Followers

16 May 2013

"Cikgu suruh ONi kutip coklat atas simen..."


Kugagahi melangkah ke opis hari ini demi menyelesaikan sedikit tugas. 
The big task was done at home. Tapi, selagi tak antar gi opis, maknanya tak selesai la tugas tu. 
So, misi aku tadi, kuar hanya untuk gi masukkan hasil kerja aku dalam drawer submission aje.
NAk pegi tu 15 menet.
NAk masukkan dalam drawer tu, 2 menet jek.
HAAAAA.... dengan aku yg takut cahaya mentari, dan demam plak... bercinta wey nak keluar. 


PAstu, balik rumah tetiba plak ado notis poslaju. 
Pakcik poslaju baru je blah 5 menet lepas aku sampai umah. 
Dah le besok Jumaat. Pejabat pos tutup.
Tunggu hari Sabtu jela. 


HAri ni dapat berita tak berapa bagus. 
Sorang lagi client kecil, sebaya ONi disyaki sakit kanser paru-paru. 
Ohh...  Ibunya rakan saya. 
NAk cerita pasal dia ni... haihh. Saya belum bersedia lagi mahu kongsi. TErlalu banyak kedukaan dalam kehidupannya, dan kini teruji lagi dengan anak yg tidak sihat.
Anak tu la satu-satunya harta yg tinggal padanya kini. 

Pun begitu, aku akan share jika dia stuju kisahnya dikongsi. 
Insyaallah....  *kena minta izin jugak tau walaupun tak letak nama sebenar. 



HAri ni ONi excited nak ke sekolah. 
Ada sukaneka sempena sabutan HAri Guru. 


 


BAgus hantar anak ke sekolah ni. Yang tu semua orang tau, kan.
TApi, pada hemat aku, ONi banyak berubah sejak bersekolah. 
KAta cikgu, dia lebih berdikari. 
CUma di rumah je dia ngengada nak aku buatkan semua. 
Aku sarankan korang hantar aje anak ke tadika seawal usia 4 tahun. Atau kalau ada anak lagi kecil, hantar ke play school. 
Anak-anak boleh explore macam-macam , belajar dan mengenal pasti kebolehan diri. 
Awal-awal memang nangeh je. TApi, lama-lama insyaAllah ok. 
Ibu bapa boleh ajar macam-macam juga, tapi jika dibantu guru yang sememangnya terlatih, lebih bagus. BAlik rumah, ibu ayah follow up.

Wawan pon aku dah hantar masuk playschool, sebelah je ngan skolah Oni. 
Kesian plok nengok dia duduk ngan pengasuh. TAkde arah tujuan plak. Asyik tido je. Rumah pengasuh takde budak dah. Dia je budak. Dan pengasuh pun kerjanya mengasuh je. Tolong jaga. TAkde le nak ajak gi main ke, jalan-jalan ke. 
SIan plak si Wawan. 
Oni lah yg beruntung. Pengasuh dia suma jaga dia molek sampai telinga pun bersih dicuci. BAwak gi jalan-jalan suma. Pengasuh ONi lagi rajin bawak ONi berjalan daripada aku ni. 


 Sekarang ONi lebih lembut hati.
Lebih fokus. 
KAlau aku bercerita, dia akan dengar. 
Dulu, aku cerita apa pun, dia asyik melompat je. Bukan reti dok diam. 
SKang, takde dah. Ibu citer apa pun suma dia dgr dengan penuh excited.
Dah pandai tengok tv, dan faham jalan ceritanya. 
Wawan pun pandai tengok tv skang~ 
TApi, depa dua orang ni memilih sikit channel tv depa. 
Oni lebih serius.. 
TAhukah anda dia suka tengok citer Tanah Kubur?
Wawan, lebih suka tgk citer Lipas(Oggy) tu. 

Oni dah tau apa itu HAri Ibu dan Hari Guru. 
So, dia da belajar mengekspresi perasaan terima kasih dengan ucapan yg betul. 
Dah tau apa makna tanggungjawab. 
Dah bleh buat tugas-tugas nya sendiri. 
skill berkomunikasi pun dah up satu level. Korang test la sembang ngan dia. 
HAHAHAAHHAHA~ 
 
 
 BAlik tadi dia hulurkan aku bungkusan berbalut kertas hadiah. 

"NAh, cikgu bagi..."

Cakap tak habih lak. CIkgu bagi aku ke bagi dia ni?


"Cikgu bagi ONi lah...." 


Rupanya dia menang pertandingan kutip coklat dalam sukaneka tadi. 


"Oni masuk pertandingan ke?" tanya aku.

"HA?" tanya Oni balik, heran. 
Sahih dia tatau 'pertandingan' tu apa. 


"TAdikan......  CIkgu letak coklat atas simen. Oni dengan kawan-kawan cecepat la amik! Oni dapat BANYAAAAKKKK...." 


OK.. aku dapat bayangkan yg dia sebenarnya taktau apa yg berlaku. Cikgu suruh dia gi amik coklat je. Tapi dia tatau pun yg dia sedang dalam satu pertandingan!mihmihmihmihmih....


 Weh, anak aku dah besaq dahh!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram