Followers

23 Mar 2013

Kopi Vs Oren Jus


Apakah minuman sarapan pilihan anda?
Apakah minuman panas yg paling koman orang hidang?
Apakah minum petang yg paling indah dinikmati ketika hujan lebat? 


Teh?
Kopi?
Orange Juice?
Milo?
Susu?



Aku yakin, 96% daripada populasi penduduk dunia ni memilih teh, SELEPAS KOPI.
Means, KOPI memang pilihan ramai. 
Praktikal dalam segala segi.
Kebergantungan terhadap kopi tu mewujudkan cafe-cafe hebat - Starbuck, Coffee Bean, Gloria Jean's Coffe, Kopitiam yada..yada..yada...
Dan budaya MAlaysia pun, kopi paling cikai tapi osem adalah kopi o yang opah bancuh. KAn?


Mengapa kopi sangat femes? 
Bukan bagus sangat kopi tu. 
Terlebih minum kopi boleh menyebabkan beberapa masalah lain. 
Pulak tu, bukan semua org buleh minum kopi, kan?

MEski bersarapan minum jus buah-buahan yg diblend sendiri itu jauh lebih bagus, kenapa masih ramai lagi yg suka bawa bekal kopi ke tempat kerja? Kenapa ada orang sanggup beli termos dibawa ke pejabat supaya dapat menikmati kopi kesukaan panas-panas? 
Apakah yg sonok sangat minum kopi ni?


Berikut adalah sebab-sebabnya....


  1. BAu kopi ini dibuktikan boleh menenangkan sel-sel otak yang sedang ligat bekerja. Pun begitu, jika meminum secawan kopi, otak yang malas-malas tu akan tetiba jadi rajin pulak. Bau dan minum saja pun boleh memberi reaksi berbeza. Tak caya , cuba bau biji kopi yg ado kat stabak tu. Aku salu buat..
  2. Orang melayu khasnya mak dan atok nenek kita kalau menghidang, tak letak air sejuk atas meja bila tetamu datang. Mesti air panas. JAdi, tak mungkinlah boleh letak air sirap tanpa ais. TAk lengkap la kan. Takkan pulak nak letak oren jus panas-panas ? Jadi, budaya menghidang teh atau kopi ini memang sudah lama berlaku. Meskipun kita cuma letak secawan kopi o aje atas meja, itu pun sudah dikira mewah sangat walaupun bumbung tuan rumah tu ada lubang-lubang dan bila hujan je, air menitik masuk dalam rumah. 
  3. Kopi boleh prolong conversation. KAlau suka berborak lama-lama, letak lah kopi panas-panas. 
  4. Biskut pat segi sama ada bergula atau tak bergula adalah sangat osem bila diletakkan kopi atau teh bersama. Kalau hidang oren jus, takleh cicah ngan biskut. Biskut lutut lagi tak leh. Kan?
  5. NAsik lemak mesti dipasangkan bersama kopi o. 
  6. Bila ada kopi o sahaja atas meja, mesti teringat kat nasik lemak. Kan?
  7. Kepandaian membancuh kopi o akan mempengaruhi markah anda ketika sedang 'diujibakat' oleh bakal mak mentua. Jejengg!
  8. Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak dan meningkatkan daya ingatan.
  9. Kopi bersifat antioksida
  10. Kafein dalam kopi juga membantu mengurangkan lemak.-- rujuk SINI


Saya mmg peminat kopi. 



JOM SECAWAN!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram