Followers

30 Mar 2013

KECENDERUNGAN MEMINJAM DAN MUDAHNYA MEMINJAM MENJADIKAN KITA LALAI DAN LEWA


Memang betul masyarakat Melayu ini sangat mudah alpa bila dah ada peluang buat loan. 
MAlah, orang-orang tua kita pun menggalakkan anak-anak kerja dengan kerajaan, supaya 'mudah dapat loan'. 

JAdi, dalam kotak fikiran intelektual masyarakat kita ni, kalu kerja senang nak beli apa-apa , sebab senang buat pinjaman bank.


Lagi best, sebaik saja selesai probation bekerja baik dengan swasta atau kerajaan, anak-anak muda kita sudah terus ke bank, untuk membuat pinjaman. 
NAK KAWIN!
NAK BELI KERETA...


Takyah tipu. 
Aku penah jadi macam tu. 
So... sebab tu skang aku jadi wealth planner. 



HAHAHAHAHAH~



HAri ni, aku nak citer satu kisah tentang betapa bondingnya orang kita dengan pinjam-meminjam. Meskipun tahu yang pinjaman bank ini ada riba segala, tapi atas nama DARURAT, maka kita pergi jugak minta loan, kan?
 Sebab kita takde sumber kewangan yg kukuh, dan simpanan pun baru je nak mula. 

TApi, camana simpanan kita nak jadi banyak bila kita dah mula membuat pinjaman? Kendian overlap plak? 


Kisah ni diceritakan sahabat aku pada suatu hari, bila kami bertemu, duduk-duduk berbual. 
Dia sendiri sudah membeli 2 polisi dgn aku. KOmitmen yg besar juga. Tapi, tak apalah, dia tak kawin lagi. 
JAdi, duitnya banyak, Jika tidak disimpan, habih juge, katenye. 

Semuanya gara-gara pengalamannya melihat temannya yg melalui saat sukar mencari wang demi rawatan perubatan yg mahal. Mahu menunggu di hospital kerajaan, tidak menjadi masalah. TApi, sakitnya sudah tak tertahan. Kasihan melihat isteri yg saban hari menangih je melihat derita suami.. Maka , mereka sekeluarga decide nak pergi ke hospital pakar. 

Tiada plihan...

Jika tunggu , mati.
JIka segera dirawat,kemungkinan untuk terus hidup itu ada. 


JAdi, si suami tu (aku namakan dia Daniel) pergilah ke sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur. Penyakitnya boleh dirawat, tetapi memakan masa dan memerlukan wang yg agak banyak. 
Untuk permulaan, simpanan keluarga dikeluarkan... 
Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan kecil di bahagian usus Daniel berjaya dilakukan. 
Tapi, ada rawatan susulan kerana kesan ketumbuhan yg lambat dirawat tu telah merosakkan sebahagian ususnya. Jadi, kena buat appointment lagi untuk pembedahan susulan. 

Duit lagi.
Pembedahan pertama, dah guna duit simpanan. 
Baki yg tinggal tak banyak dah. 
Datang pula pembedahan susulan. Daniel perlukan belasan ribu juga. 
Daniel seorang guru. Isteri pula tidak bekerja. 
Isteri mencadangkan buat pinjaman kerajaan.. tetapi gaji sudah tak cukup lagi. Before this sudah pun buat pinjaman peribadi, siap ada overlap. 

Daniel pinjam dengan adik-beradik, tapi dikumpul-kumpul pun masih belum cukup. 
TErfikir pulak Daniel, selepas pembedahan kali kedua ini, mungkin juga akan ada pembedahan lagi. Dan kemungkinan dia kena kemoterapi dan radioterapi. 
Walaupun dia bekerja dengan kerajaan, tapi bantuan-bantuan kewangan boleh dapat cuma lambat prosesnya. Kena apply, naik turun pejabat. 
Dan dalam keadaan dia yg tak larat bergerak, macam mana pula dia mahu ke turun-naik menguruskan hal kewangannya.
Harapkan isteri, isteri ada anak-anak kecil perlu dijaga. Kasihan..

Pun begitu, apa saja bantuan yg dia boleh apply, dia apply.
Dapat atau tak, dia tak pasti. 
Cepat atau lambat, Daniel berserah aje. 
Sakit yang ditanggungnya itu, hanya dia saja yg tahu perit deritanya.
Kesusahannya yg isteri dan anak-anaknya hadapi, hanya mereka saja yg tahu.
Yang melihat, hanya boleh menghulurkan kata simpati, dan sedikit wang ringgit. Itu pun Daniel dah bersyukur.


Akibat terdesak....
Seorang teman syorkan Daniel buat pinjaman dengan peminjam wang berlesen
Disebabkan dah takleh wat loan dengan bank lagi, maka... peminjam wang berlesen adalah jalan terakhir. 
LAgipun, cepat approve. Tak banyak songeh.
Daniel perlu segera sihat untuk kembali bekerja. Nak bayar semula hutang.-hutang.
Sekarang ni, Daniel bercuti sakit......  Namun sampai bila dia boleh bercuti sakit? Lambat-laun, kena berhenti kerja juga nanti. Itu yg Daniel risaukan. 


So, Daniel pun pinjam lah dengan peminjam wang berlesen....
Dan pembedahan kedua pun berjalan lancar.
Daniel hanya perlu pergi menjalani kemoterapi sahaja...
Namun, kekerapan kemoterapi pun menghabiskan wang pinjamannya.
Sudahnya, Daniel miss beberapa kali sesi kemo. 

Even demam pun Daniel tak pergi hospital untuk cek..
Semuanya kerana duit yg semakin takde. 
 Barang kemas isteri sudah habih dijual.
Simpanan sekolah anak-anak, diguna 'dahulu'. Pinjam.
Rumah sudah berapa bulan tak bayar.
Pinjaman dengan bank sudah miss beberapa bulan. 
Surat bank sudah sampai.
Surat mahkamah pun sudah sampai.
Semuanya menambah stress.


Sehinggalah pada suatu pagi, isteri Daniel menemui Daniel kejung di atas pembaringannya.
Daniel pergi mengadap Illahi, bersendirian. Dengan tenang.....
ISterinya redha. 
Jika itu yg terbaik buat suaminya, lebih baik dia pergi. 
Tidak perlu dia menderita teruk-teruk lagi. 


NAmun, Daniel pergi, meninggalkan hutang buat isterinya.
HArta tak ada satu pun ditinggalkan. Semuanya habis.
Dari mana pula sumber wang yg boleh isteri nya ambil untuk byr duit rumah? 
Dia tidak bekerja pula...

Dan paling tak dapat dibyangkan...
Pinjaman dengan peminjam wang berlesen itu, bunganya makin hari makin naik.
Dan, isteri Daniel tidak ada wang untuk membayarnya kembali.
Dan suaminya pula, sudah 'tenang' di sana. 


Itu sajalah kisah Makbed nak kongsi hari ini.
Semoga dijadikan iktibar buat kita.
Mati ini bila-bila masa saja.
Semua orang akan merasainya.
Tapi, mati yg macam mana yg kita akan kena?
Dan, bagaiamana pula keluarga yg kita akan tinggalkan?



 Terjemahan:

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana




HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI
Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta



Jangan kerana kita ada ramai kawan yg banyak duit dan tidak lokek meminjam, kita alpa tentang tanggungjawab kita sendiri. Dan juga alpa setiap apa yg dipinjam WAJIB dibayar. 


Semoga entry ini bermanfaat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram