Followers

10 Mar 2013

Bukan Semua Orang Sulu Jahat dan Kejam



Semporna: Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa penduduk negeri ini tidak menyinggung mana-mana pihak terutama orang Sulu tempatan, berikutan kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Simunul dan Sri Jaya, 2 Mac lalu, semalam.
Shafie berkata, bukan semua orang Sulu di daerah ini jahat dan mereka bergaul dengan masyarakat Bajau di sini sekian lama.

“Secara amnya, kita tidak boleh kata semua mereka itu jahat, ambil contoh kejadian 9 September (2001) yang melabelkan semua orang Islam jahat, hakikatnya bukan begitu, ramai orang Islam yang baik.
“Sama seperti kejadian yang berlaku di Kampung Simunul dan Sri Jaya ini, bukan semua penduduk Sulu (tempatan) di situ tidak baik, kita perlu perbetulkan tafsiran itu,” katanya ketika bertemu golongan belia Semporna, di sini, semalam.

Berhubung perkara itu, wartawan Metro Ahad yang menemui penduduk di Kampung Simunul dan Sri Jaya juga menyuarakan pandangan supaya tidak ditimbulkan penduduk tempatan tidak memberi tafsiran yang salah mengenai orang Sulu.

Penduduk, Lim Hussin, 42, berkata, masyarakat Sulu tempatan tidak pernah membuat masalah, cuma orang luar terutama dari luar Sabah, tidak memahami cara hidup masyarakat majmuk di negeri ini.
“Saya sejak kecil bergaul dengan orang Sulu, saya pergi sekolah dan bermain dengan mereka sejak kecil,” katanya.

 Sumber: Metro




Makbed berkata:

Kita hanya memusuhi orang yang memusuhi kita. Tidak adillah kita membenci rakyat Sulu lain. Mereka tidak bersalah. Biarlah apa yg berlaku ini berlalu. IA kekal dalam lipatan sejarah untuk kita ingat dan kenang. TApi, tinggalkan lah permusuhan dan persengketaan di belakang supaya masing-masing boleh move on. 
HAkikatnya,kita semua manusia. Sebangsa dan seagama pulak tu. 
Dan sebagai rakyat MAlaysia yang mempunyai jiwa yang besar, aku yakin, kita lebih rasional. Betui tak?

Doa MAkbed, semoga manusia-manusia jahat ni takdo di donia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram