Followers

20 May 2013

HARI MUNTAH SEDUNIA



 Ujian bulan May agaknya... 
PAkat-pakat sakit semuanya.
Dimulakan dengan aku.
Kemudian, turun ke Wawan.
Dan skang ONi. 


KAta oang tua-tua, kalau nak tukar 'bulan' memang selalunya demam.
HEEHE..


Aku, Oni dan Wawan masing-masing lahir on the 20th , 22nd and 21st. 
Bulan yg berlainan. 

Jadi, mungkin la logik kot demam nak tukar bulan ni. 



Wawan sudah ke nursery hari ni.
Lepas kepalanya digondolkan , demamnya terus kebah. 
Cuma masih belum mahu makan. 
Pun begitu, dia masih mahu minum susu walaupun tak kerap. JAdi, aku isikan nestum (without his knowledge, of course) supaya perutnya terisi sikit. 


Ingat kan aku buleh tido lena lah pada malam itu. 
Tetiba, ketika aku sedang menonton The Voice sambil menjamah Chocolate INdulgence , Oni plak tetiba 'bruaaaaakkkk!' atas sofa biru kesayangan. 
Aiseymen..... mengapakah di atas sofa??

Oni yg bingung-bingung tetiba menangih. 
Sememangnya sejak petang dia mengadu perutnya sakit. 
AKu memula ingat dia memain je sebab dia ni memang jeles tgk adiknya makan ubat.
Dia pun nak juge. 
MEnjelang malamnya, she refused to eat anything. A bit different than usual... Selalunya dia nak makan nasi. 

Lepas muntah kali pertama, Oni muntah lagi 15 menet yg berikutnya. 
PAstu, sebelum tengah malam, dia muntah lagi. 
Jam 1 pagi, dia muntah lagi. 
Punya terlalu kerap muntah, Oni sudah tak menangis lagi.
Dia cakap perutnya sakit dan minta disapukan minyak angin. 
MAsa tu, Oni takde pun demam. 
Cirit pun tak. 
 Compared to what happened to Wawan a day before, Wawan lebih tragis. 
Muntah banyak, siappakej cirit-birit. 


Perut Oni masuk angin ke?


Aku sapukan Losyen PAti Halia kat perut Oni. 
SIkit je.
Oni tido nyenyak selepas tu. 
Terpaksa aku tak bagi susu kat dia sebab takut muntahnya jadi lebih teruk.

 

Sepanjang malam aku pantau Oni. Memang lansung aku tak tido. 
Dan ONi lebih kesian.
Setiap kali dia batuk, dia akan muntah. 
Sampai jernih muntahannya. 
HAnya air je yg keluar.
Setiap kali lepas muntah, Oni akan minum air. 
HAnya air suam saja yg boleh masuk ke tekaknya. 

Katil aku tu dah bau muntah dah.
Aritu muntah Wawan.
SKang , muntah ONi plak.
BAu masam satu bilik. 
Oni muntah sejam sekali. Asal jaga je, muntah.
Sampai tertonggeng dia. NAk jalan ke tandas pun tak mampu. 
DIa hanya mampu duduk di katil dan pasrah je. 
KAlau dia rasa nak muntah, kat mana dia berdiri, kat situle dia muntah!

Then, aku suruh dia tido bawah.
Amik tempat Wawan.
Wawan tido atas. 
Aku risau Oni jatuh katil je sebab nak elakkan muntah atas katil aku. 
So, kalu dia muntah atas tilam kerajaan tu, aku tak kisah sangat. 
TAkpun dia nak muntah atas simen ker.
KAt tepi Oni aku sediakan tuala. Muntah je lah atas tuala tu sebab muntah hanya keluar air je. So takde la teruk sangat. 


Pagi tu, ONi tak gi sekolah. 
Dia masih lagi muntah masa aku solat subuh. 
KAli ni dia dah pandai handle diri sendiri. 
Dia muntah, dia lap.
Udah macam orang mengandung aku nengoknye.
KEsian pulak. 
Apahal laa anak aku ni.... Dok tak duduk muntah. 
BIngung betui aku.
KAta cikgu, takde pun ONi skip makan. 
CUma ONi memang kurang makan le lately. Tapi dia still makan. 


Wawan dah sihat sepenuhnya.
Alang hantar dia gi nursery. 
Mata ONi dah kuyu.. Letih.
Risau sangat kalau dia dehydrated. 
AKu suruh dia minum banyak air. Otherwise, dia akan tido kat sepital hari ni.
SUngguh-sungguh dia takmo .
Maka, dia minum air jelah. 

LAgi banyak air dia minum, lagi kerap dia muntah. 
Sambil bercakap pun, dia buleh uwek-uwek tau. 
Sambil uwek-uwek pun, dia boleh bercakap dengan aku. 
KAt mana tempat yg dia tak muntah?
Depan tv?
Atas tilam Alang?
Tilam Alang tu lagi kesian. 
We have to flip it once after Wawan puke on it.
Then today, ONi plak puke on the other side.
So we have to flip it back to the other side. 
HAHAHAHAHAHH!
 Punya la takmo kasi ONi muntah bersepah, aku soh dia dok satu tempat je. 
Keliling dia aku letakkan kain buruk, tuala..
Bila dia nak muntah, silalah muntah atas kain tu. 



 Kendian aku tak bagi dia pakai baju.
MAsa aku snap gambo ni, dah berapa kali dia muntah ntah. 
TAbah betui la anak aku yg sorang ni. 
Dia takmo makan pape sebab takut muntah.
PEnat, katenye. 
TApi, aku paksa gak soh makan nasik panas-panas, dengan sup yg aku masak. 
Jamah sikit pun jadilah.
Tolong legakan hati Ibumu ini. 
MAka, dia pun jamah la. 



Aku bawak gi hospital lepas badan ONi didapati panas. 
Oni lemah betui.
Tetiba je nampak kurus sangat. 
Dah le mmg tinggal tulang aje. 
Ni muntah-muntah plak lagi. HAih!

Alhamdulillah... dia takde pape.
Lepas amik ubat, aku bawak dia balik. 
Doc tak kasi ubat tahan muntah.
HAnya bagi ubat angin je.
PAdahal dah mintak tu. 
Sudahnya aku gi beli je kat farmasi.
Lepas makan ubat tu baru lah ONi dah tak muntah dan buleh tido dengan aman damai. 


AKu pon tido skali. 
Memang letih gila.
Bajet nak ilangkan penat, tapi bangun-bangun tu kepala aku pening plak. Padahal tido kejap aje. 





 PEtang tu , Oni request nak cool blog. 
Tapi dia tak minum. 
Wawan balik dari sekolah, dengan cargasnya memulakan aktiviti rutinnya iaitu membuli ONi. 
Da sihat la tu. 
TApi, ONi takde mood nak layan. 

Dan tetiba je time Wawan dok siok main tu, Wawan muntah. 
Muntah atas tilam ALang!!

Sekali lagi!


AKu dah gelak berdekah-dekah dah. 
HAAA..
Satu rumah bau muntah beb. 


Aku cuma mengawasi mereka supaya tak mendekati sofa di ruang tamu je. 
Jangan berangan nak muntah kat situ!


BErkat cuci muntah selama 3 hari ni, aku pun dah imune ngan muntah. 
Kalau tak tu loya-loya gak la. 
Skang ni, sengih je la. 
Muntah la.... 
Asalkan ko bahagia. 



 
Itulah kisah aku yg penuh adventure pada hari ini. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram