Followers

6 Mar 2013

You are the last person people will say thank you to... even after they died.



TAdi aku keluar gi opis.
Gi pejabat pos..
Kendian, lepas gi jabat pos,  aku gi satu kedai buku kesukaan. NAk laminate contoh quotation supaya next appoinment tkdelah aku menggelabah bebenor. HAHAHA..~


AKu suka gi kedai buku ni sebab , tuan kedainya ensem.
Tu aje alasannya.
Muda lagi kalau tak salah pandangan aku.
Muka cam artis korea.
TApi 2 kali tengok, dah macam ahli gengster plak.
Sebab dia nampak muda, badan pun fit. TAkde boroi-boroi, selekeh...
Kiranya, beliau ini adalah taukeh kedai buku yg paling ensem dan kemas rupa parasnya yg pernah aku jumpa.
Walaupun, dia hanya pakai tshirt dan seluar jeans. Aww..


MAsa nak tunggu siap keje laminate tu, aku jalan-jalan keliling kedai.
Window shopping.
PAstu, bosan plak.
Aku duduk depan konter tu.
Dia buat-buat sibuk kat konter, padahal time tu takde orang pun.
Aku je kastemernye.
Maka, aku pun mula la nak menyibuk.
Mulut ni ringan je nak bercakap. HAIH!


Tetiba, terperasan plak.....
Selama aku gi kedai aku tak nampak pun menda kat tangan dia tu.
KElihatan, di lengan kirinya, bermula dari siku hingga ke atas ada kesan terbakar. PArut lama. TApi , parut tu beso jugak. Aku yakin bukan kat situ je parut tu. Musti ada sampai ke bahu. Sebab kulit dia mcm bekas koyakkan, dan ada kesan kulit lain ditampal atasnya.

BAnyak tengok Grey's Anatomi. Inilah natijahnye.


KEndian...

AKu punya tanya la..


"Bos.. mau tanya sikit boleh aa..? Itu dekat awak punya tangan tu, apa ? BEkas eksiden ka?"

MEmula dia mcm keberatan nak citer. TApi, mungkin kerana budi bahasa, dan taknak biarkan kastemernya bosan, dia pun layankan je aku...

Dipendekkan kisahnya....

IA memang parut kemalangan.
But to him, it was not just a scar.
IA adalah sesuatu yg telah mengubah kehidupan dia.


Kemalangan ngeri tu berlaku beberapa tahun lepas. MAsa tu dia bekerja sebagai seorang engineer kat mana ntah dia sebut tadi. Lupa nama company.
Dia baru saja beberapa bulan berkahwin. Dan kejadian kemalangan tu berlaku selepas sambutan TAhun BAru CIna. Disebabkan isterinya takde saudara-mara dekat, jadi tahun tu diorang nak beraya kat oversea.
JAdi, diorang decide nak gi Hong KOng.

Kemalangan tu terjadi di Hong Kong. EKsiden tu menyebabkan isterinya cedera teruk, dan meninggal beberapa hari selepas kejadian.
Dia pun teruk jugak. BAdan melecur..TApi, muka tak kena. Muka tak melecur, cuma luka je. BAhu je kena sambar api. ISterinya yg drive masa tu. Dia dok di tepi.

MAsa dia citer tu, aku tetiba rasa menyesal tanya. Inilah ko Makbed... TAnya lagi soklan pelik-pelik. HAAAA.. Sedey....


TApi, pastu, brader tu tanya aku lak.

"You kerja apa?"

Aku pun cakap le.. "Saya agen insurans. Prudential.."

"Oww... " responnye sambil angguk-angguk. "It's a good profession you choose. Even now, saya masih lagi berterima kasih pada agen insurans saya. Without his help, saya mungkin tak boleh bekerja macam ini..."


HAa.. giliran aku plak cakap "owwww......... Why aaa?"


Sekembalinya di Hong Kong, brader ni takleh kerja. Memula dia diberikan mc oleh company, tapi sebab dia dah tak sihat mental dan fizikal untuk bekerja, dia sendiri resign.
BAdannya yg luka tu beransur baik. PEmbedahan dilakukan banyak kali kat tempat lecur tu. KOsmetik surgery.. Dia ada medical kad, jadi dari sudut kewangan, dia tak suffer dan tak sukar mendapatkan rawatan.

Bila dia dah sihat sikit and decided to move on, dia dah blur tatau apa nak buat. Dan start menyalahkan semua orang, even God. Hidup memang serabut masa tu, katanya.
MAsa ni lah agen insurans wife dia yg meninggal tu datang. BAgi dia cek, iaitu pampasan kematian isterinya....
BAnyak .. 250k.
That guy lansung tak teringat tentang insurans isteri dia. Dia even tak ingat nak claim ke hape. TApi, agen tu dah buatkan semua. Datang rumah , tanya kabar dan kendian hulurkan cek.

"That agent said to me... Use this for your own good......"

Lama dia diam....

Kendian dia sambung..

"Ini kedai buku, saya buat guna duit insurans 'arwah' la... It has always been her dream to have a book shop. So, inilah kedai dia... "


Ok. Skang aku dah tak menyesal tanya soklan kat brader tu. EHEHEE..


"You should be proud with what you are doing now. You are the last person people will say thank you to, before they die...and even after they died. "


AKU PULAK NAK NANGEH!!!!!


Thanks bro. You just made my day......


Setiap org ada kisah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram