Followers

3 Apr 2013

Innalillah. Akhirnya Allah Menjemput Juga...


Betapa sukarnya nak tidur malam ni.... 

La hawlawa quwataillah billahi aliyil azim... (zikir ni selalu 'terzahir' di hati tatkala wujud rasa bimbang). Apesal ntah tetiba rasa restless dan tak sedap hati. 
PAdahal tak da apa-apa yg pelik sangat pun. 
Adakah cuaca faktornya?
Ataupun keadaan diri sendiri...?
HAl anak-anak?
Atau pun cuma rindu pada Inche Kitchi? *cehh....

Atau faktor semasa kott...  'Bulan' berjadual sudah tinggal 7 hari lagi. ngeee...


Niat puasa. 
Sedang bersahur, makan megi je bersama secawan HKCC, panas-panas. Alhamdulillah....
JAm sudah pukul 4.15 pagi. Syahdu je pagi ni. Sejukkkk... 

Tahu tak aku baru je lepas mandi, gara-gara takleh tido ni? Guguggu...


Takziah diucapkan pada saudara Abil, yang kematian isterinya semalam. 
Semua orang kenal saudara Abil kan?
Suami satu dalam sejuta. 
Punyai kesabaran dan tawakal setinggi gunung, atau mungkin infiniti. 
Menjaga isteri kesayangan dari mula dikahwininya, sihat walafiat kemudian diuji Allah dengan kesakitan sehingga kehilangupayaan. 
Namun tak luntur cinta dijiwa..
TAk luput iman di dada.
NAma menderhaka pada janji setia, tidak sesekali

Kata wedding vow orang putih...

....to have and to hold from this day forward, for better or for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish; from this day forward until death do us part


Yes... Hanya mati memisahkan kita. Dan bertuahnya Kak Gee. PErginya dia bersama kasih sayang suami. Suami yg menjamin syurga baginya. Allahuakbar. 






Pilu.... namun bersyukur. 
Semoga Allah menempatkan arwah Kak Gee bersama isteri-isteri solehah, yang telah mendapat ganjaranNYA. 


SUka entry ni... sebak membaca nya. Lagi-lagi plak baca time sunyi..





Al-Fatihah untuk Kak Gee , dan kepada mereka yg lain yg pergi mendahului kita. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram