Followers

24 Mar 2013

Bila Oni suruh Ibu Korek Hidung


Sesema Oni dah lebih 2 minggu.
Batuk Oni semakin teruk plak.
Ritu ok dah. 
MAlam-malam aje batuk. 
Skang, siang-siang, tengahri rembang pun batuk. 
Wheezing plak tu!
LAst Oni wheezing masa dia baby-baby dulu jek. 
Hmm..
Hidung dia tu ber'sawang' semedang. Hingus kering, jadi taik idung. Sekejap-sekejap suruh aku korekkan idung dia. Rimas kot.
TEnsi lak aku. Camana nak sumbat jari aku masuk lubang idung dia yg halus tu?

HAri ni tak antar Oni gi tadika. 
Walaupun cuti skolah sudah bermula, nursery Oni beroperasi macam biasa. Cuma skolah aje yg takde 
Pengasuh Wawan lak minta cuti sehari. Mahu pergi kenduri. 
So, semua orang dibenarkan bangun lewat hari ini sebab tak payah rush gi sekolah.


Tengok keadaan ONi yg sukar tidor bila terbatuk-batuk gitu, aku terus bawak dia gi klinik. Lagipun ubat batuk dia sudahpun habih. 


LEpas tido siang, aku pun bawak la dia. 
Wawan tinggal ngn Linda kat rumah. 


Dalam perjalanan.. aku pesan kat Oni.

"KAlau doktor tanya soalan, jawabnya... Bagi tahu doktor Oni batuk-batuk.. tak boleh tido..." 


"OKKEE...." balasnya.




Sampai di klinik yang tiada pelanggan, kami terus masuk je jumpa doktor. 
Doktor panel Prudential. 
Memang selalu aku berurusan dengan dia.

Bila Oni duduk di kerusi pesakit, doktor tanya dia, sakit apa.

"Oni batukkk... Tak boleh tido , doktor.." jawab Oni.

"Ooooo..." Doktor Cina itu angguk-angguk tanda paham, sambil minta izin nak jolok mulut Oni ngan kayu eskrim. 

BUkan apa...risau ONi tak selesa dengan doktor. Ada masa, dia nervous, terus tak mahu diperiksa. So, kena pujuk-pujuk pulak. Alhamdulillah, dengan doc ni, Oni tenang aje. 

"Tak boleh tido? KEsiannya. Nanti doktor bagi ubat ya..." 


"Hmm.." Oni angguk, sekali. " ONi tak boleh tido. TApi boleh tutup mata saja..." sambung Oni. 


Terus doctor tu ketawa. 
Aku garu kepala satu round. HAihh.... Overnya anak I nihhh. 


Dah check suma. Ok. Oni takde semput. Cuma kahak aje banyak. Doktor kasi ubat suruh habihkan. Actually, nak train anak-anak supaya tak begitu depend on ubat. 
Tapi, skang nampak mcm teruk pulak. KEsian... TApi, biasalah tu. Musim agaknya. Dah lama tak sakit. 
HAri tu Wawan start demam dulu. Melarat-larat selsema batuknya sampai skang. 

TAkpe... Semoga Oni cepat baik. 
Walaupun dia batuk-batuk , dia tetap makan. NAsib baik takde sakit tekak ke, ulser ke. HArap baik cepat. 


 Oni with Mommy



Rindu Apak. 
Lama lagi Apak nak balik. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram