Followers

31 Mar 2013

Bila lelaki yg tak dikenali masuk dalam kereta


Assalamualaikum and good morning,

Pepagi lagi aku hapdet entry. HAHAHAH!!
Kak Ton bersemangat sikit. Semalam mimpi sesuatu yg menyeronokkan. Agak-agak kalu citer kat org , boleh terkabul tak mimpi tu?


HAri ni hari Ahad.
Semua orang cuti.
Aku pun cuti gak... 
Oni ngan Wawan je kena gi skool.
HAri Ahad biasanya adalah hari aku meng"indulge"kan *apeke bahase? diri ini. 
Samada aku mengemas rumah.... atau pun aku tak kemas rumah tetapi keluar rumah berjimba sengsorang jer. 


Inche Kitchi balik kapal satgi tengahari. Aku nak ngantor dia gi jeti kang. 
BAbai.... Selamat belayar darling.

Citer pasal asbenku yg balik 'sekejap' menjengok aku dan anak-anak. 
Kebetulan, kapalnya berhenti di LAngkawi. Udah dekat menor le nak balik kejap. Dekat-dekat pon, kena naik bot tambang gak baliknye. Horhorhorhor. 

Inche Kitchi sampai Jumaat malam, koi 9.30 camtu.
Wawan yg sedia cengeng, tetiba je keras kejung bila nampak 'lelaki yg tidak dikenali' masuk dalam kereta. 
Dia berdiri je kat belakang tu. TAkde respon.
PAdahal sepanjang minggu ni asik merengek jer sebut 'ayah'. 
YAKDISH!

Dok lama sikit, baru le dia berani gi kat Apak dia.
Mungkin bau Apak dah sampai ke hidung dia, jadi dia dah identify yg lelaki itu adalah Apaknya. 
Iskk. Apak pun tak kenai ke?
BAru 2 minggu je kot Apak takde?


Balik rumah baru aku tengok Apak bebetoi.
Huyoh.. Rambut dah panjang sikit dah. 
Kulit dah itam. Sikit je lagi nak sama ngan Denzel Washington. HAHAHAHAAHH~
Udah soh pakai sun block, dia kata 'geli'. HHAHA..camne?
Cube kalu aku geli-geli nak pakai sunblock, agak-agak dia nak kat aku tak ek? KAhkahkahkah~
PAtut le Wawan taknak gi kat dia awal-awal tuh. 


Udah bile dia dukung Wawan ...isk.. kome pepaham sniri je lah. HAHHAAHAHH~


Adatla mencari rezeki.
UDah belayar tu kesukaan dia. 
KAtanya, memang kat LAngkawi tu panas pun. 
HAaahahaa.. silalah sedia maklum. Bukan LAngkawi je panas.
Alor Setar pun panas. 
Buktikan, aku dok umah aje pun, peluh buleh keluar menitik-nitik dari bawah mata aku ni. MAcam menangis!
TU pasal la aku elakkan appointment tetengahari.
Kalau nak jumpa jugak, pastikan tempat tu ekon. 
Kalau nak makan, mmg aku set kat Secret Recipe ke. KfC ke.. Pizza ke.. JAnji tak panas, dan tak bising. 


Even dalam bilik pun, Wawan berpeluuh. 
BUkan kipas sampai 4 pun, ada bekas peluh berbentuk badan Wawan atas tilam. 
Wawan mmg cepat berpeluh. 
Dan cepat naik ruma kemerahan bila panas. 
MAklumlah, mat saleh Pokok Sena, mmg gitu gayenyee. HIkhikhikhik~


Opss..
Masa dah time!
NAk gi antar ONi skolah sat. 
Daaa..~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram