Followers

4 Mar 2013

Jangan Bercakap Yang Bukan-Bukan.



Walaupun aku udah bukan lagi isteri seorang pegawai navy, tapi edah aku ngan navy ni belom habih tau. Hee..

Sebabnya, meskipun aku jauh nun di sini, dan jiran-jiran navy aku nun jauh di sana, berkat kecanggihan teknologi, aku masih lagi berhubung baik dengan mereka tak kira kat mana pangkalan pun dema berada. 


Dan, rakan-rakan aku banyak juga yg jadi polis dan yang bersuamikan polis. 


Dan, mereka juga client-client tercinta.


Justeru, bila ada je komen-komen 'tak ada' akal aku terbaca kat FB dan kat belog-belog senget yg menyentuh tentang tentera dan polis lebih-lebih lagi ketika isu Lahad Datu ni, aku turut sama emo. TApi, emo aku terkawal


Cukuplah kita mendoakan mereka. TAk payah nak tunjuk pandai, pegi plak wat ulasan, spekulasi bagai pastu melabelkan pulak pasukan keselamatan negara dengan pelbagai gelaran yg tak tergamak aku nak sebut. 
Cuba letakkan diri anda di tempat mereka yang ditugaskan di barisan depan? BAik polis atau tentera. MAmpu tak ada bayangkan situasinya?
Situasinya tak sama macam dalam tv. Emosinya tak sama. LEbih hebak dari 3D. Silap gaya dan langkah, nyawa melayang. 
HAbuk masuk mata pun ko tak leh nak blink dan gosot-gosot mata sebab ko tak berani. Silap pejam, maka pejam lah kau selama-lamanya. 


Contoh manusia mangkuk hayun tahap kelapa dara. 
Ada lagi yg lagi teruk sebenornye.



JANGAN LE MENGATA DEMA KALAU ANDA SENDIRI PUN TEPAT JAM 10 MALAM, ANDA TUTUP LAMPU, DAN TARIK SELIMUT. 
Kenapa tak offer diri sendiri jer.. Pi la join skali melindungi negara. 
Sampai hati kalian melontarkan kata-kata macam ini, pada perajurit negara yg sudah tentu-tentu lahirnya bukan macam ubi kentang. Tumbuh , membesar dari tanah. 
Mereka semua beribu dan ayah. Mereka juga dikandung Ibu 9 bulan 10 hari. MEreka juga manusia biasa yg pergi sekolah tadika, masuk skolah rendah , amik UPSR, PMR dan SPM. 
MEreka juga ada kawan-kawan.
SIapa kamu untuk melabelkan polis anjing... dan siapa pula kamu nak mengatakan kematian mereka ini sebagai satu sandiwara?

KAlau kepala kamu dipenggal tetiba, dan dipostkan kan kat fesbuk sebagai sandiwara.. Boleh?


Tidak nampakkah kamu berapa ramai orang menangisi pemergian mereka?
Apakah air mata kami ini satu sandiwara juga?


BUat sesiapa yg berencana nak mengaitkan kejadian Lahad Datu ni sebagai agenda politik, ketepikan dulu seketika. 
Biarpun mungkin ada .. tapi, bukan itu isunya kini. 

Tanah tumpah darah kita telah diganggu. 
Rakan-rakan kita di sana hidup dalam ketakutan.
KAsihanilah mereka. 
PAda siapa lagi mereka boleh bergantung harap melainkan kpd petugas keamanan?
NAk bergantung harap pada kamu? 
KAmu belom apa-apa lagi sudah menghancurkan integriti sendiri.
Bubuh peluru dalam pistol pun menggeletor. 
LAgi plak nak tembak, kan?


KAta member aku tadi..
KAlau stakat pandai mai Counter Strike udah bijak berkata-kata macam dia plak yg menjalani latihan KOmando, lupakan ajelah. Anda tidak layak berbicara secupak pun. 


Buat rakan-rakan MAkbed, yang suami-suaminya bakal diarahkan bertugas ke sana, itulah harganya menjadi isteri seorang perajurit negara.
BErtabahlah wahai sahabat.
BE strong.
Menjadi tentera dan polis... Ia Tauliah Agong. 
Bukan semua orang layak!
MAsih ingat lagi entri sword bearer yg aku tulis?

YA... Inilah signifikasinya. 
Semua yg pakat lalu bawah pedang tu.. Itulah dia sumpah setia. 
BErkahwin dalam pakaian seragam, segak bergaya.
Tak bermakna apa-apa jika tiada semangat cintakan negara.
Sebagai isteri, kita kena ingat sentiasa. 
Maka, tahanlah air matamu wahai isteri.
MAniskan lah wajahmu.
Suami mu mahu ke medan juang. 
Redhakan.


Tak kira siapa kita,
di mana pun kita,
sekecil-kecil gaji bulanan, 
hingga ke sebesar-besar pendapatan...
Biar kita berlainan agama.
Biar sesekali berlainan pendapat..
Kini, negara kita MAlaysia sedang diganggu.
Negeri kesayangan kita, Sabah sedang dicabul.
Rakan-rakan kita di sana hidup tak tenteram, bergelap malam ini.
Mereka perlukan doa kita.
Mereka perlukan sokongan kita.
BArisan pertahanan negara kita di sana perlukan doa dan sokongan kita.

 



HAri ini...
Ada anak yang kini yatim. 
Ada isteri yg kini balu. 
Ibu telah kehilangan anak hari ini.
Seseorang telah kehilangan sahabat baik hari ini.
Seseorang telah kehilangan jiran yg baik.




 Doa kami mengiringi kamu.
Terima kasih kami ucapkan. 
Keberanian kalian mempertahankan negara akan sentiasa disebut-sebut.
Perginya kalian bukan sia-sia. 
PAstinya kami menuntut bela. 


Berdoalah rakan-rakan ku sekelian.
BErhenti menyalahkan.
Bukan tugas kita membuat penilaian.
MAri kita bersatu-hati.
MAri kita bersikap empati. 



Al-FAtihah...



Semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram