Followers

8 Mar 2013

Pendedahan Eksklusif - Medical Card Adalah Hanya Untuk Orang Kaya Sahaja!



PErnah tak dengar kata-kata seperti ini..

"Hang buleh la. Banyak duit. Boleh beli la segala insurans. Medical card mahai pun tak apa... "


"Medical card ni untuk orang kaya-kaya je. Kami ni orang miskin. Layak pi hospital kerajaan ja. FREE.."


Benarkah?
Benarkah kad perubatan ini hanya untuk orang kaya-kaya sahaja?


Benarkah, orang-orang yg berpendapatan sederhana dan miskin tak leh ada medical card?




Silap.


Orang kaya akan kekal kaya... kerana mereka bijak 'menyelamatkan' wang simpanan mereka dari kebocoran. 
MAnakala, kita yang berpendapatan tak berapa nak kaya ini, terlampau berdikit-dikit , mahu berjimat-cermat tetapi sudahnya bocor juga.
Sekali bocor, bukan sedikit keluarnya. BEsar..  Sehingga tak boleh nak tampal kembali. 


Kesan 'kebocoran' poket dan perbelanjaan ni pulak bukan sedikit. 
HAnya perlu bayangkan , jika mahu survive sebulan pun jenuh bercatu. 
GAji bulanan yang kita nantikan di hujung bulan, semuanya sudah terencana penggunaannya.
Sewa rumah, bil utiliti, yuran sekolah anak, yuran pengasuh, simpanan, bagi kepada ibu dan ayah kita di kampung, perbelanjaan rumahtangga dan pelbagai lagi.
BElum termasuk hutang kereta dan rumah. 


MAkin besar periuk, makin besar juga keraknya, bukan?

JAdi, tak boleh cakap medical card ni hanya untuk orang kaya-kaya. 
Kini, harga untuk medical card pun sudah boleh ekjas... bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan. 
YAng lebih menarik, bagi yang baru-baru nak beli insurans, boleh beli ikut kemampuan. TApi, lepas beberapa tahun kalau dah sampai masa nak upgred, boleh je. TAk susah pun. 
Asalkan, diri itu sihat walafiat. 


KAlau orang banyak duit, sakit demam tak susah. 
Dia ada duit. 
TAkde medical card pun, dia masih boleh mendapatkan rawatan. 
LAgipun, kalau dia kaya, tentunya kawan-kawannya juga kaya. 
KEluarganya juga mungkin kaya. 
JIrannya juga kaya. 
JAdi, tiada masalah jika dia perlukan bantuan. 


TApi, bagaimana pula dengan kita yang tak berapa nak kaya ini?
PEndapatan kita dah le ngam-ngam soi je. 
Sesekali terkucil juga. TEtambah time nak kena renew roadtax. HAHAH.
Belum lagi kena saman. 
KAlau sesuatu terjadi pada kita, sakit misalannya. Sakit sikit-sikit mungkin boleh refer klinik 1Malaysia sahaja. 
BAgaiamana kalau kita sakit teruk?
YAng demam seminggu tak baik-baik.. kendian kalu pergi klinik asyik dapat paracetamol je?
Senang kah hati kita selagi kita tak tau apakah nama penyakit yg melanda kita tu?
Can u sleep on it?

NAk gi check kat hospital free, amik masa. 
NAk dapat diagnosis sahaja tunggu 3 hari. MAksima sebulan. 
NAk tunggu jumpa doctor plak, kena buat appointment.
Tgk tahap severity. 
Menda patut leh settle dan baik dalam masa seminggu je.. Disebabkan tunggu giliran dan mengharap pada yg FREE, sakit yg tak teruk jadi lebih teruk. 


Buang masa tak?
BUang tenaga tak?
Buang duit?

Of course la terbuang... nak ulang-alik gi sepital sume. Dah le kena amik cuti. 


Untuk orang yang tak berapa nak kaya macam kita ni, sanggup lagi amik masa lama tunggu nk dapatkan rawatan kat spital kerajaan daripada terus gi spital yang cepat.
BEnar, rawatan spital swasta memang mahal regenya. 
Selumayan servisnya lah juga. 
TApi, kalau dah sakit sangat, mahukah tunggu giliran lama-lama?
Kita sanggup tak pergi sebab apa......???


SEBAB TAKDE DUIT..
Sebab duit tak cukup....
Itulah ketakutan hakikinya. 


MAka, tahanlah sakit tu selama mana yg boleh.


Di sini MAkbed nak jelaskan, medical card bukan HANYA untuk orang kaya.
Orang yang tak kaya seperti kau dan aku ini lebih perlukan medical card sebenarnya. 
Kita tak ada kawan-kawan yang kaya mahu membantu kita. 
Kita kerja kerani saja. MAka, kawan-kawan kita pun kerjanya lebih kurang macam kita je gajinya. 
KAlau nak bantu, sorang seploh ringgit. Kumpul-kumpul 200 ratus orang baru ada RM2000.
Pembedahan sakit jantung minima RM15k. Cukupkah?
MAhu minta pada siapa lagi? 
Ibu bapa kita?
Sanggupkah?
HAbih kita minta pada mereka, takkan pula mereka tak bagi kan?
MAka, keluarlah simpanan tabung haji mereka. 
Simpanan mereka kalau mereka tiba-tiba sakit.... 
Semuanya diberi kepada kita.
PAstu, bila ibu bapa kita pulak tetiba sakit , sapa pulak ye nak bagi pada mereka?

 Lagi..
Mahu minta pada siapa?
Adik-beradik kita?
BAguslah... KAlau adik beradik kita ramai lebih untung.
Sorang mungkin boleh bagi kita RM3000. Kan?
Senang hati kah kita mahu ambil wang mereka?
KAlau tiba-tiba pembedahan kita tak berjaya, dan mati tiba-tiba, bukankah ia dikira berhutang?

Oh..mereka menderma. Takkan pulak mahu mengungkit. 
Betul.. TAk baik ungkit. 

Tapi, adakah mereka redha menderma membantu kita, atau TERPAKSA membantu kita?


Fikir-fikirkan....


BAyangkan kesusahan yg bakal awak berikan jika awak sendiri tidak cukup persediaan menghadapi hari sakit awak sendiri.


Kita sudahlah tidak berapa kaya.
Tapi, bila terjadi musibah, kita bertambah-tambah susah dan tidak mampu nak bangun kembali. 
JAdi, memang tak kayalah kita sampai ke sudah. 

Itu baru ditimpa sakit. 
Baru fikirkan tentang kos rawatan.
Belum fikir tentang apa jadi pada kita selepas rawatan. 
BAgaimana dengan pekerjaan kita selepas itu.
Adakah masih bergaji kita selepas itu?
Jika masih bergaji, Alhamdulillah.
BAgaimana jika , tetiba dicutikan daripada perkhidmatan?
BAgaimana pula nak setelkan utiliti, sewa rumah, sekolah anak, pengasuh, hutang kereta dan rumah...  
Dan bagaimana pulak dengan simpanan???


Pernah tak fikir sampai ke situ?


KAlau belum, sila fikirkan. 
KAlau sudah, cepat bertindak.
Segalanya mungkin dalam dunia kita sekarang ni. 

Betui tak?



Kesimpulannya...
Sebab tu la dikatakan orang kaya menjadi semakin kaya. 
Dan orang miskin akan kekal miskin. 


Sebab, orang kaya think and execute.
Orang miskin pula, think-think-think and dispute.
 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram