Followers

11 Mar 2013

Panggilan Mengharukan Hari Ini

 
 
HAri ni hari untuk check payment. 
Biasanya aku akan tinggalkan mesej di henpon, whatssap atau pun pm di fb masing-masing. 
 
NAk jadi cerita, ada la sorang Hamba Allah ni, aku tinggalkan pesanan tentang payment yg patutnya dia buat. TApi bertangguh sebab hujung minggu tu dia sibuk. MAkanya, dia terlupa. 
So, hari ni , aku ingatkan dia sekali lagi. Hanya tinggalkan mesej di inbox fesbuknya. 

Aku bukannya nak mendesak.
TApi, andainya dia terlupa, adalah bagus ingatkan
Aku tau, kawan-kawan aku ni suma kerja besar-besar, mempunyai hari yg sangat busy. Kadang, aku mesej pagi ni, malam satgi baru balas gara-gara dok kalut kerja siang-siang. Time nak tidoq baru check segala inbox fesbuk sume. 


Udah aku tinggalkan mesej gini bunyinya..

"Elizabeth, jangan lupa payment ya..."


GItu je mesejnya.





Tetiba , henpon aku berbunyi. 


Aku tengok nama ELizabeth muncul kat tipon. 

Terus haku angkat tanpa prejudis. 


"Halo..."


TAkde suara.


"Haloo.....Assalamualaikum.." sapa aku sekali lagi.


"Waalaikumsalam. Errr... Makbed..." balas suara dihujung talian. 
 Kaget sekejap aku. Suara tu , nak kata macam perempuan pun bukan. Lelaki pun bukan jugak. 
Aku pandang skrin henpon lagi sekali.

Eh, betul la Elizabeth! Hati aku cakap sengsorang.
 
 
"MAkbed Wey, MAkbed. AKu la.." suara garau itu memanggil-manggil. Tak semangat sungguh bunyinya. MAcam orang menangis saja. 
 
 
"Hah, ye kau... ELizabeth. Apesal ko?" tanya aku , sedikit cemas. MEnangis kah dia? Adakah terjadi apa-apa pada Elizabeth? Kenapa menangis?
 Takkan sebab aku minta duit, dia nangeh? Oh Nooooo.....
Adakah dia kecik ati ngan aku sebab aku mesej dia suruh bayaq duit?
 
 
"Errrkk.. Makbed! Sori weh. Aku terlupa nak bank in. Uhukk..~Uhuukk~ "
 
"Oh.. haa. Takpelah. Aku remind je. KO kenapa? NAngeh?"
 
 
"HakhKAhhak.. UHukk. Bukanlahhhh... Aku takde suara nih. Ini pun dah habih jerit dah ni. Haaa... Uhukk... " Elizabeth cuba menyaringkan suara ,tapi keluarnya garau juge. 
 
 
"Ohh... laah. Susah-susah haje ko telepon ngape Elizabeth? Ko tulih kat fesbuk kan senang. KAng pecah peti suara hang tu. ISkk.. " balasku, disusuli ngan gelak yang tak berperikemanusiaan.

 
 Dengar dia bebatuk kecik. 
"Hihihi. ko jangan gelakkan aku , MAkbed. Haa.. sian aku. TAkleh cuti pun. Bos aku nak meeting. Aku baru balik dari kampung ni tau," jelasnya. "Petang nanti aku bank in lah. TApi, minta maaf sangat-sangat ekk..."


Ahahaaha.. kesian Elizabeth. Lepas perbualan talipon kami tamat, tetiba je aku rasa aku ini Ah Long yang kejam plak. Iskk.. 


Sori ye Elizabeth. Aku buat hatimu libang-libu plak.
HAa.. kalau minum Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) tu, banyakkan minum air masak ye, yunk!
Nanti, lambat pulak suara kau nak kembali merdu.

 
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram