Followers

6 Mar 2013

PAsh PAsh PAshmina


Dalam kepala ni tengah plan nak punggah laci tudung aku, pastu nak lipat lawa-lawa dan susun cantik-cantik dalam drawer.
Silalah berdoa supaya aku rajin esok hari.


Semalam aku dapat soklan cepumas dari seseorang, bertanyakan tentang 'tabiat' aku yang selalu berpashmina ke mana sahaja hatta ke majlis rasmi. 


BErikut adalah jawapan ringkas MAkbed:


  • MAkbed pakai pashmina sebab ia besar dan labuh. MOstly pashmina yg dijual berbidang lebar dan panjang dar shawl-shawl biasa. JAdi, bagi aku, pashmina adalah sangat praktikal kalau nak pakai tudung menutupi dada dan dalam masa yang sama still manage to look anggun dan comel. Ahaks!
  • PAshmina lebih tahan lasak daripada tudung-tudung lain. KO henyak la dia camne pun, even berkedut seribu, ko still leh pakai dan buat macam ianya fesyen terkini. Cuba buat kat tudung bawal camtuh? Atau tudung ariani?
  • MAterial pashmina pilihan MAkbed biasanya yg tidak-payah-iron dan mudah dibasuh. NAk jaga pun senang. KAlau nak pashmina tahan lama dan warna segar-bugar macam baru beli, jangan basuh pakai mesin. Basuh pakai tangan je. TApi, kalau time pemalas , aku mesinkan aje. TApi, kena masukkan dalam beg basuhan supaya pashmina nye tak tertarik benang. 
  • Shawl juga ada yg jenih berbidang besar dan panjang. Shawl jenis chiffon sangat sesuai dipakai untuk majlis-majlis vogue. TApi buat masa la ni, MAkbed tak delah vogue sangat. JAdi, ko pakai jelah pashmina dan 'menyamar' je jadi orang yg vogue tapi sebenarnya TIDAK. HAhahaha..~ *kesian kan?
  • Mesti yg mencebik bila aku cakap pashmina ni senang pakai. MAksud aku, cara memakainya tu pelbagai, but as for me, I choose the easiest way dan praktikal. TAk penah aku menghana-tajimakan tudung aku so far sebab pertama, ianya super renyah. Kedua, aku ada anak kecik. Leceh lah plak. Dan ketiga, aku suka sesuatu yg tetap kedudukan, daripada pagi aku pakai, sampai le ke malam tanpa tudung tu 'tergelincir' dari tempatnya. 
  • PAshmina adalah sangat praktikal bagi orang yg menjalani kehidupan aktif and travels a lot. 
  • TAK PAYAH IRON. Dan buleh match ngan apa saja baju. Tetambah lak, skang zaman color block sudah kembali. JAdi, lagi la senang ko nak matchkan dgn outfit apa pun. Dan baju MAkbed biasanya plain je colornya, TAkde corak-corak. So, tudung perlu kalerpul sikit. 
  • PAshmina buat diri anda muda 5 tahun. Dan tambah lagi 3 tahun jika anda memang betul-betul perasan anda nampak muda. THOUGHT BECOME THING, BEBEH!
  • Pemakaian yang betul, boleh menyembunyikan ketembaman pipi dan double chin anda. 
  • Mula-mula memang sukar. TApi,pemakaian yang berterusan akan membuatkan anda mahir. As soon you discover the best way to wear your pashmina, ia akan jadi trademark you. Like... "aaa,,,kalau pakai macam ni, Makbed style. Kalau pakai macam ini, PEah punya style..."
  • MAkbed cuma ada 20 helai pashmina sahaja. 
  • Inche Kitchi suka MAkbed pakai pashmina sebab dia sentiasa terasa macam dia jalan ngan pendatang pelancong asing dari Lebanon. EHh??
  • PAshmina jugak boleh digunakan untuk memanaskan badan. NAk buat kain basahan pun boleh. 

Tu aje la info pashmina MAkbed



SKang dah 2 tahun pakai pashmina.
DUlu, saya ada idol saya bila time nak pakai pashmina ni.
TApi, idol saya tu dah lama tak berblog. Sejak-sejak kerja ni, dia dah lupa camana nak berblog kot. EHEHE...


Ramai je yang bershawl dan berpashmina. NAsihat MAkbed, pilih yg menutup aurat. JAngan fikirkan style je ye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram