Followers

20 Apr 2013

PADA SUATU HARI - Episod Abangla... Abangla...


Minta mahap sesangat le mengkeme-mengkeme sekelian. Udah aku bz ngan tugas-tugas mengejar misi pada bulan ini. BIla balik rumah, internet rosak. Lebih menambah perisa, Bambam Bee pun rosak juga! Sampai ke ari ni tak baik-baik lagi jentera aku tu. Mujurlah streamyx dah ok ari ni so boleh la aku tulis entry sikit. 
Ramai rupanya yg kesunyian seminggu tanpa entry dari aku. 

 
Ini kisah Selasa bebaru ni... ketika perjalanan aku balik dari KL ke Alor Setar. Aku dah taip entry ni dalam Words. Takut terlupa.
Jadi bila dah baik internet rumah aku, aku just copy paste aje masuk draft blog. 



PAda hari nak balik tu, Selasa... dihantar bodigad. Kat KL ramai bodigad. Sesungguh, skang aku memang kena ada bodigad dan bagus lah kawan-kawan ramai baik lelaki dan pompuan. YG lelaki gagah-gagah belaka. HAHAHAHA~

HAziq antar aku gi Hentian Duta. TAknak naik kat Pudu dah. Merajok! PAs dia blah, aku terus naik bas.

Dan inilah kisah atas bas yg aku nak share dengan korang......


***
 

Masa aku naik bas tu dah ada orang.
Aku amik seat 2 dari depan. Seat untuk 2 orang.
Aku tinjau belakang, ramai plak lelaki. Cadangnya nak duduk belakang sebab taknak curi attension orang *bajet hot. Tapi, belakang ramai lelaki. JAdi, aku dok depan la.

Di seksyen single seater , sebaris ngan aku ada seorang pakcik berbaju kuning, usianya mungkin sekitar 50-an, berwajah putih bersih, sedang memegang tasbih. 
Wajahnya serius saja, tapi dia senyum sikit kat aku. So, aku pun senyum kat dia. Masa tu aku pakai rayban. Artis, kan?

Bas dah nak jalan. 
Tetiba.. ada sorang lelaki banga asing masuk. Tak pasti la dia BAngla ke PAkistan.
Wearing pink-stripes long sleeve shirh, seluar slack. Dia terus ke belakang pada mulanya.
Bila bas nak jalan, dia jalan ke depan dan tetiba duduk sebelah aku.
Sambil tu, dia dok berborak dalam telepon.
HAti aku dah sakit da sebab dia ckp tipon kuat gila dan aku berdoa la sepanjang jalan ni supaya dia senyap tak bercakap talipon sebab jiwa aku tgh kaco dan aku memang super ngantok.


Aku pakai rayban lagi. Panas. 
Suka berspek mata dalam bas sbb aku akan nampak gojes bila tido. HAHAHA..

Tetiba....

Pakcik baju kuning tu bangun. Suruh bangla tu bangun dok belakang.
Kendian, dia angkat beg baju aku yg kecik aje saiznya, suruh letak atas kerusi sebelah yg kosong. JAngan bagi sesapa pun duduk.

"Hang pi dok belakang. Belakang ada 2 seat kosong lagi," suruhnya kat Bangla tu.

Aku kaget jap.
PAsepa pakcik ni?
BEria pakcik tu iring Bangla tu gi belakang, dan aku buat derk je . Tatau apa yg jadi kat belakang bas tu.
Then, pakcik tu mai depan balik, ke tempat duduk dia.




 NI le Bangla yg menjadi isu tu!





"JAga beg hang... Bangla tu aku dok perati dari Pudu Raya lagi. Semacam ja!" tegas Pakcik tu kat aku. Aku pun angguk-angguk je. 
PAkcik ni macam spy je. HAHAHA.. Siyes poyo. TApi takpe. Peringatan orang tua-tua. Kena dengar tu.
Terus alihkan beg lektop ke tepi dinding bas.

Tetiba, bangla tu mai plak.
Dia kata dia takmo dok belakang tu. Nak duduk sebelah aku jugak.

Pakcik tu tetap tak bagi.
Aku diam.
Aku da pegang talipon. Kalau keadaan kecoh melanda, walaupun aku tak bersalah pun, aku mmg tak teragak-agak turun bas.
TApi, tengok mcm terkawal je. 

Dalam bas kecoh sikit.
Drebar bas yg lebih kurang beruban sama cam pakcik tu soal-siasat pakcik baju kuning tu.
Ada lak lagi sorang makcik berbadan gempal, muka mamak sikit (sbb hidung mancung) pandang-pandan aku. 
Ehh..macam aku lak yg buat salah dan pencetus kekecohan dalam bas. 
Aku buat bodo gak lagi. 
LAntak le korang nak gomol ke golek-golek dalam bas. 
Kalau korang invade space aku, aku cucuk korang ngan pisau lipat especially la Bangla tadi tu. 
Tapi, aku tengok Bangla tu senyap je. 
Dok usha-usha aku.
Dalam hati tu berdoa gak la supaya dia berambus turun dari bas. Boleh la aku tido. 
 

LAstnya, Pakcik baju kuning tu dok sebelah aku. 
Dia soh Bangla tu dok tempat dia.
Senang, depan mata dia..katenye.


BAs berjalan dengan aman damai.
Aku tido.
Sehinggalah bas berhenti kat Ipoh.
Aku nak kuar gi makan.

MAsa org suma sibuk turun bas, most of them akan toleh tgk aku.
Seolah-olah mcm aku ni mangsa kejadian jenayah la.
Aku wat bodoh je. Nak gelak pun ade.
KAt depan aku ada sorang pompuan baya aku , dengan 2 anak. Sorang pompuan sorang laki.
Masa bas brenti, pompuan tu tanya aku apa yg berlaku.
Aku pun cakap aku tatau apa yg terjadi dan aku masih sedang heran.
Siapakah pakcik ni?

Pakcik tu tanya, aku nak turun ke tak. Peramah pakcik ni.
Aku cakap, aku nak turun kejab. Beli air.
Dia tunggu kat tepi bas.
Bila aku turun, dia tanya lagi..

"Beg hang mana?"

AKu cakap lagi, tinggal atas bas.

"Ada barang berharga ka. BArang kemas ape ke , ada dak?"

Aku nak gelak. Tapidah muka dia siyes, aku tahan gelak je.

"Takde pakcik.."

Kendian pakcik tu kata.."HAng elok-elok. Aku risau tgk Bangla tu. Dari Pudu lagi aku dok tgk dia. Dia dok perati beg orang. Aku takut dia bukak beg hang bila hang tidoq ja. BAngla ni , kalau ada polis mai dekat-dekat , dia kona pi ke lain. Satgi, polis dah takdak,dia mai balik!" jelas Pakcik tu.

"Ooooooooo... cam tu ke pakcik..." HAti aku dah risau, tapi sekejap aje sebab aku nampak Bangla tu jalan depan kitorang. Nak gi makan.

"Kalau kita bercakap dengan dia, dia buat-buat tak paham. Buat-buat macam blur. Aku tak percaya lansung lah!" gtau Pakcik tu sungguh-sungguh. Dan aku pun sungguh-sungguh mendengar 

Tapi, cam poyo je pakcik ni. Apsal kepochi sangat?
Sapa dia ni?
Kenapa attitude dia macam tu?
KAlau tgk susuk badan, dia masih kuat dan gagah.
Perut tak buncit, tapi kulit kendur. Dah tua. Rambut beruban habih.
Pakai spek.
Wangi je.








 ....Bersambung di lain rancangan ye....  HEHHE




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram