Followers

14 Mar 2013

Zaman Dulu-Dulu dan Zaman Sekarang-Sekarang

 
 
 
 
PAda zaman aku membesar, bila Abah cakap kat aku yang dia gi sekolah bawah lima det (5 sen) , aku tak caya. 
5 set itu boleh beli macam-macam. 
PAling hebat, beli ais kepal. 
HAHAHA.. 
Masa tu, ais kepal pun aku taktau camana rupa. Apatah lagi bayang, macam mana depa makan. 
 
 
Gini rupa ais kepal. Ehsan: Google Image
 
 
PAda zaman aku membesar, bila Abah aku cakap, masuk panggung wayang tiketnya 1 ringgit saja. 
Aku percaya sikit-sikit. 
Sebab masa tu aku tak penah tengok wayang.  
JAdi aku tak tau. 
 
 
PAda zaman aku membesar, Abah bagi aku makan semua menda. 
Semua yang Abah beli bawak balik, aku WAJIB habihkan, sekalipun aku tak suka makan menda tu. 
KAta Abah, selagi aku membesar dalam rumah dia, memilih makanan adalah TIDAK DIBENARKAN.
HAbihkan, atau dia sumbat suma makanan ikut pungkok. Itulah ugutannya. 
Aku percaya okeh..! 
So, aku makan lah perabih sebab takut. 
HUAHAUHAUA.
 
 
 
PAda zaman aku membesar, aku suka tengok POwer Ranger, otomen, gaban.. tapi ABah tak bagi tengok tv.
Aku tengok curi-curi je la. 
BEtapa sayangnya aku kat otomen , masa tu. 
Bila Abah tak bagi tengok, aku nangeh. Sedih....
 
 
Pada zaman aku membesar, jika hari itu boleh tengok video citer katon , itu adalah hari yg best. 
Abah simpan banyak koleksi pita video katon. Tom and Jerry, Mickey Mouse... Dan pelbagai.
Sebab Abah aku ni pun minat katon. Dia berjiwa katon sebenarnya. HEHEHE..
Cuma, tak tunjuk sangat kat depan anak-anak... masa tu.
 
 
Pada zaman aku membesar, takde duit nak beli kaset.
Jadi, aku buat cetak rompak sendiri la. 
Apa saja lagu yg aku minat, aku rakam ke kaset. 
Abah hadiahkan aku sebuah radio. Radio tulah yg berbakti kat aku. 
Walaupun aku tak beli kaset beria, tapi terer jugak aku hapal suma lagu mat saleh. 
Mekaseh la hits fm.
 
 
 
PAda zaman aku membesar, Abah tak pnah terpikir lansung nak beli kereta besar. 
Dari aku ada sorang adik, sampai nombor 2, 3 , 4, 5 dan 6, tugas aku adalah meriba adik-adik yang kecil. Takde baby seat pon.
Aku tak penah duduk dalam kereta dengan tenang sebab kena riba adik jer.
MAk beranak 2 tahun sorang. 
Sempit kereta. 
Tak payah seat belt pun takpe.
 
 
PAda zaman aku membesar, Abah PAKSA aku keluar main petang-petang.
Pukul 6, wajib keluar gi main kat padang or mana-mana asalkan dengan kawan-kawan.
PErmainan paling ganaz masa tu, tuju kasut. 
Takpun, main soley. TAu soley tu hape?
HAHAHAAA... macam tuju kasut gak la tapi pakai bola tenis kot kalau tak silap. 
Masa tu, pemain-pemain nya suma berjiwa dan bertenaga kuat. Kena baling bola tenis kat perut, boleh buat ko muntah pelangi. 
Masa tu.. main campur-campur laki perempuan, nak sepak kau dan aku, takda sapa marah pun. PAndai-pandai la kau protect diri sendiri. 
Aku memang berdikari masa ni. 
TApi... actually aku tak minat game-game gini. 
Sebab, pada masa aku membesar, aku dah pun dihantar gi kelas taekwando dan kelas muzik.
JAdi, takde masa nak berjimba-jimba sangat dengan kengkawan rumah.
Unik kan?
 
 
Zaman aku membesar, masa bergambar kena penuh disiplin. 
Sekali shot je. TAk mau merosakkan kan gambar sebab kodak mahal. 
Abah tak bagi wat aksi-aksi 'melampau' sangat. So, skema jer la....
Gambar dulu-dulu lebih original, sebab takleh edit. 
 
 
 Sekarang....
 
 
 
 
Gi sekolah bawak 50 sen pun tak cukup. Kena bawak paling sikit RM3.
Situasinya sama bila kita citer zaman kita dulu just bawak singgit je pi sekolah, anak-anak buat muka senget. 
Sama la macam aku dulu-dulu. 
Hihi..


Anak-anak tak merasa makan ais kepal.
Ais krim naik moto yg lalu depan rumah pun tak berani tahan.
Ibu bapa skang sudah pandai dan arif tentang kebersihan seraya memandang pakcik-pakcik yang jual aiskrim 'delivery' tu sebagai tidak bersih. 
Hence, anak-anak skang tak merasa makan aiskrim palit atau aiskrim roti. 
Anak skang lebih suka makan Baskin Robin dan Haagen Daaz. 
Lebih 'bersih'. 
 
 
Zaman skang, budak darjah 2 pun boleh pegi tengok wayang.
Tiket sekeping RM12 pun tak jadi masalah. Begitu bebas mereka menentukan kemahuan sendiri. 
Tak perlu ada pengawasan orang dewasa pun. 
 
 
Anak-anak zaman skang takleh makan semua menda.
Semuanya dipantau garam gulanya.
Jika anak tak mau makan, tak boleh dipaksa.
Kita lemah bila anak merengek tidak mahukan sayur. 
Kita redha bila anak berani makan tak habih. 
Kita lebih teruja mencari vitamin dan makanan tambahan lain, dari memaksa anak-anak memperolehi sumber vitamin dari makanan tu sendiri. 


Anak zaman skang boleh tengok citer apa pun.
Otomen, power rangers.
Skang katon setiap masa. 
Ada satu channel khas untuk katon saja. 
Ibu bapa bukak channel tu untuk buat anak-anak duduk diam.
Paling menarik, ibu bapa plak ikut cakap anak sampai takleh tengok channel lain padahal time tu kita nak tengok berita atau apa-apa je channel yg kita nak. 
Layankan je. Tak mau anak nangeh. Kesian...
Kita takleh suruh anak. 
Anak buleh suruh kita.
 
 
Zaman skang, suma lagu boleh donlod.
KAlau malas donlod, le tengok je kat Youtube. 
TAkyah simpan kaset berbelas-belas. 
Boleh simpan dalam pendrive kecik je. Boleh dibawak gi mana pun. 
Dan pengetahuan muzik lebih universal, kini. 
ANak kecik pun sudah boleh nyanyi lagu berbahasa korea.
 
 
Zaman skan, kereta kena besar.
Anak masuk 3, kita dah bersiap nak beli Alphard. Untuk masa depan, katanya. 
Suma anak kena pakai seat belt. 
Kereta besar adalah untuk letak car seat je... Sebab takde sapa nak riba anak ramai-ramai kat belakang. 



Dan..anak zaman skang tak merasa main kat luar rumah dengan bebas. 
Bimbang anak hilang.
Maka, jam 6 petang, kita lebih redha anak duduk dalam rumah main game ataupun tengok tv je. 
Lebih best, biar je anak-anak tido. 
Yela..sekolah anak-anak zaman skang ni sampai ke petang. Balik rumah, dah penat sangat sampai nak jalan pun tak mahu. 
HEHee..kesian wooh..


Zaman skang punya versi bergambar..
HAHAHAHA.. malas nak cakap lah. 
Cuma nak ckp, kita dah tak berdisiplin sangat dah... dan tak malu juger.
Kan?
Semua orang nampak cantik... hanya dalam gambar. 






BAyangkan, hanya 20 tahun aje beza dunia kita dan dunia anak skang. 
Lagi 20 tahun, entah camana la gamaknya.
 

 
 
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram