, pandangan mata kecik, sambil kepala senget sebelah. 


"Mana ada.. Saja ja nak makan pelam..." 




Nak kena ngandung dulu ke baru leh makan pelam muda?













Aku simpan baki 3 lagi pelam tu untuk besoknya. Supaya leh cicah ngan garam belacan buatan sendiri. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram