Followers

6 Mar 2013

Kejamkah Guna Jet Pejuang?





PEnggunaan Jet Pejuang Adalah Satu Pembaziran?

Aishh...

Kenapa lak nak kena guna jet pejuang kan?  Orang-orang 'itu' CUMA bersenjatakan M16, RPG  dan grenade. JAdi, tak ADIL la kan kita menyerang orang yg tidak bersenjata tak sepadan ngan kita.


BAca ini: Penggunaan Jet Pejuang Adalah Satu Pembaziran / Kekejaman Melampau






Ye la. Betui kata ko tu penulis. 
Kita kalau nak menyerang pihak lawan, senjata yang kita kena guna mestila 'sekufu' ngan sejata pihak lawan. 
KAlau lawan ada pedang, kita pakai pedang.
KAlau lawan pakai keris , kita pun pakai keris. KAN?



Meh kita ke soalan situasi plak...

Ini tak de membabitkan jet pejuang , M16 or bom tangan. Cuma menggunakan senjata ringan jer. 

logik ek logik..

kalau ular masuk rumah kita, kita buat apa?
ular takde tangan. ular takde kaki. dia pun takde dianugerahkan akal mcm manusia. walaupun dia berbisa, buleh patuk dan patukannya deadly, adakah patut kita bunuh dia ? dia bukan lawan kita pun. in fact, fizikal dia lansung tak sama ngan kita. ular lagi la tak leh pegang kayu. Tapi, kita bunuh ular pakai apa? Pakai kayu, kan?

Adakah kita dipanggil pengecut ,sebab kita bunuh ular yg masuk dalam rumah kita.
tapi, adakah kita dipanggil waras kalau kita ambil dia,dan buang di belakang rumah jiran kita?

Sapa yg bila ular senduk masuk rumah dia, dia halau "puss..puss..pussss kau. nyah kau gi umah sebelah!!"

Status fesbuk, kopipes.


Dalam Islam, bila sebut soal ular masuk rumah, ada yg kata jangan terus bunuh. Ada yang kata, jangan bunuh dalam rumah... Ada yg kata boleh bunuh, tapi lepas 3 hari. Ada sesi negotiation plak ngan ular tuh. BErkemungkinan ianya jin ... atau syaitan.


Berikut adalah beberapa option yg boleh kita timbangkan untuk membunuh ular yg mengganggu gugat keselamatan ahli keluarga kita.


1 - bunuh sendiri pakai apa saja yg boleh. Syarat bunuh plak, mestilah bersifat killing. Bukan torturing.

2 - suruh orang yg lebih expert bunuhkan.

3 - panggil bomba tolong bunuh.

4 - kalau ular tu nampak rare je, panggil le sesapa tangkap, pastu jual. Or bagi kat zoo.....


Adakah kia dipanggil pengecut jika kita ambil keputusan bunuh ular tu pakai senapang gajah?

Adakah kita dipanggil zalim kerana membunuh ular tu dengan senjata yg tak match lansung ngan ular tu. MEans, ular , sah-sah takde tangan nak pegang pedang, kayu apatah lagi senapang?

Adakah kita layak dituduh membazir duit ahli keluarga kerana bersusah - payah membunuh ular tu.. Maybe, kalau bunuh pakai senapang, akan terbazir sedikit peluru... Dan duit. 


Ular tu dah menceroboh masuk rumah kita bukan?
JAdi, bukankah kita patut singkirkan atau bunuh ular tu?
Ada sesapa kat sini yang boleh gi dekat ular tu dan slow talk ngan dia? 
Buat perbincangan eye to eye ngan dia? 
Atau cuba menjadi 'setaraf' ular dengan membunuhnya tanpa menggunakan tangan? Cuma hanya boleh patuk-patuk je? Sebab nak bagi 'setaraf' dan tidak mahu dipanggil KEJAM?


 Lebih kurang samalah dengan kes 'orang-orang' itu menerjah negara kita. 


DIorang masuk tanah orang lain. 
Cukup baik dah berbudi bahasa bila kita dah bagi masa untuk dia blah. 
Dah berunding..cakap elok-elok. Sama la mcm ular tadi. Kita bagi dia 3 hari, kan?
 KAlau tak keluar after 3 hari, boleh bunuh. 
Bila dah berunding, tapi diorang ni degil...  Kita dah boleh menggunakan kekerasan. 
Sementelah kita dah tau pemberontak ni bukan memberontak biasa-biasa, bahkan membunuh dan mendera perajurit-perajurit kita.. JAdi, adakah kita patut duduk dan senyum depan mereka, dan mengharapkan rundingan lagi? 


Ini pemberontakan beramai-ramai. BUkannya seorang-seorang.
 MAcam ular tadi, dia mai kaco rumah kita sekor je. 
JAdi, kalau kita nak bunuh dia pakai jet pejuang, memang la TAK ADIL!
 Tapi, kalau ular tu bawak mai semua kaum kerabat dia, maybe la kita buleh gunakan JET PEJUANG untuk membunuh ular-ular tu. Faham?
Mungkin ek.. Mungkin....~

Sama lah juga dengan situasi pemberontakan ni. Diorang datang beramai-ramai. Kalau 10 orang pakat pegang M16, masuk kampung orang, bukankah namanya mengacam keselamatan?
Bagaimana pula yg masuk seramai ratus-ratus tu?

Takkan nak bunuh pakai kayu?
NAk lawan pakai M16 sahaja?
Itu bodoh! 
Bilamana kita sepatutnya guna apa yg kita ada. Segala jet ,segala kapal selam yg kita ada, apa saja senjata yg kita punya, kita guna untuk gempur musuh kita. 
Takkan la nak pakai batu, kayu, lesung, lampu kalimantang, buah durian.... sedangkan orang sudah bunuh rakyat kita, rodok isi perut kawan-kawan kita, ludah mayat sahabat-sahabat kita, di negara kita sendiri?


KALAU TAK GUNA JET , SEGALA HAWK, HORNET SUME, ITU BARULAH DIKATAKAN MEMBAZIR WANG RAKYAT..



Wakpe beli, kalu tak guna. MAsa ni le nak guna pun. Chait!




Ini bukan isu kemanusiaan. Kejam tak kejam. 
Kita bukan kejam. Depa kejam. 



Kalau kita guna senjata kita, pegi serang tempat orang, itulah KEJAM. 
Seperti yang berlaku di PAlestin. 
KAlau kita guna senjata kita, serang orang yg masuk tempat kita, itu dipanggil DEFENSE. 
Tak kisah la yang menyerang tu datang serang pakai apa sekalipun.







Depa ni, kalau tangkap pun, takde sapa nak. Jual kat zoo pun takde sapa nak beli. So, nak wakpe lagi kan? 

KAlau ular tu at least leh gak orang wat lauk. JAdi makan eksotik!



Jangan mempolitikkan isu gini lah. Orang pun muak.



...saje nak meluah... geram...
KAlau korang tak paham takpe.
Aku paham. 
Hikhikhik..


Kesimpulannya, Adalah Membazir Guna Jet Pejuang Untuk Membunuh Seekor Ular. Reti?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram