Followers

11 Mar 2013

Hidup Ada Pasang Surutnya

 
 
MAri buat karangan berdasarkan gambarajah di bawah:
 
 
 
 
 
 
What can we learn from this?
 
 
 
1 - Karma will follow us no matter how. So, check what we have done to others. And if we had done something bad, pray hard. Semoga kita tak kena balasan yg teruk. 
 
 
2 - Adalah sesuatu yg normal bagi wanita yg beranak kecil untuk kelihatan comot dan selekah. NAk dress-up untuk certain occasion pun malas. Ada priority lain. New mothers especially , baru je nak adjust life daripada bersiap HANYA untuk diri sendiri, kepada menyiapkan keperluan orang lain terlebih dahulu, kemudian baru keperluan dirinya. MAka, itulah jawapan bagi keselekehan mereka.
 
 
3- PAda wanita-wanita yg belum kahwin, but tend to brag about yourself , bentuk badan anda yg curvy lagi tidak tercela itu, hahaha.. nantikan!  Dan jangan sesekali dikau menghina wanita-wanita yg kelihatan buruk setelah menjadi ibu, apatah lagi mengutuk penampilannya kerana diorang pun tak minta jadi macam tu. Respect, and learn.
 
 
4 - SUami-suami di luar sana..  Anda juga harus memahami gambaq ini bebetul. Adalah tak adil mengutuk dan merendah-rendahkan isteri, apatah lagi bercerita tentang kekurangan dirinya kepada wanita lain, kekononnya nak 'meluahkan perasaan'. 
Anda ceritakan betapa sunyinya anda di rumah, betapa tak tertariknya anda pada isteri anda yg kelihatan seperti bibik  sampai hilang 'selera' nak pandang, dan betapa tak tenang nya jiwa anda di rumah.
Rumah punya bising pun buleh kata sunyi ka? Awak tu yg tak get involve. TAk bantu-bantu apa yg patut, kan?
Oh, please. Semua itu adalah bullshit. Sebab, untuk dunia yg tenang, anda patutnya berzikir banyak-banyak dan menyediakan bekalan untuk ke lubang kubur nanti. Jika banyak amalan, maka tenanglah dikau wahai di sana. Jika banyak dosa, sudah mati pun belum tentu kau menemui ketenangan.  
 

5 - Suami-suami, jika anda mengambil keputusan meninggalkan isteri anda hanya kerana perempuan cantik dan bentuk badan menawan, masalah anda mmg takkan selesai pun. Sebab tu la ramai wanita-wanita yg menjadi janda akibat ditinggalkan suami mata keranjang ini, sudahnya menjadi sangat gojes. Anak-anak makin besar. SUdah mula boleh pasang badan. Palig obvious, dia tak payah lansung nak sediakan keperluan awak seperti suatu masa dahulu, mengatasi keperluan dirinya sendiri. 
 Kamu pulak, kena start balik rutin menjaga isteri baru anda.
 
 
6 - Wanita , jangan pandai mengata wanita lain "tidak pandai jaga suami sendiri." Awak tu pun belum tentu pandai sangat. 
Imaginasi lelaki adalah tinggi. 
Kita buat apa sekalipun, tidak akan pernah cukup. 
Wanita memang lumrah nya makin meningkat usia, makin banyak yg berkedut. 
Lelaki pulak, lagi berkedut, lagi manyak yg suka. LAgi-lagi bila poketnya berkepuk.
JAdi, semuanya adalah nasib. 
 
 
7- Takde ibu-ibu di rumah duk rumah pakai foundation , maskara, bulu mata palsu bagai lebih-lebih lagi bila dia sendiri menguruskan rumahtangga dan anak kecik. HAHAHAHA.. Cayaq mekap. Dalam drama tv boleh lah.  JAdi suami sekelian, terimalah hakikat ye.




Hidup ada pasang surutnya.
Elakkan menjadi kejam.
Tiada satu pun di muka bumi ini kita punya. 
Semuanya adalah pinjaman. 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram