Followers

4 Mar 2013

Mengantuk Yang Ditahan-Tahan




HAri ni mood ke laut sikit.
Tetiba je kena Monday Blues.
Kepala pening, rasa nak muntah.
NAk kata masuk angin, bekfes makan nasik lemak plak kan.

Terkenangkan rakan-rakan di area TAwau sana.
Ada yg keje cikgu, polis, posmen, berniaga dan macam-macam lah.
Mostly cikgu.
KAwan Angah pun banyak ygjadi cikgu di sekitar TAwau dan Kota Kinabalu.
NAk kira kawan aku...  memang ramai.
Blogger saja, dah berapa orang daripada Sabah, daripada anak jati Sabah sehinggalah ke yang merantau mencari rezeki di sana.


Lulu pun orang Sabah.... JAdi, Sabah dekat di hati lah kan?


Dan.....




Tempat lahir MAkbed juga di Sabah. Kota Kinabalu.


Papepun, dari mana kita berasal, di mana pun kita duduk, semangat cintakan negara tu kena ada ye geng.


Dalam keterpaksaan hari ni aku keluar rumah.
Tengok bontot Bambam Bee je buat hati aku luluh.
Hmm...
TApi, kena positipkan diri.
KAlau kita nak hati senang, kena redhakan.
KAlau tak, sampai ke sudah hati sakit je.
MAka, pagi tadi, sekali lagi aku maafkan diri aku sendiri dan orang-orang yg terlibat dalam kejadian kemalangan semalam.----BACA SINI.


Sebenarnya kejadian semalam tu ada kena mengena ngan kesihatan juge.
BAlik dari Manjung Sabtu lepas, aku tak berapa nak berehat.
MAnyak menda nak pikir.
Bila nak tidur tu, hati runsing semedang.
TApi, bila sudah tido, aku tido dengan penuh perasaan. Sedar-sedar dah pagi dah pun. Rasa macam baru sejam je aku tido.
BAngun dari pembaringan, belakang sakit, kepala sakit.

Masuk hari ini, sudah hati ketiga lah sakit kepalanya.
TApi, hari ni nampak sikit sebab muka agak pucat.
Tengahri tadi ke klinik , tujuan nak pi amik medical report client.
Ended up, doctor yg prihatin tu suruh aku hulur tangan untuk check blood pressure.


NAh..... low blood pressure rupanya


Dia soh aku balik minum milo banyak-banyak.


Consultation free je tadi. Alhamdulillah.

Aku balik awal. JAm 1 dah pun balik. TApau KFC.
HAri ni malas nak prospecting sebab tangan pun dah ketar. Bibir pun gigil.
Muka pucat dah. NAmpak mata hitam je yg segar-bugar.
BAlik awal tu niat nak tido dua tiga jam.
TApi, GAGAL.
Sebab, henpon berdering-dering dan facebook plak kalu dah ON, mmg susah nak ditinggalkan.
Gila berbahaya fesbuk ni tau.

Ralit dok menjawab soalan 'peminat' sudahnya dah jam 4 petang.
So, aku tak tido la jugak.
OK.. pasang niat nak tido awal malam ni.
Pukul 9 harus tido.

Sementara tu, aku gi masak lauk untuk makan malam.


Dan....

Skang sudah jam 11 malam, aku tak tido lagi.
MAta dah berair.
TApi, ku tahan demi nak menghabihkan prospecting nan satu.
Tu pun,aku dah siap wat entry blog. Dan publish.

CUkuplah memaksa diri malam ni.
Plan untuk esok sudah ada.
Semoga aku sihat esok.

Okla.. MAkbed tido dulu.




.. macammanalah keadaan anggota keselamatan kita kat sana ye. Depa sure ngantuk kan. CUba kita test. Ngantuk gila tapi tak tido. Agak-agak besok kita buleh jadi waras tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram