Followers

2 Apr 2013

BIBIK MAI LAGI!


Assalamualaikum...


Steal a little time to jot a line or two here. 


Sekejap lg aku dah nak kuar. Tgh tunggu waktu Zohor masuk dulu. Mandi, solat dan zaaaaaaaaassss!!! KErja ..kerjaa..

Sapa nak teman aku lunch ni?





TAk sempat pulak aku nak ucap tengkiu veri much kat bibik yang datang mengemas rumah aku tadi. 
MAsa dia blah, telepon aku lak berbunyi. Kena angkat call urgent. Dan aku hanya sempat hulur duit dan babai dia je.
Sungguh tak berhemah ko ni MAkbed.

Syukur bibik datang seawal jam 7.30 pagi.
Sori la.. gambo bontot je dapatnye sebab aku kan suka tangkap gambo curi. HEheheheh~
KAlau aku snap gambo dia pun, kang kena blurkan sbb dia bajet dia Siti NUr Halijah. TAk mo glemer-glemer. 

Dalam masa 5 jam beliau telah:
  • lap habuk di semua almari dan rak. 
  • kemas kesemua katil yg ado, siap tukar cadar lagi.
  • kemas bilik Alang yg bersepah dengan superbnya. 
  • cuci pinggan dalam sinki dan bersihkan dapur aku sampai berkilat. 
  • cuci semua bilik air. 
  • sapu, vakum dan mop lantai rumah. sekali ngan cuci sawang.
  • cuci porch keta.
  • kemas balkoni rumah yg dah macam stor. 
  • sidaikan kain berjumlah 2 bakul saiz jumbo. 
  • serika baju-baju aku sekali ngan baju kerja Alang skali. 
  • tolong jaga rumah aku masa aku keluar gi beli nasik lemak dan hantar otomen pegi skool. 

OSem tak?
Cuba bagi aku 5 jam tu kemas rumah je.
Memang takde menda pun... 
Peluh je lebih. 
TApi kerjanya takde le sangat. 


So, dalam masa 5 jam dia mengemas tu, aku lak wakpe?

Aku hanya duduk depan lektop, wat preparation utk client yg bakal aku jumpa sat gi. 
Siapkan proposal, isi borang, jawab email.
Dan hari ada 2 prospek baru , minta siapkan proposal utk ditandangani. 


Kerja aku duduk je atas kerusi, tapi badan aku dah sakit betui. 
YAng bibik tu kerja tunduk, tonggeng, bongkok, panjat-panjat segala..tapi beliau masih mampu tersenyum gembira sambil wat lawak spastik ngan aku. 
HAih.... 


Tuan punya bibik ni ada ramai lagi bibik. 
Semua dipanggil bibik.
Tak ramai pelanggan MElayu katanya yg minta servis dia.
Semua bibik ni bekerja sebagai BIBIK. TAkdekerja lain.
KAlau ada orang nk servis cuci rumah, maka ada la kerja si bibik.
Kalau takde, maka si bibik ini tido dan makan saja. 

"Kerja tak banyak mana pun kak. Oklah. Bos jaga kami elok. Boleh keluar-keluar juga bila malam mahu dating atau ke pasar malam..." ujar bibik yg datang ari ni. Dia ni kelakar sikit. Mulut ramah. Sebab boleh cakap Melayu.

Bosnya takkan bagi mereka kerja lebih dari jam 6 petang.
PErgi dan balik kerja berjemput. 
So, soal keselamatan memang terjaga. 
Ada juga aku tanya, bos ada pukul-pukul tak. 
Tapi, jawapnya "tak ada."
Riso jugak, kot le ada rakyat Malaysia yg aku kenal berlaku kejam dengan bibik. Alhamdulillah, orang-orang yg aku kenal, semuanya baik-baik belaka. 

Bila aku call tuan bibik, dia akan hantar seorang je. 
5 jam ialah RM50. Takleh mintak kurang dari 5 jam. Tapi, aku puas hati laa.... 
Bibik berlainan setiap kali datang.
Tapi, yg hari ini, Bibik ni dah kali kedua datang umah aku. 

Masa memula dia kata..."kami suma ingat Ibuk ini cina. Sebab, orang Melayu kurang sangat minta rumahnya di cuci..." 

Aku sengih ja. Dalam hati aku cakap.."ini melayu versi malas punya ini.." HAHAHAHAHa. MAlu pulak nak ckp kuat-kuat. 


Dengan bibik-bibik yg datang, upah biasanya diberi lebih. RM50 itu diberi pada bos. RM10 aku bagi masuk poket. Selalunya aku kasi warning kat bibik supaya jgn kaborkan kat bos depa. 
Tapi, mulut depa ni mana leh tutup. 
Ahahahahah... bila sorang ckp dia dapat RM10. Tetiba, bibik lain pun bukak cerita, yg dia juga pernah dapat RM10 dari rumah aku. 

Rupanya, tak ramai yg bagi upah khas untuk bibik tu. 
Bila dapat ekstra diorang sonok kemain umpama budak kecik dpt duit raya.
Nasib baik bos dia tak marah. 
Boleh la juga diorang buat blanje beli cikedis ke, tora ke, rota ke kacang kuda ke kann. 

TAdi niat nak bagi baju kecik-kecik kat dia.
Aku dah pack masuk plastik lama dahulu, tapi skang sudah lupa di mana letaknya.
BAdan bibik kecil-kecil semuanya. JAdi, bagi sajalah apa yg ada boleh dipakai. 

Setakat skang, yg datang boleh dipercayai. 
Ada penah aku letak wang sekeping dua. Rm50 diletak di meja. 
TAk ada diusik sekeping pun. 

Bila habih bertugas, aku jamu lak makan kek la segala apa je yg ado dalam peti ais. Aku suruh habihkan. 
Lepas kerja teruk-teruk, mesti lapar kan?


YAng penting aku suka, dan bibik juga gembira. 
Win-win situation. 

Bibik takleh cabut rumput. 
KAlau tak nak gak suruh. 

TAkde ke tukang kebuh seksi yg wat free lance cabut rumput?
KAlau ada sila gtau.
HAHAHAHAHA...~




 

Rupa paras BAmbam Bee nampak uzur sudah.
TApi, masih berbakti dengan gagah untuk aku dan keluarga. 
Tengah mengumpul dana nak make over Bambam Bee , supaya kembali seksi. 


Sape yg rajin nak PIMP MY RIDE?? 
Please...Please... Please.... 


TAkde sponsor ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram