Followers

21 May 2013

Entri Manja-Manja Jer..



Kerja dah tertangguh seminggu dah.
Badan Oni still panas. Sebolehnya aku takmo hantar Oni gi sekolah namun apakan daya, dateline dah dekat.
Aku nak kena gi opis saaaaaaatttt je, pehtu nak gi jumpa Pesuruh Jaya Sumpah kat tengah bandor tu. TU JE keja yg aku WAJIB selesaikan.
Kerja lain banyak agi, tapi dalam keadaan cam ni, aku kena prioritize mana lebih penting.

Tugas tu hanya memerlukan masa paling lama pon sejam je untuk diselesaikan.
Dan, nak taknak aku kena tinggalkan Oni jap kat sekolah dia biarpun dia masih lagi demam bersuhu 38.2 darjah selsius.

 Memacam aku pesan kat cikgu Oni, antaranya:

-kalau Oni muntah lagi sila call.
-kalau demam panas sgt, masukkan ubat bontot.
-aku gi sejam je. Sebelum pukul 11 aku amik. Kebiaaannya bila anak demam, aku prefer jaga sendiri sampai baik.
-Oni belum makan dan mandi.


Dalam masa sejam tu aku pun pecut le gi settlekan keje. Sebelum tu, aku balik rumah dulu, tukar jentera. NAk gi bandar Alor Setar di hari kerja menaiki jentera berat adalah tidak digalakkan. Susah parking! So, aku tukar la dari BAmbam Bee menjadi BElalang Tempur. JAdi, save la masa mencari parking dan aku berjaya habiskan tugas aku dalam waktu yg telah ditetapkan. 


Lepas habih tu, aku gi jemput ONi kat sekolah as promised.
Oni dah siap mandi, pakai bedak dah.
TAkde pun muntah-muntah hari ini. ALHAMDULILLAH.
ONi lebih ceria.
BAdan pun kurang panas. Maybe sbb cikgu dah bagi makan ubat, dan dia pon baru je lepas mandi.


Then tetiba Cik Oni bersuara....

"Ibu, petang ni kita makan KFC boleh tak?"


Hoh... dah nak makan dah. Ok la. Apa aje lah yg kamu nak..  Ibu beli. JAnji kamu nak makan. BAgus gak, Bolehlah Ibu cuti masak hari ni. YAhoooo~~~!!


Uncle sebelah umah gitau yang besi longkang depan umah dia kena curi. Dia pesan soh aku jaga-jaga.
Banyak dah kes curi kat taman aku ni. KAdang tengah-tengah malam aku nampak polis round-round dengan lampu keta dia yg liplap kaler biru tu. Huu~ Musti kejar pencuri tu. TAkkan kejar vampire pakai kereta peronda polis lak kan? 


23 sampai 25hb aku gi Manjung tau. 
Akak kawasan nak kutip wang perlindungan ni. 
KAli ni maybe bawak Oni sbg orang kanan.

Pehtu 31hb aku travel plak gi KL. Sampai 2hb. 


Hujung-hujung bulan memang ginilah kerja aku. Di hari lain, aku biasa je. Semoga anak-anak suma sihat hendaknya. Senang hati Ibu dan Ayah nak mencari rezeki. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram