Followers

6 Mar 2013

Lama tak pi pasar



Yoshh!!

AKu baru balik market weh! Dah sebulan rasanya tak pi market besaq. Stok arang dapo sume beli kat Tesco je. 
Semalam konon-konon nk beli ikan ngan udang kat Tesco, tengok suma ikan dah macam kena tibi dah. MAta merah segala. Udang elok tapi sederhana. Yang tak menahan tu bila tengok regenye. RM21 sekilo!!!!

HAih!

Dah sama rege ngan udang beso tapak tangan kot. 


Tu yg ri ni berkobar-kobar nak pi market jugak bagi meninjau keadaan semasa. MAna la tau, akibat pergolakan di Sabah, harga ikan dan hasil laut lain naik harga juge. 

Keputusannya adalah...

Ikan kembong masih lagi RM2.50 sekilo.
HEhhee...


Udang mahai sikit.. udang putih sederhana RM15. YAng beso RM17 sekilo.
UDang beso gabak ada yg mencapai RM40 sekilo. Tapi, ada lagi yang kecik daripada tu , RM30 sekilo. 
Sotong banyak sangat hari ini. 
JAdi, murah la. Sekilo RM14. Aku beli setengah kilo untuk Umie. MAk mertua memang suka kalau aku belikan barang basah dari pasar untuk dia. Al-maklumlah, menantu ni kalau suruh beli baju ke blaus ke, kasut ke tak pandai. Beli brg kat pasar , aku pandai. Sebab aku suka makan. HAHAHA..


HAri ini nak buat ayam masak lemak cili api untuk asben.
Dan sup sayur untuk anak-anak otomen. 

Oni skang dah tak menangeh dah pi sekolah.
NAk bangun pagi pun senang. 
Elok aku bangun solat Subuh, Wawan pun bangun. Pastu, dia terjun atas perut Oni. Maka, Oni pun bangun lah. Senang kan?

Bila aku hantar Oni ke sekolah, dia turun sendiri. BAwak beg sekolahnya. 
JAlan lenggnag-lenggang. Sampai depan pintu tadika, bukak kasut. LEtakkan beg kat tempatnya. PAstu,keluar gi main. 
Sempat babai-babai Ibu yg dok usya dia dari luar. 

Tetiba rasa hati ni kembang... sebak. 
Besor dah Oni. Dia memang anak yang baik , boleh diharap. KAlau bab menggelakkan aku, lagi memang boleh diharap. Huu..~ 

Wawan pulak, skang udah berbicara panjang, meskipun aku tak tau sepatah haram apa yg dia sebut tu.
Bila aku tanya soalan, dia jawab. Tapi, tatau la maksud jawapannya tu. So, kita main teka je la. HAHAHA.. Selalunya, aku teka betui. 
Ala...Ibu kan. 

Wawan lebih berdikari. 
LEbih matang. 
Gi umah pengasuh dah tak wat muka kicap dah. Steady jer. 
PAstu, dia akan babai Ibu sebelum dia masuk rumah. 

NAntok sangat. TAk sempat sampai umah, dah tido


Tengok wajah anak-anak yg aku tinggalkan kat sekolah dan rumah pengasuh, kekadang sebak.
Diorang redhakan je ditinggalkan gitu. TApi, tak pernah sekalipun diorang tanya kenapa aku selalu hantar diorang ke sana. 
TAkpenah depa ungkit pun.
JAm 5.00 aku gi amik... Diorang terlompat-lompat keriangan. TErlupa pasal kena tinggal kat sekolah. TErlupa pasal kena tinggal ngan pengasuh. Wawan lagi la. NAmpak aku je, sengeh sampai nak koyak pipi. Adehh~ 


Sebulan ke sekolah, Oni sudah baca alif sampai jim. Dah boleh mengeja. Cepat betui ye. MAlam-malam aku ulangkaji dengan dia. Suruh dia bacakan balik. Eh, terer plak. BAgus betui cikgu ajar. 
KAlau aku yang ajar, tekak aku je kering. 
Semalam aku ajar sekejap pun, cepat benor ilang fokus. Satgi dia baca sambil meniarap. Sekejap lagi dia mengiring. Sekejap lagi tersembam pulak, bontot naik atas. Cam tu ke ngaji depan Ibu?
Meh IBu nak tanya cikgu besok, Oni ngaji camni ke depan dia...?







Peace..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram