Followers

10 Apr 2013

MENGADU DOMBA VERSI ZAMAN KINI. Tetap tidak mengubah hukumnya.



Umum dah tau balasan mengumpat. Sebut je ngumpat, keluar la bab makan daging saudara sendiri.
Dah pandai... tak payah nak citer panjang lebar lagi dah. 
KAlau tanya definisi mengumpat pun, ramai dah tahu. 



HAri ni kita sembang soal MENGADU DOMBA plak. 
Ape natang mengadu domba tu? 
Mengadu kat encik bomba ke?

HAHHAA... bleh... Jika berlaku kebakaran atau kecemasan berkaitan, silalah mengadu kat encik bomba dengan mendail semilan semilan semilannn..


TApi, MENGADU DOMBA lain ek. 
TAkde lansung melibatkan bomba di sini.


Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu, dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.



Betapa seriusnya mengadu domba ni, ia bagaikan fore play, atau bibit permulaan mengumpat dan menjuruskan kepada persengketaan yg lebih besar. Tetambah dalam zaman takde 'dinding' semuanya boleh tersebar dengan sekelip mata jer. 
Tanda-tanda akhir zaman, fitnah berleluasa. Aib sahabat-sahabat kita bukak tanpa menyedari yg aib kita juga terbukak sekali. 


Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

 Tak kisah lah cerita yg disampaikan itu betul atau tidak, sebaiknya pertimbangkan dulu sebelum menyampaikannya. Pantang aje ada citer hot sikit, kadang citer tu takde kena mengena dgn diri sendiri pun, nak juga disampaikan. Carilah kerja dan hobi yg lebih berwawasan tanpa melibatkan 'pembunuhan' saudara sesama agama. 

Dan meskipun larangan mengumpat ini adalah khas untuk sesama muslimin dan muslimat, tidak bermakna kita juga dibenarkan mengadu-domba dan mengumpat keji orang bukan Islam yg lain. TAkde makna nye! Ko nak makan daging diorang gak ke? Nak ? Nak ?



LArangan mengadu domba:


1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. 
Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)



Sebab-sebab orang suka mengadu domba ni... maybe org ni tak perasan kenapa dia buat menda ni.

1 - memang bertujuan mahu memburukkan orang tertentu 
2 - bertujuan untuk menunjukkan 'kasih sayang' terhadap orang yg diadukan tu. kononnya cam concern sangat la. 
3 - saya syok-syok bercerita tentang keburukan orang lain
4 - sekadar bergurau semata-mata. tak serius pun. HUkumnya tetap HARAM.



 SIKAP KITA BILA MENDENGAR NAMIMAH

1. Tidak mempercayai pengadu domba kerana mereka adalah orang fasiq yang mana didalam Al-Quran, Allah perintahkan kita supaya menyelidiki perkhabaran mereka bersandarkan kepada ayat 6 surah 49 (Al-Hujurat) :

"Wahai orang yang beriman Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan."

2. Mencegahnya dari melakukan perbuatan tersebut serta memberikannya nasihat yang baik agar dia tidak melakukannya lagi. Munkin perlu kita menceritakan keburukan mengadu domba itu.

3. Memarahinya kerana Allah kerana sememangnya perbuatan itu dimurkai oleh Allah.

4. Jangan sekali-kali bersangka buruk kepada saudara kamu yang terlibat itu kerana sangka buruk amat dilarang oleh Allah.

5. Jangan menyiasat perkara itu kecuali jika ianya diperlukan.

6. Jangan kamu juga menjadi penyambung lidah kepada pengadu domba.Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dengan menceritakan kebaikan kepada orang lain.
Ingat sabda Rasulullah ; Sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul hendaklah dia berkata yang baik-baik atau diam. (riwayat Bukhari dan Muslim) ...
 


Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.





Tu saja la entry MAkbed berkenaan mengadu domba. Buleh rujuk link-link berikut untuk maklumat lebih tepat. Dalam entry aku ni, aku alter sikit, sebab kalu skema sangat korang bukan nak baca. 






Mengadu Domba version skang.... 

Skang keluar tabiat print screen sementelah enpon skang semer canggih-manggih. 
Print screen conversation dgn sapapun bagus jika ianya bertujuan untuk simpanan maybe atas tujuan perniagaan contoh cam agreement (mungkin nak digunakan di mahkamah or something)  , atau pun terbarunya yg aku pernah tgk, suami melafazkan cerai pakai whattsup. Isterinya print screen , tunjukkan kat kadi. JAdi, ianya untuk good cause. 

Tapi, yg aku tengok skang ni, pakat-pakat printscreen , then send hasil printscreen tu kat kawan-kawan dengan tujuan memalukan org tu , dan menyampai-nyampaikan cerita. 
Sanggup printscreen sampai penuh memori telepon, ada yg menunggu masa je untuk disebarkan kepada 'end-user'. 
Baikkah begitu? 
Enjoy ke hidup sebegitu?
Mungkin ianya life-style idaman sesetengah orang, tapi bukan aku , semestinya. 
Mungkin sesetengah dari kita menganggap ianya perkara biasa. 
Tapi, untuk aku, hanya untuk aku, terlampau banyak menda lain yg perlu aku fikir dan terlalu banyak perkara yg aku perlu belajar sementara nyawa ni masih dipinjamkan Allah. 
Kenapa perlu sibuk mencari jalan memutuskan hubungan baik sesama manusia sedangkan kita sendiri pun tak mungkin mampu mengkafankan diri sendiri bila kita mati?
Jangan lupa...
Bila kita sibuk-sibuk membuka aib orang lain, manalah tau suatu hari nanti kita mati, orang yg kita buka aibnya itulah yg akan memandikan jenazah kita. 
Dialah yang pakaikan 'baju' untuk kita.
Dialah yg talkinkan. 
JAngan lupa..
Kita tidak pernah bersendirian meskipun kita cuba bersungguh-sungguh untuk bersendiri. 
 
Sebaiknya, jika tak suka atau tak puas hati, tanya ajelah kat org tu terus. 
Lebih senang dan lebih berhemah. Jauhkan lah hobi mengadu domba ni. 
KOt gilakan perhatian, gi la jadi penceramah motivasi ke, penyanyi ke takpun gi menari gangnam kat pasar. At least, kita tak menjahanamkan silaturahim tak pepasal. Reti?




 TAkde la hebat aku ni.
Tapi, menegur kerana Allah Taala. 
Peringatan untuk diri, dan semua. Tiada yg terkecuali. 


Sekian .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram