Followers

22 Apr 2013

ROKOK BIASA VS ROKOK ELEKTRONIK .... to my opinion

 
 
 
 
 
 
 
  KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.
 
 
 
 
 
Makbed berkata:
 
TREND TERKINI REMAJA?????
Opss...
hAHAHAHA...
Jangan kata remaja je, yang warga tak berapa nak remaja pun beralih arah kat e-cigarette ni. 
NAmpaknya, kehadiran natang batang menerima sambutan ramai para perokok berhemah yg sedang menjaga bajet poket memasing.
KAtanya, e-cigarette ni jauh menjimatkan?
 
 
Yeke?
 
 
Menariknya rokok jenis ni, ia didatangkan dengan pelbagai rupa paras yg menarik maka penghisap rokok skang nampak lebih comel dan kiut tatkala melempiaskan keinginan menghisap rokok mereka. Tih..Tih..Tih..
 
 
 Pun begitu dikabarkan katenye e-cigarette sangat merbahaya untuk kesihatan. 
Pengamal rokok ni lebih terdedah kepada risiko penyakit berbahaya dalam jangka panjang selepas tempoh penggunaannya. 

Then aku just nak simplify sikit je penggunaan rokok ni...


Rokok biasa.
 
Kesan jangka pendek - duit habih cepat.
KEsan jangka panjang - duit habih banyak. Penyakit pon datang jugak. 
TAbiat rokok takleh dibuang. Perokok perlu habihkan sebatang rokok tu sebaik saja rokok dinyalakan. Kena spend beberapa minit untuk habihkan sebatang rokok tu. TAk macho la isap sekali je , pastu padamkan apinya. Then bila nak isap smula, kena cucuh balik. Hee... 
Rokok ini menghasilkan sampah yg banyak.


E-cigarette.
 
Kesan jangka pendek - Rokok biasa tak laku sangat. 
Kesan jangka panjang - Duit 'selamat' sikit. TApi, penyakit tetap datang. 
Dilihat boleh menghentikan tabiat merokok especially bagi yg tegar. PErokok hanya inhale sekali dua je rokok, hanya untuk menghilangkan keinginan merokok. KEndian lepaskan asap. Jimatkan masa since tak perlu nak kena habih kan. Kalau banyak duit sangat, boleh hisap la berapa pam suka. DIsebabkan ianya pakai betri, jadi lepas isap satu kali, terus masukkan dalam poket. 
Utk si perokok yg amik e-cigarette, misinya hanya nak 'memperasap'kan diri je. Ni sama cam kentut je la. Dah lepas kentut, orang legakan. Cuma orang sekeliling yang bau kentut tu je la menderita. HAaaa... nampak tak konsepnya???
YAng version ni, kurang sampah dihasilkan. BAgus kan?


Kesimpulannya...

MErokok tetap mendatangkan masalah kesihatan. JAdi, sebolehnya toksah la merokok yerrr...



NAk pesan je... 

Walaupun awak isap vapour or e-cigarette, budi bicara kena ada juga. 
Awak still dikira merokok.
JAdi, meskipun awak cuma nak isap rokok sekali je, satu pam, jangan expect orang tak perasan bila awak isap rokok dan lepaskan asapnya dalam supermarket atau dalam panggung wayang. 
Be responsible. 
KAlau nak hisap rokok di tempat awam, pastikan awak telan asap rokok tu. JAngan biarkan orang lain yg tak hisap rokok, terpaksa sedut asap rokok awak. 
TAk kira lah even asap tu bau stoberi pon. Reti? 



 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram