Followers

22 Mar 2013

Hectic 48 Hours



Rabu bebaru ni dapat panggilan kecemasan yg memerlukan aku berada di Manjung dengan segera.
Maka, aku teruih pecut gi Manjung bertiga dengan Oni dan Wawan. 
Ini memang kerja gamble sebab aku tak penah drive dengan bebudak ni tanpa Inche Kitchi bersama.
Tapi sudah namanya tugas, aku gagahkan jugak. 
Lepas Oni habih sekolah, aku bergerak. 
Dan sampai MAnjung dalam jam 9 malam.

Dah sampai tu, terus aku tinggalkan diorang kat pengasuhnya di dalam Pangkalan TLDM tuh. 
Senang aku nak uruskan tugas aku awal pagi keesokkkannya.
MAlam tu, aku tumpang tido umah Haida da boss. 
Leh minta urut belakag skali. LAma dah aku tak bermanja ngan beliau. hihi..


 HAri Khamis, dari pagi sampai ke petang jam 5.30, aku ngan tugasan. 
Nangeh ketiak aku. BAu pun dah tak wangi. 
TApi.. enjoy. Puas hati bila semua orang puas hati. 
Alhamdulillah, tak sia-sia aku rush gi Manjung biarpun susah nak drive ngan 2 otomen tu. 
BAyangkan, sepanjang jaln dari Alor Setar sampai Lumut, aku kena menyanyi jer kat diorang.
Depa takmo tido!!
Bes gak nyanyi ngan ONi berduet. PAndai dia nyanyi..


Jam 6ptg, aku check-in plok kay CT Hotel.
Sebabnya, aku dah ada susunan jadual untuk jumpa client plak malam tuh. 
Disebabkan aku nak balik besoknya seawal jam 10 pagi, aku kena habihkan suma appointment ngan client.
JAdi, semalam, settle 3 orang.
Penat gila.....


TAlipon Cukod ngan Wak. 
Teman aku makan. 
KEbetulan, taya keta aku macam takde angin jer.
NAk pam tak reti plak. Takot meletup.
Sob....Sobb..
MAsa ni mula la teringat asben. HUaaa...





Wak dan Cukod
 BErsungguh aku edit gambo ni.
Tapi, gigi Cukod je yg nampak jelas. HHEHEHE...
Ini rakan-rakan yg dulunya sangat suka membuatkan aku rasa annoying ketika bekerjaya sebagai 'pembunuh lalat profesional' sekitar tahun 2010 hingga 2011. 
Walaupun depa ni kadang annoying, tapi depa jugaklah yg menghiburkan aku tatkala aku bosan jaga kaunter depan hari-hari dengan perut yg boyot tuh.

 Dua-dua masih bujang.
SIlalah berkenalan dengan diorang. Kesian sangat.... takde sapa berani ngorat depa. 
Aku tolong iklankan kat sini. 
Berminat, sila komen di bawah. 


Nama manja: WAK YANG COMEL


 Baik hati tau. 
HAaa... tu sebab kalu aku gi Manjung, even berada di sekitar Pantai Remis, aku tak takut. 
Well-covered... 
Ada pape , roger je dema ni. 
Sian depa dapat member tak reti pam tayar kereta sendiri. 
Tu pun berangan nak pakai ferarri, kannnn?
(tak penah tgk owner ferrari brenti pam tayar ky petrol pam... Ada ke?)

PApepun, mekasih BRO! Sebab tolong aku.
Walaupun lepas tu korang rembat payung Prudential aku sorang sebatang. 
Grrr....


Cukod kate pasni nak blanje BAskin Robbin plak. YoshH!!


Semalam, mmg full la satu hari. 
Jam 3 pagi baru aku balik bilik hotel. Tupun dok semangat nak close case lagi.
HAHAHA.. gilo kerja hape gini?


Dan hari ini, sebelum balik KEdah, sempat aku masuk opis jap.
Disebabkan pengasuh Oni nak balik Kelantan, maka aku takleh extend utk stay saana.
KAt Sitiawan ada karnival ape ntah..cambes je.
KAtenye ada artis bagai.
Dan semestinya akan ada ramai orang.... dan ramailah juge prospek. Kan kan..

Malangnya, tak dpt join sebab kena balik......



PAsni rasa takmo da la travel bawak dedua budak kecik ni.
BAwak sorang je bleh.
JEnuh aku ..
Wawan asik nangeh je.
Semenjak Apak dio takde nih, semuanya nak sentap.
KEntut kuat sikit pon dia terasa cam org marah dia. 
TAK PAHAM AKU!
Sume menda nak sebek..
Sume nak nangeh...
Eii.nyampah lah.

Pulak tu, cara nak diamkan dia pun unik.
Bila ONi nangeh, pandai plak dia diam.
Dia gelakkan kakak dia plak.
Bila aku marah dia, kakak dia plak gelakkan dia.

JAdi, bila nak tenang masa memandu?

ISk~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram