Followers

9 Apr 2013

Jalan-Jalan pun boleh cari makan



 BUSSINESS TRAVEL!


Itulah punca blog tak berhapdet selama beberapa hari. 
Belum travel gi PAris lagi.
Cuma gi Serambi Mekah je.


Last time Quarter Review team PruSUCCESS dibuat di Tasik Banding.
KAli ni, Quarter 1 Review 2013 dibuat di Kota Bharu, Kelantan.
TArikh adalah pada 6hb April 2013, bertempat di Sutera Inn Prima, Kota Bharu.






Makbed gerak dari rumah bersama Oni ke Manjung.
Wawan ditinggalkan bersama Alang.
TAkleh bawak dua-dua sekali sebab susah bawak berjalan bila 2 otomen ni bergabung. Oni plak lebih tenang bila dia dok sorang-sorang.

Jam 11pagi gerak. HAri Jumaat. Sampai Manjung dalam jam 3 petang.
Pukul 4, aku gi beli tiket bas lak untuk ke Kota Bharu.
Oni selamat aku tinggalkan kat umah pengasuh dia dalam base.
Lepak umah client sat. Bambam Bee pun aku tinggalkan kat umah dia.
Jam 7.30pm, client hantarkan aku kat stesen bas Manjung.
Pukul 8.00 pm, bas jalan. Aku dah hanyut sampai mana ntah... Nantok giler.


Pukul 4 pagi, sampai Kota Bharu. Jangan tanya pasal perjalanan la, sebab gelap kan. TAk nampak apa. Besides, tido sepanjang jalan membolehkan aku bermimpi aje. TAklebih dari tu pun.
Bos datang amek okeee....  Naik keta vip. Bahahahahahk!
Datang amik ngan Encik Rosli Amzah.
Disebabkan dah malam, si Azura Tukiran sudah pun tido. Itu pun , tidak menghalang aku mengejutkan beliau. 
Dah nampak aku, terus tak tido sampai ke pagi. Heee...~
Semangat jumpa rakan jauh. 
Ada je menda nak borak walaupun mata dah tak larat angkat. 

Pagi tu, Tuan Haji Mustafa bawa kami breakfast.
Lupa nama kedainya. Tapi, juadah di situ memang sedap. 
Sebijik roti canai, share berdua ngan Zura.
Lontong lak... share jugak.
PAstu, roti bom sorang sebiji,
TEh o ais .. siap bertambah. Kira kat aku segelas setengah la teh o ais tu. Setengah lagi, Zura punye. 
Belom pape lagi, kami dah kenyang. 
Belum pun tengahari. 

Check-in Sutera Hotel jam 11 pagi. 
Naik bilik... Rehat. 
Jam 2 petang Quarter Review akan dimulakan. 
Kami tunggu rakan-rakan lain tiba dari Manjung. Diorang suma dalam perjalanan. 




 Review kali ni pakai baju korporat.
Baju aku besar gile-gile.
Tak sempat nak alter sebab aku dapat sehari sebelum hari review. 
So, pasrah jela. 
Comel tak KAk Ton?


Taknak citer pasal review. 
Review kali ni biasa-biasa je.
MAlam takde la karoke ke hape. 
Hanya makan-makan je. 
Memang kedatangan kami ke Kelantan ni rileks je. 
Spend time berjalan-jalan, shopping.
Disebabkan malam takde majlis dah, kami sume gi berjimba kat Wakaf Che Yeh malam tu. 
Berjalan sampai muka berminyak!
Sampai tak larat angkat mata.
Sampai nak makan pun dah tak lalu. Nampak katil jer. 
INI MEMANG BEBETUL PUNYA JALAN-JALAN. 




 

Besoknya, hari Ahad. HAri untuk pulang.
Sempat menjamu selera , bersarapan di hotel.
Sedap makanan di Sutera Inn Hotel ini. Tak menghampakan lansung. Even makanan masa dinner pun sedap. 
Jam 11 pagi, check-out dan kami pun bergerak pulang....


EhHHhHHh.....



Mana de pulang lagi.



TAk habih berjimba lagi nih.





Berhenti 'sejenak' kat PAsar Siti Khadijah. 
Zura nak cari tudung. Nak borong katenye. 
Weehuu!
Dia borang setengah kodi tudung kesukaan, BAwak balik Johor. 
Aku lak beli juga 2 helai. Dan beli keropok lekor untuk diberi pengasuh Wawan di Alor Setar nanti. 



Close shot model ayaq tin. Kehkehkehkeh..~

Ekceli, sebelum travel ke KElantan, MAkbed baru je kebah demam. 
JAlan-jalan gini, demam terus hilang entah kemana. Cuma tinggal baki-baki selsema jer. 
Cuaca di Kelantan memang panas.
Siang-siang buta pun 'bulan mengambang' je. 
MAklumlah, nak pilihanraya tak lama lagi. 


Lepas habis di PAsar Siti Khadijah, kami meneruskan perjalanan pulang.
Berhenti plak di Bukit Bunga. 
Kat situ tshirt murah-murah. AKu beli 2 helai untuk Shue plak. 
BAju Oni dan Wawan pun murah jugak. Berpasang-pasang aku beli. Sepasang seploh hengget kot. Tunggu lagi?


Kat Bukit Bunga, kami makan lagi.
JAlan ngan Bos, memang tak sempat nak rasa lapar pun. 
Asyik makan je. Sambil makan, sambil bersembang tentang hal-hal kerjaya. Memang tak habih la. 
Selalu aku gi meeting jejauh nak amik energy jer. 
Beberapa hari ni aku berjalan ngan beliau, energy dah berlebihan dah ni. HAHAHAHAH~


Lepas habih di BUkit Bunga, jalan agi.
MEngantuk bebenor.... sesekali terlelap. 
Alih-alih dah sampai kat ateh bukit tu... Titiwangsa ke hape namanya. 
TElinga ah berdengung sebelah. 
Diorang brenti solat. 
PAstu....
Makan lagi....




Pukul 5petang, sambung lagi jalan.
Sampai MAghrib. MAsa tu dah lepas Lenggong dah.
Brenti jap, solat Maghrib dulu. 
Kendian, gi plak Kuala KAngsar. 
Lepak lagi..
MAKAN LAGI..... sambil tengok Anugerah Bintang 'fofular' Berita Harian (ABPBH) 2013.
Sambil tengok, sambil meeting.


Bosan la ABPBH tuh.
Seb bek tetiba keluar JOhan dengan parodinya tuh. BAru rasa berbaloi tgk ABPBH. 
Dan tahniah kat artis-artis otai yg nyanyi tu. 
Sedap semuanya. 



Jam 11 malam. Sembang sampai tak sedar diri.
Kak Nor ngan Zura dah awal-awal masuk keta , tido.
Aku je la dok meeting tak habih menggerudi ilmu dan memacamlah. 
Bukan senang nak jalan ngan bos hokehh...

Dah tak larat nak borak dah, naik keta.
Heading to Manjung.
Jam 12.30 malam, aku selamat sampai rumah Client aku. 
Amik BamBam Bee....


Henpon bunyi. 
Client ajak jumpe gak. 
Nak sign polisi. 
Sekejap jer.
Dia datang ngan wifenya kat tempat yg strategik sikit. 


Hokeh..

Set... Jam 2 pagi jumpe.
Aku nak pi check-in dulu no matter what.
Nak mandi. Nak touch-up muka yg dah macam sadin hangit nih.


Check-in lagi di CT Hotel Sitiawan. 
JAm 2 pagi, keluar..............KErja weh..kerjaaaa!!!


Sekejap je. Jumpa kat kedai mamak.
Lepas bedal roti canai sekeping, selesai tugas aku pun balik bilik.
Terus tido sampai pagi. 
Giler penat. 


Camni la haku kalu outstation.
Takde ruang terbazir sikit pun. Semua ada aktiviti. 


Hari Isnin...
Check-out jam 10 pagi.
Keluar terus gi Kedai Hasil Makanan Laut Jamilah. 
Umie pesan ikan bilis, sotong kering, udang kering.
Adik Azrin pesan sotong gula banyak-banyak. 
Beli Makbed... JAngan tak beli. 
Aku sniri pun beli ikan bilis walaupun dah lama rasanya tak masak. HAHHAHAHAH..~

Then, masuk base. 
Amik Oni kat pengasuh. 
Seb bek ada pengasuh setia. KAlu tak, lansung tak bekerja aku kot. 
Mekasih Kak...


Pastu, bawak Oni, gi umah Haida lak.
Sembang depan tangga jer. 
KEbetulan, Tini (kroni HKCC gak) datang parking keta ka blakang aku. 
Nak antar telur ayam je pun nye... Punya la pemalas si Haida ni. 
Tak sampai setengah jam pun kami sembang.
Lepas bye-bye sume, aku pecut terus gi umah Bos. 
Juliana Jamni sudah menunggu. 
Ada sesi ramah-mesra lagi, before balik rumah masing-masing. 
Bukan senang nak jumpa dan nak berborak. 
Aku dari Kedah.
Zura dan Rosli dari Johor. 
JAdi, kami kena la memanfaatkan masa tu sebaiknya. 


Sampai umah Bos je, Kak Nor dah siapkan lauk dah.
Beli katenye....



Lauk yg mengiurkannnn....
MAkan lagi!!!!





Oni dah capek mukanya. 
Tengahari yg terik. 
Belum start jalan lagi, dah berpeluh. 
Nasib baik le naik kereta, bukan naik unta. 



Jam 2 petang, aku dan ONi pun memulakan perjalanan pulang. 
Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar.
Jam 5.30 kami dah sampai Alor Setar. Dan aku proceed terus ke Pokok Sena sebab Wawan ada kat sana. 
Jemput Wawan plak. 


Sampai umah sebelum Maghrib.

Dan jam 8 malam, aku keluar pulak bawak anak-anak.
Alang nak naik bas gi Kuantan.Hantar di gi Shahab Perdana. 


BAlik rumah tu, terus tutup suma lampu, tido!
TAk daya dah. 










Tapi, lepas anak-anak tido, aku dok celik lagi.
Penat sangat sampai mata tak pejam.




Entry kali ni mmg panjang.
Inilah bahananya hapdet entry secara pukal. Masukkan 4 hari skali citernya dalam nih. 
Kena citer pendek-pendek jer.
Lagipun, gambar tak banyak.
Aku cilok gambo Zura jer. 


Anyway, thanks sebab baca. 
Besok, Makbed bekerja macam biasa.
Yg mana ada soalan , bleh terus tanya oke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram