Followers

17 Mar 2013

Rindu Si Anak

 
 
BErsiaran mengguna brokben peninggalan Inche Kitchi.
Sepatutnya, brokben ni dia bawak sekali ke tempat kerja.
Oleh kerana streamyx di rumah masih tidak ok, maka Inche Kitchi tinggalkan brokben ni untuk aku guna. 
Dan dia pergi bawak lektop jer...
 
Kesian beliau.
KAlau tak, boleh gak dia hilangkan bosan tgk anime ke hape online masa belayar tu. 
 
Gitulah suami aku. 
PApepun, kepentingan aku didahulukan. 
Apa saja lah yg ada kat dia, semuanya dia bagi aku dulu pakai.
KEreta... dia tinggalkan untuk aku pakai. 
Dia pakai moto. 
 
Lektop dia belikan untuk aku.
Dia pakai lektop opis.
 
Samsung Galaxy Note, dia belikan untuk aku.
Dia pakai nokia ape ntah modelnya.
 
Suami aku ni cermat bila bab barang-barang dia.
Aku ni je ganaz. AHAHA.
Tapi, semua brg pemberiannya aku guna betul-betul sampai rosak. 
Sementelah aku ni bukan jenis kaki gadget sangat. 
 
Inche Kitchi pun bukan jenis memberi hadiah. 
Kalau aku nak, aku mintak. 
Dan dia usahakan untuk aku. 
JAdi, aku value apa je dia bagi. 
Sebab dia takmo bagi menda yg tak perlu. 
Dia nak aku guna betul-betul barang yg diberi.
Kalau takminta, dia tak bagi.
JAdi.....mintaklah kan.
 
 
KAli ini dia pergi belayar lagi, insyaallah sebulan. 
Ada Alang temankan kami. 
Suami di sana, biar kat mana pun dia pergi, aku tak risau. 
Makan pakainya terjaga. 
Aku je kena pepandai jaga diri dan anak-anak. 
 
 
Oni hari tido awal.
Semalam lepas hantar Apak dia naik bas, Oni diam aje.
Sebelum tido dia tanya... adakah Apak dia akan balik malam ini?
Selalunya, setiap malam kami akan bergaduh sapa nak tido atas, sapa nak tido bawah. Oni nak tido atas jer kat tempat Apak dia. 
TApi semalam, Oni angkut bantal sume, tido kat tilam dia. 
Makanya, aku tido sengsorang je atas katil.
 
Dan pagi tu, bila dia bangun, dia terus check sebelah aku tengok Apaknya dah balik ke belom.
 
"Eh, Ayah tak da balik ke Ibu?" 
 
 
"Takde.. Ayah work....Lambat lg nak balik..." gtau aku sambil siapkan beg sekolahnya. 
 
 
Oni akur jer. 
 
 
 
Petang tadi, aku ngan Alang jemput Oni kat skolah. 
Oni tanya lagi... Apaknya dah balik ke?
Hairan plak aku. Sebelum ni, Apak takde lama pun dia tak kisah. Tapi, kali ni lain pulak style nye. 
PAdahal, di rumah bukan kamceng sangat pun ngan Apak. 
Asyik kelahi aje dedua tu. Haih!
 
 
Aku ajak dia gi makan. 
Sampai restoren, ada 4 kerusi. 
1 dia punya. 
Wawan duduk atas kerusi baby.
Aku dan Alang amik sorang satu kerusi. 
BAki, 1 kerusi...
 
"Ini kerusi Ayah.. Nanti Ayah balik dia nak duduk," kata Oni, tegas. 
 
 
Aku diam je.
Alang sengih... 
 
 
Rindu Apak rupanya.....
 
 
Huuu...
 
 
Lepas MAghrib, Oni dah merengek ngantuk. Kata Cikgu, hari ni Oni tak tido siang.
Alang watkan susu dia dan Oni pun baring di tempat Apaknya.
Senyap saja dia. 
 
"Ibu tepon Ayah ye.." usul ku.
 
 
"Okeee...."
 
 
Dan aku pun telipon la si Apak. Mujurlah tak belayar di tengah laut. KAlau dia blayar, takde signal. 
Dapat le Oni borak-borak kejap dengan Apaknya, sambil korek-korek idung. 
Cis..tak bermorak lansung anak dara aku sorang ni. 
 
Skang, ONi dah tido. 
Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. 
 
 
Tinggal Wawan je dok celik nih. 
 
 
 Oni dah makin besar. 
Dah faham kot maksud 'rindu' dan 'sunyi'. 
Macam aku ini, sudah tua. TAkpelah. NAk rindu sangat-sangat pun, aku dah paham tu tugasnya. 
Budak kecik camana ye...?
 
 
 Menjadi parents ni, kena faham banyak perasaan. 
Biasanya, perasaan sendiri di ketepikan dulu, kan?



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram