Followers

22 May 2013

Jom Layan: Game Of Thrones



NAtijahnya beberapa hari tak kerja, ini adalah salah satu aktiviti aku kat umah. 





 Seven noble families fight for control of the mythical land of Westeros.



Series ni dah lama dah kat HBO, tapi sikit pun aku tak heran nak tengok. 
Alasan paling kukuh adalah:
AKU DAH TAKMO TERJEBAK DENGAN SERIES sebab kang ketagih. Betui dak?


MAlangnya, disebabkan aku kat umah menjaga anak-anak yg sakit , aku banyak gak la melenggak depan tv. 
Buleh plak terlayan citer ni. 
Game of Thrones (GOT) dah masuk season 3 dah pun. 
JAdi, untuk mengisi masa boring, marilah kita tengok citer ni online je. 
Inilah cara yg paling efektif untuk habihkan series tanpa perlu menanti episod yg akan datang.
MAlah, episod lepas-lepas pun buleh tgk gak. 
Yiippee!


Best jugak citernya.
Mungkin korang tak minat nak layan. 
Aku pun tak minat biasanya citer gini.
Sebelumm ni penah tengok Spartacus, tapi aku tak minat nak sambung tengok selepas Season 1 nye dah habih sebab GELI.
KAlau ko tengok online, lebih menggelikan sebab tak de censored. 
Buwek!

But GOT ni berbeza sikit.
MEskipun ada jugak part yg menggelikan, like flashing nudity and stuff (kalo tgk online) but, jalan citernya lebih adventure.
CUMA, complicated sikit sebab trlalu banyak watak penting di dalamnya. Dan ianya berkait antara satu sama lain.


GAMES of THRONES telah di'realiti'kan daripada novel bertajuk sama... 
Termasuk dalam kategori epic fantasi. 
Dah namanya fantasi, so mestilah osseeemmmmm kan. 
GOT mungkin agak meleret sikit kesahnya tapi ianya ada peminatnya yg tersendiri.


BErikut adalah beberapa nasihat bagi yg bercadang nak tengok GOT ni:

  • KOrang kena ada mata yg tajam. Ianya penting bagi membezakan watak dalam citer ni because mostly muka diorang nak sama. Stress!
  • Puas hati la tgk citer ni sebab graphic nya lawa. (BAJET JUTA-JUTA tau nak buat GOT ni). KAlau korang tgk online yg takde censored plak , memang nampak betui je kepala putus, kaki tercabut, otak keluar... 
  • Citer ni penuh dengan keganasan dan scandal. Minda-minda yg cerdas je boleh tengok citer ni. 
  • Budak-budak tak bawah 20 tahun takleh tengok! Dilarang sama sekali. 
  • Untuk korang lebih faham citer ni, korang kena kenal character setiap sorang. So, nak memudahkan korang, silalah ke Game of Thrones wiki. Boleh tengok semua character dan korang akan paham le susur-galur keluarga depa dan isu-isu berbangkit yg diceritakan dalam GOT.  Itu le yg aku buat. Tetiap kali nak layan GOT je, aku bukak sekali wiki GOT tu. KAng nak refer balik senang. *Siyes pulun!









The Vampire Diaries Season 4 dah habih dah......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram