Followers

28 May 2013

Aku Diyahudikan



Melihat keadaan kesihatan ayahanda Makbed yg agak tak baik, terbit rasa kesian. 
Teringat zaman Abah muda-muda belia macam aku skang ni. 
Abah tak pernah miss exercise depan rumah pagi-pagi. Skipping... Jogging keliling taman. Petang jogging lagi. Ada masa main badminton. Gi main bola tampar dengan penduduk taman. 
TAk penah la masa senggang Abah tu dilayan dengan tido semedang. 
Even anak-anak dia ni pun, dia PAKSA untuk get active. 
BErsukan. Pegi main di luar setiap jam 6 petang. 


Abah ni jenis makan je semua.
Sama la macam kita ni.
Perut orang Melayu. Mana la mungkin menolak memacam makanan. 
KAlau Abah, pantang lihat makanan tak habis di pinggan. MArah dia. 
NAsik memang wajib makan.
Pagi wajib sarapan. 
Lunch, kena makan.
MInum petang, ada goreng pisang. 
MAlam.. makan lagi.
Supper pun ada. Even hanya minm susu dan 3 biji kismis atau badam. 


Tapi, bukan tabiat pemakanan Abah yg aku nak sembangkan kat sini.
Tapi, tabiat pemakanan kita sendiri.
Abah mungkin salah satu contoh orang yang aktif tapi bila meningkat tua, takde sapa yg boleh melawan kuasa Allah dan faktor biologi. 
KAn?

Cuma, tetiba aku terfikir....
Semasa kita sihat, pernah tak kita terfikir KENAPA KITA MAKAN?
KITA MAKAN SESUATU INI UNTUK APA?

COntohnya...

HAri ni kita masak nasik dan sayur sawi. 
TApi, pernah tak kita tanya diri, kenapa kita makan nasi dan sayur sawi ni?
Untuk apa?
Apa faedahnya?

HAri ini, kita makan kfc.
TApi, pernah tak kita tanya diri kita, kenapa kita makan KFC?
Untuk apa makan KFC hari ni?
Apa faedahnya?


Di ketika kita sihat, pernah kita persoalkan setiap tindak-tanduk kita, dan jua apa yg kita consume seharian?


TAK MUNGKIN terfikir nak tanya pun.
JAwapan biasa....

Kita makan apa saja yg kita rasa nak makan, sebab kita NAK, 
MAMPU 
dan sebab kita LAPAR.
Betui dak?






Tapi, apabila kita dah mula menginjak keusia 30-an, kita sudah mula agak particular dengan pemakanan. 
Tpi, bagi yg perempuan, pemakanan lebih ditumpukan untuk menjaga kecantikan, dan menambah tenaga zahir dan batin. 
Yela... dah kawin, beranak pula. MEmacam yg kurang, kan?

Dan bagi lelaki, pemakanan lebih ditumpukan kepada kesihatan tubuh untuk bekerja, as well as to menjaga tenaga zahir dan batin. 
Eh.. bukan menjaga, MENINGKATKAN~ 
Heeee... tak gitu ?


Maka, bila ada je orang jual produk apa pun, time nak beli tu mesti kita tanya, 
PRODUK NI UNTUK APA? 
KENAPA KENA MAKAN? 
APA FUNGSINYA? 



Kan?


Dan  biasanya kita tak berfikir panjang pun untuk cuba apa saja produk. 
Sebab misi utama kita adalah nak dapatkan APA YANG KITA NAK. 
Tak kiralah apa pun misinya. 

COntoh: Nak kurus, nak comey macam Kak Ton, nak gemok sikit, nak dada bidang, nak tegang, nak kempis, nak putih, nak tonggek, nak tinggi pun ado..... MEmacam lah! 


BUT, kita lupa. Yang kita hanya fokuskan kepada satu menda je iaitu...... APA YG KITA NAK. Bukan apa yg kita perlu. 


Yes, we did ask about the importance on certain product that we are about to take, but if that particular product doesn't provide the result as you wished, kita tak amik, Atau , berhenti amik. Dan tukar produk baru. 

COntoh, kalau amik produk kurus A... MAkan sebulan dua, pehtu, tak kurus-kurus. Kita berhenti, dan cuba produk lain di pasaran. 
Sebab, APA YANG KITA NAK tu TAK DAPAT. 








Dan bila sampai di usia seperti Abah, dah tua, tenaga dan kecantikan tu jatuh number berapa taktau dah. 
Kesihatan itu yg lebih diutamakan. 
Pun begitu, ada orang yg bila aku suggest untuk amalkan minuman sunnah seperti Susu KAmbing plus BEe Pollen (SKBP), even org tu dah sakit takleh bangun, nak makan nasik pun tak boleh, kena pantang lagi, tenaga apa pun takde , kecantikan ape tah lagi,  suprisingly orang tu leh lagi tanya UNTUK APA SUSU NI? 
KENAPA KENA AMIK NI? 
APA FUNGSINYA? 


Oh men....~!



HArga SkBP tu cuma lah RM35 sekotak. 
BUkanlah aku ni beria nak mengumumkan satu dunia yg SKBP ni boleh mengubati segala penyakit. 
Yakni SKBP ni sangat ajaib, sampai kaki dah putus boleh tumbuh balik. 
TAKDE !!!

CUma, kalaulah kamu sudah tak boleh lagi minum air sirap, teh, kopi, cincau, ais kacang,neskepe.... yang memang terang lagi bersuluh tak bawak pape pekdah kat badan, cubalah tukar tabiat minum tu kepada SKBP dan HKCC. 

Tabiat pemakanan kita itulah yang menentukan cepat lambatnya proses pemulihan kita dari penyakit (jika dah ada penyakit).

Kenapa masa kita minum sirap limau, kita tak pernah lansung tanya diri, KENAPA AKU MINUM AIR NI? APA KEBAIKANNYA? 
TApi, bila suruh minum minuman yg baik, dan menjadi sunah nabi junjungan, banyak pulak soalannya. 
It's just susu kambing.. memang dah diketahui susu kambing sapa yg selalu minum?? 









Oh.. susu kambing tak elok minum. Orang yahudi minum susu kambing nih. JAdi, takpayah la nak ikut sangat org yahudi tu.



Itu yg saya terima hari ini. 


Ni yg payah kalu semangat keyahudian tinggi bebenor. Ginilah gayanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram