Followers

26 Apr 2013

Main HUjan Hari Ini...

HOHOHH!!


HAri kedua di KOta Damansara.
Semalam,talk di KPJ Ampang Specialits, DIetary Service berjalan lancar. LAyanan yg kami terima memang sangat bez. Siap dapat makan lunch lagi. Sedap.....



Di Kota Damansara...
Penginapan percuma kat umah Kak As. Tido sekatil ngan Fiza.
Siangnya penuh sehari dengan prospecting. By 4.30 pm, aku segera balik sebab hujan. Taknak tersangkut dalam jem. MAlas nak pikir banyak2, aku naik cab je, dari AMpang ke Kota Damansara.Dah tak larat nak nek tren.


Malamnya, ada appintment sekejap di Seksyen 8. AKu pinjam moto Fiza supaya senang aku ke sana kemari. NAma nk nak keta dalam KL, memang tak leh la. Sangat takleh blah bawak keta dalam KL ni. Lagi-lagi la keta manual. HIHIHIHI.. *blagok lak.
JAm 11 malam...AKu merempit ke SUngai BUloh. Lokasi perniagaan kasut bundle. Tempat hang out dan jugak tempat rakan-rakan karib berkumpul.
Tunggu sampai Fiza closing.
Daoz datang teman aku sampai habih tajuk dah nak borak. Dia takleh lama. BErgegas balik.





"BEsok plak,,"


Jam 3 pagi baru aku balik rumah.
TIdo entah jam berapa. BOrak lagi ngan FIza sampai pagi.



HAri ini...
Lepas hantar Fiza gi kedai kasut dia jam 12pm, aku terus memecut ke KPJ Ampang sekali lagi.
Tugas lagi... belom selesai.
ALang mesej..
Gtau Wawan demam. Dia dah bawak gi Klinik.
Oni plak batuk. TApi dia kata takde apa yg perlu dirisaukan. HAbihkan ajelah kerja, katanya.
AKu da susah hati ..tapi jiwa kena kental.
HAri ni aku sudah ada di KL, suma kerja yg memang dalam list perlu diselesaikan.





LEpas aku dapat yg aku nak  dan apa yg perlu diselesaikan di KPJ dah selesai, aku gerak ke Gombak lak.
TAk lama borak ngan dia. HAnya sempat dapatkan signature je. LAgipun, semua menda aku dah explainkan dalam email. Jadi, dia dah paham. Dah sign dan terus dia halau aku balik segera sebab langit sudah pun gelap tanda nak hujan.

Baju hujan tak bawak okeh~


Seblom merempit balik ke SUngai BUloh, aku call Fiza. KAtanya, di sana tak hujan.
So, aku pun merempit selaju dan sepantas yg mampu dicapai oleh si belalang tempur.
Dan.....................



Sepanjang-panjang jalan MRR2, hujan turun selebat-lebatya.
MAsa tu aku berangan nak ada helmet yg ada wiper.
ISkk... kabur pandangan aku weh.
JAlan jem memang sudah diduga.
Lori , keta, van dan segala.
Ada banjir-banjir plak tu.
KEna simbah sokmo aku ngan air jalan.
Disebabkan dah bertahun aku tak main hujan macam itu, maka aku just 'enjoy the moment' jelah.


Niat nak brenti kat bawah jambatan, tapi aku kenselkan je.
Tengok banyak je penunggang lain berteduh di bawah jambatan.
Tapi, kalau aku, mengikut rekod menunggang moto di jalan sejak remaja di Kuala Lumpur tu, tak penah sekalipun aku berteduh di bawah jambatan, hatta selebat mana pun hujan tu turun.
Sebab utama,dulu aku tak penah tinggal baju hujan.
Sebab kedua, populasi mat rempit lelaki lebih ramai dari perempuan.
Sebab ketiga, bahaya dok bawah jambatan ni. Risiko dia jauh lebih tinggi daripada ko meredah hujan.


So, aku teruskan perjalanan sampai ke BHP Sri Damansara. Berhenti kat situ jap sebab nak masukkan henpon dalam beg galas.
Mujurlah beg aku tu kalis air. SO, selamatlah segala proposal dan borang autodebit aku.
Sebelum tu, aku call Fiza hanya untuk inform dia yang aku dah basah kuyup.
Segala apa yg boleh menyerap air yg ada kat badan aku, sumanya menjalankan tugas mereka dengan baik. HAHAHAHAHAHA....

KAsut kesayangan aku pun basah weh!




Selepas bergelen-gelen simbahan air jalan yg kena kat aku, aku akhirnya tiba juga di kawasan Sungai Buloh.
Aih... situ tak hujan plak !!!
Bila aku sampai kedai kasut Abg Lan, Gemok sudah sedia menanti sambil ketawa. Inilah dia kawan-kawan aku.
Asyik ketawa aje.Cis bedebah betui.


"Ado suar pendek dalam keta haku MAkbed. KAlu ko nak,pakai aje..." pelawa Gemok.



"Emph.. tak payah la Mok oi. Bior aje basah gini.."balas aku. Sambil tu aku bukak kasut dan stokin...buleh perah airnya. HAHAHA...
BAju seluar basah takpe. JAngan kaki aku basah. Rimas!

Abg Lan pinjamkan slipar jamban saiz 8 beliau.
Okla... dengan tak malunya aku pakai.
Untung lah aku, kawan ngan tokey kasut. Takde masalah even nak pinjam slipar toilet berjenama. HAHAHAHAHA>.... Cuma saiz je lah. Aku takleh memilih sangat. Udah namanya PINJAM kan?


Pukul 5 ptg, aku ngan Fiza balik Kota Damansara.
Jam 8 kang, dia keje.
Paling sedih, aku baru je basuh baju-baju busuk aku dan semuanya masih dalam mesin basuh. Dah siap spin.
Cuma tak sidai je.
Balik rumah, Fiza cecepat sidaikan baju aku sumer. Bukak kipas sampai 5 dengan harapan sumanya akan kering dalam masa 2 jam lagi.


Korang baca cter ni maybe korang sengih.
Wawan tengah demam skang.Oni pun tak sihat.
Itu petanda anak-anak kurang kasih sayang.
So, aku akan kerja sungguh-sungguh dan selesaikan suma perkara di KL sehingga Ahad.
KAlu korang yg di KL , ada hal dengan aku, nak jumpa aku in-person ,plis roger aku segera. Aku ada sampai esok Malam. Ahad pagi aku nak balik dah.
ISnin, aku nak masuk opis submit suma proposal aku.


Kemudian, aku nak cuti sat. Spend time dengan anak-anak aku yg dah banyak beralah demi Ibu dan Ayahnya.






Salam sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram