Followers

20 Apr 2013

PADA SUATU HARI - Episod Pakcik Oh Pakcik!


Sambungan entry ini...   Abangla.Abangla







"HAng takmau makan?" dia tanya aku lagi.

Aku geleng.
BUkan takmo.  TApi lebih baik takyah.
Satgi bila aku da makan, macam-macam hal plak perut ni. 
JAuh lagi perjalanan. 


Bila semua org naik, bas pun jalan.
Driver bas bertukar. Daripada lelaki, jadi perempuan plak. 
Rupanya, Makcik badan gempal muka cam mamak tu adalah seorang pemandu bas.PErghh!!
HAHAHA.. aku ingatkan perempuan tu penumpang je. Rupanya, salah tekaan aku.

Sebelum bas bergerak, pakcik baju kuning tu kuarkan samting dari beg plastinya. PAstu, dia bagi aku..




"Nah! Amik.."

Sekotak kecil kurma dari MAdinah.

Uik.............??

Dan dia bukan bagi aku je. Satu bas da bagi! Termasuk le kat Bangla tu.

Maka....

Dengan tidakbertangguh lagi, aku pun memulakan perbualan.
HAHA..besa la. Agen insurans kan. MEstilah pandai bertanya soklan yg betui.

"Pakcik nak gi mana?" tanyaku sebagai permulaan.

"Butterworth... Hang?" tanya dia plak.

"Alor Setar...."


PAstu, senyap jap. Usya Bangla kat sebelah. Tengah tido.
Then,tetiba dia tanya aku, Ayah aku kerja apa?


"Abah saya polis."

PAkcik tu terkejut.
"Polis?? Aku pun polis jugak!!"

HAhaha.. terkejut gak kau.
BAjet polis pencen la ni.
KAlu tgk umurnya, mmg dia dah patut pencen dah rasanya.
So, fahamlah aku kenapa pakcik ini agak kepochi sejak awal.
Memang relevanla tindakan dia awal-awal tadi tu.

Dipendekkan kisahnya...
Pakcik tu rupanya Polis Mekah. MAsih belum pencen lagi. Tahun depan baru pencen.
Duduk di Mekah dah lama sejak orang tuanya berpindah ke Arab Saudi masa perang Jepun dulu.
Tapi, dia masih sesekali balik ke Kedah, sebab dia org Kedah.
Ada 6 anak, sorang meninggal.
Anak-anak suma kawin ngan orang Arab dan orang MAlaysia yg belajar kat Arab.


Dan pakcik tu ada hotel kat Mekah.
Dar As Safar namanya.

"Di Mekah, polis kat sana kalau nampak apa-apa yg suspicious jer, depa akan tagkap , boh gari bawak balai. Tak mcm polis sini... Tinjau..Tinjau... KAt Mekah, mmg laju," ceritanya.

Maka, fahamlah aku kenapa dia bertindak keras sikit kat BAngla tadi tu.
MAta dia cepat tangkap menda-menda yg orang tak perasan.
KAlau kita nampak menda tu kecik, tayah pay attention sangat, berlain pula dengan pakcik tu. Setiap perkara kecik jika diignore, akan membuat sesuatu tu jadi serius dan parah.

Memula aku bajet pakcik ni poyo-poyo je.  TApi, pikir balik dia nak poyo pasepa? 
Umur dia 67 tahun dah. HAHAHAHA... Orang tua-tua ni memang pengalamannya banyak jadi, kita harus hormat.
TAk ada sebab plak aku nak tak berterima kasih kat dia sebab tolong jaga aku dari awal.
 Rupanya, sambil-sambil berzikir tu, mata dia dok perati orang. Suspecting dan prospecting. HAHAHAHA..

"Pak hang pi haji dak gi?" tanyanya tetiba.

"Belom pakcik. Tgh tunggu panggilan..."

"Hmm.. kalau pak hang ka, mak hang, kawan ka, hang ka nak pi haji ka umrah kat Mekah, hang talipon aku. Aku ada hotel..." sungguh-sungguh dia menjemput. KEndian, kami bertukar number telepon.

Eh... memanng dia ni originally dari Arab Saudi la. TAlipon pun nombor arab je kuarnye.
Bila menulis nama pun, dia tak tulis rumi. Tulis bahasa arab. 
Terima kasih le kat ustaz bahasa arab aku kat sekolah dulu, aku masih lagi leh baca arab dan boleh paham apa yg dia cakap dalam telepon bila kawan-kawanya menelefonnnya ketika dalam bas tu..


Sepanjang dalam bas tu, kami dok berborak ja.
Dia tunjukkan duit kertas Arab Saudi.
Sampai note 500 dia tunjukkan.
Sempat gak akujeling duit dalam walletnye Duit seratus berkepuk.
 Traveller kan?
TApi, jalan bawak beg plastik je weh! 
HAHAHAHAHAH... slamber pakcik.

Peluang...
Mengenali orang yg kita tak kenal.
Untugnya sebab pakcik ni dok Arab Saudi , aku tanya macam-macam soklan kat dia. Start dari kerja ia, sampai la ke hal kahwin-mawin...

Lawaknye dia cakap... "pompuan arab ni pemalas. asyik makan tidoq ja. kerja rumah pun suruh orang buatkan..."

Owhh.....
JAdi, takde la besh mana pun kawin ngan perempuan arab kan?
Nasib baik aku nampak je cam arab. TApi aku melayu tulen...
HAHAHA..  Bangga plak tetiba.
*padahal sama je kot malasnya.


Bila sampai BUtterworth, pakcik tu turun.
Dia sempat gtau yg dia mungkin perlukan orang bawak dia jenjalan kat Alor Setar , bila dia gi sana sebab dia nak belikan dodol utk keluarga di Mekah.
Aku pun cakap..."Boleh pakcik! Jemput datang rumah..."


Bangla tu pun turun sekali ngan Pakcik tu.


Legaa..pastu leh la tidor.


Sepanjang jalan nak sampai umah tu, aku terfikir...

It takes only 1 person who able to notice little thing in life, and when he finds it wrong , he try to fix it.

Orang macam dia mmg nampak poyo dan dipandang ganjil. Tapi itula harganya menjadi orang yg bertanggungjawab. Takleh ignore perkara yg tak betul depan mata. Serta-merta je dia tegur dan bertindak. 

Memang jiwa polisnya mengalir dalam setiap urat darah, even bila dah tua gitu pun dia terbiasa. Polis tetap polis. Tak kisah le polis Malaysia ke Polis Mekah ke. 

When we stop taking care of each other, macam-macamlah masalah sosial yg akan timbul . JAdi, skang aku paham, kenapa banyak masalah sosial skang. Sebabnya, we stop caring each other. Kita mengamalkan budaya "jangan jaga tepi kain orang" dan mengamalkan tagline "Ada aku kesah?".

Dan tindakan pakcik baju kuning tu, buat aku rasa aman dalam bas walaupun bas tu ada ramai lelaki pelbagai bangsa. Cina ada, India pon ada. India pun dapat kurma oke. HAHAHA.. pakcik tu baik giler. BUat semua org dalam bas rasa tenang dan seronok.


Seronok bila jumpa ramai orang.
Banyak pengalaman orang yg kita boleh dengar.
Banyak contoh baik yg kita boleh tiru.
TApi dalam masa yg sama, kita takleh la pikir seronok sama.


HArgai silaturahim ye kawan-kawan.



 MInggu depan bakal ke KL lagi.
Sapa ada inquiries, or nak personal advice boleh roger. 
Hanya utk org desperate je. 
Sebab MAkbed pegi sana 3 hari aje pon. Kena manfaatkan masa bebetul. 


OK. Cukup untuk skang.
Nanti kita hapdet entry lagi ye. 

NAk masak. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram