Followers

18 Mar 2013

Saya dah tengok Warm Bodies. Ini adalah kata-kata saya mengenai movie itu.










 Dah tengok?

Silalah tengok.

Sebab pertama tengok adalah kerana :

Zombie tu ensem.


Sebab kedua: 
Tertanya-tanya apa sebab bleh ada zombie ensem kat dalam tu.


Sebab ketiga:
Alah..citer zombie kann...!



AHAHAHAHA...


 TAk ada apa yg menakutkan tengok citer ni walaupun memang zombie tuh hudoh wajahnya. 
Citer ni kelakar dan penuh maksud tersirat di dalamnya. Terlalu banyak.

Girls, sila ajak pakwe anda tengok movie nih. 





Semua makhluk dalam movie ni menggambarkan manusia yg ada dalam dunia sekarang.
 Hati kita membezakan diri kita satu sama lain, meskipun rambut semua sama hitam. 

Manusia dalam citer ni, walaupun hidup bernyawa tetapi tak semestinya hebat. 
What makes them human ?
Adakah kerana mereka survivor daripada bencana zombi menjadikan mereka human?
Adakah kehidupan yg mereka jalani tu sebenarnya kehidupan normal sebagai human?

BEing a human, suka atau tidak , we are eventually connected dari segi hati dan perasaan. 
JAdi zombi, tak best. Sebab dia boleh bergerak dari point A ke B, tapi misinya 1 je.
MAKAN. 
Life?
TAkde......
But they actually LIVE. 


Zombi dalam citer ni menggambarkan manusia yg takde arah tuju yg tetap.
TAkde perasan.
Numb. Kelu, Kebas. 
Nak kata mati pun tak. 
Hidup pun tak juga.
Bila tengok zombi lain bergerak, dia pun ikut bergerak. 
KAlau lapar, maka itulah misi untuk hari tu. 
KAlau ada rezeki makanan lalu depan mata, maka masing-masing pakat la kejar. TAkde strategi lain. Kejar jer. 
KAlau takde makanan lalu, maka depa ni akan mundar-mandir je tak de tempat nak gi. 


Zombi ini boleh kembali menjadi manusia jika diberikan semula 'sebab'. 
Cause of living. 
Purpose. 
Dalam citer ni, LOVE is what brings them to humanity. 
Thanks to R dan awek comey nye. 

And just like us now, some of us suka memilih untuk NOT TO FEEL, NOT TO RESPOND, NOT TO REACT, NOT TO INTEFER, NOT TO CARE....
So, sapa yg macam tu, buleh la disamakan cam zombi-zombi nih. 
Takde tujuan dan matlamat hidup. 
Dan anda tak tahu pun kenapa anda wujud di donia ni. 
Yang anda tahu, survive sahaja, pada hari itu.
KAlau ada sikit-sikit fun, tu kira extra condiment lah. 




Dan, dalam citer ni juga ada puak BONNIES di mana mereka ini adalah golongan yang hopeless dan sudah takda harapan nak kembali jadi orang dah. 
Bonnies ini adalah makhluk yg sudah gave up to be zombie as they have tried hard enough to be back as human, or maybe sebab tak try lansung.
 Ended up, menyerah diri dan except the fact yg there's no turning back.
JAdi Bonnies lebih best sebab lebih ganas.
Ditakuti oleh manusia dan zombi. So life lebih thrill (kot). 
Bonnies represent some of us yang tend to bertindak kejam dan di luar batasan demi mencapai misi mereka. 
In the end, Bonnies ni mati je. TAkde sapa pun nak tolong selamatkan depa. 
Haaa... So, manusia yg tak berhati perut (in reality) kalu korang tak bertobat, maka satu hari nanti korang pun akan jadi BONNIES gak. Orang bior je kome mereput kat situ. TAkde sapa nak kawan ngan dia. 



Warm Bodies adalah movie yg sweet sangat.
Boleh tengok rilek-rilek dengan pasangan.
NAk layan sorang-sorang pun siok. 


 Ini bukan movie review.
Aku cuma translate movie ni ikut kepahaman aku jer.
Manusia dalam dunia ni ada pelbagai  dan citer ni dah tolong aku describe sebahagian besarnya.


 Kalau kita berhati sejuk, sedingin ais, tak payah bangga sangat. 
Hati yg keras dan dingin sangat jauh dari belas kasihan Allah. HAnya boleh doa je Allah lembutkan hati. 
KAlau hati keras takde perasaan, awak adalah zombi.
KAlau awak selesa life sebegitu, awak mmg zombi. 
Sehinggalah awak berubah menjadi lebih caring dan brtangungjawab terhadap perasaan sendiri dan orang lain, maka barulah awak jadi MANUSIA. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram