Followers

18 Mar 2013

Beli Insurans Kerana Kesiankan Diri Sendiri, Bukan Sebab Kesian Kat Agen.



Menjual insurans dan servis seperti yg aku lakukan skang ni, nampak macam mudah. Tapi, tak ramai yg NAK BUAT.

Tak ada sapa pun yg bercita-cita nak jadi AGEN INSURANS sejak di bangku sekolah - termasuklah aku. Cita-cita aku adalah PRAMUGARI *uhuk-uhuk.  Tapi idak le aku kata, aku TERPAKSA kerja macam ni. Sememangnya, menjadi agen insurans ni adalah pilihan aku sendiri dan semestinya aku punya alasan tersendiri kenapa pilih kerjaya sebegini. 


TAkmo citer pasal tu.


Aku nak citer betapa susahnya kerja aku nih.



Jual insurans kat orang tak kenal, senang.
Jual insurans kat kawan-kawan lama, senang.
Jual insurans kat rakan-rakan yg kenal di belog, juga senang. 
Mudah... kredibiliti sudah ada. Rakan-rakan mengenali 


TAPI, jual insurans kat kawan baik sendiri, memang nuzubillah..... SUSAH!

KEnapa?

Sebab, kawan baik tau perangai buruk kita. Dia tau busuk kita. Dia tau kelemahan kita. 
Dan dengan kawan baik ni lah, kita akan diuji sehabih-habisan. Segala ilmu akan keluar. Yang tak reti, jadi reti. YAng tak tahu, usaha bagi tahu dan paham. 
Kerana sebolehnya, kita nak kawan baik kita tu terlebih dahulu dapat apa yg kita boleh tawarkan. 

Inilah yg terjadi kat aku. 


Dah beberapa tahun aku jadi agen insurans, kawan yg paling rapat ngan aku baru aje setuju nak sign ngan aku, tiga empat bulan lepaih. Alhamdulillah.


Yang pakai tudung maroon tuh!


Aku ingat lagi saat aku berdebat ngan dia pasai insurans. 
Yela..dia keja sepital.
Dia tau apa kepentingan insurans since dia mmg kerja dihospital. 
Dia ada pengalaman tuh. 

Apa yg aku tau, aku habaq.
Sementelah aku ni kawan dia yg kerja dalam bidang insurans, maka semua soklan terpendam yg dia simpan sekian lama kat agen insurans, dihamburnya kat aku. 
AKu ingat lagi, masa tu kami dua orang dok atas tilam, pakai tshirt ngan kain batik je sebab asben kami memasing duty, tak balik rumah. 
JAdi, aku mengambil keputusan nak cerita pasal insurans kat dia , sekaligus test kemahiran aku menjawab soklan ngan makcik ni.
Aku explain kat dia sampai dia paham.
Aku tunjukkan semua yg boleh aku tunjuk. 
Apa yg dia taktau suma aku cerita. Siap ada kalkulator lagi kat tepi. 

Aku ingat lagi , aku marah dia buat insurans sebab 'dia kesiankan kat agen insurans tu'. 
Itu le alasan dia buat insurans ketika agen approach dia. 

Suka aku ingatkan kat sini, jangan terpengaruh ngan agen insurans dan berkeputusan nak beli polisi sebab agen insurans tu CUN.. ataupun sebab agen tu hensem...
Apatah lagi tersentuh dengan cerita sedih agen , cakap dia orang susah dan sebagainya.
Itu bukan soalnya.

Anda perlu tahu kredibiliti agen tu, dan juga apa yg dia tawarkan. 
Kesediannya menerangkan dengan detail apa yg anda mahukan adalah bukti kesudiaannya menjaga keperluan anda di masa depan. 
INGAT! Anda beli insurans bukan untuk kegunaan BESOK , LUSA atau TULAT. 
TApi, anda memerlukannya sangat-sangat selepas 10 tahun, atau 20 tahun, di mana tempoh masa tu adalah sangat lama untuk anda perjudikan . Dalam tempoh tu, agen tu maybe tak kenal anda lagi.
Ataupun, dia dah lupa anda siapa. 



Hubungan agen dan pelanggan adalah hubungan INTIM dan berpanjangan.
Ianya bukan sekadar perhubungan biasa, tetapi berkomitmen. 
Segala tentang anda, agen anda tahu. 
Segala rahsia anda, agen anda tahu. 


As for the kawan baik tadi, since dia kawan baik, tak apalah kalau dia decide taknak sign dengan aku. 
Tapi, aku sentiasa remind dia akan kepentingan berinsurans. 
Bukan untuk orang lain, tetapi untuk keluarga yg bakal dia tinggalkan. 
Aku boleh paksa dia sign dengan aku, sebab aku kawan dia.
Atau, aku boleh merayu dengan dia suruh sign jugak-jugak tapi kalau dia rasa tak perlu, kenapa plak aku kena paksa beria?
Aku sudah explain secukupnya malah berlebih-lebih pulak lagi pasal insurans. 
Dan dia plak, boleh rekemen kawan-kawan lain buat polisi ngan aku, tapi dia sendiri tak beli. 
HAHAHAHA...
JAdi, aku paham la pendirian dia tu. 

Tapi takpe...aku tak kecik hati pun. 

Tugas, tetap tugas. 
Berlapang dadalah. 
Cuma dalam hati tu, aku berdoa... Alangkah baiknya kalau keperluan keluarganya aku uruskan di masa depan sebab aku kenal sahabat aku ini luar dan dalamnya. 
JAdi, kalau bleh, tak mahulah orang lain yg handle. 
Tak puas hati rasanya. 


Itu saja niat aku. 
Bukan sebab komisen yg aku gilakan. 
Untuk makluman, lagi besar komisen, lagi besar komitmen yg perlu kita curahkan. 
 Dan, sekiranya ahli keluarga rapat dan sahabat baik kita memilih kita sbg agen, maka lebih besarlah tanggungjawab kita. 


Kesedaran Haida datang sendiri.
Aku tak tanya dah pasal insurans. *MAjok!
Dia nampak sendiri untung ruginya membeli polisi. 
KAlau dulu, dia berpendapat beli insurans ni adalah untuk kegunaan sendiri, tapi kini tak lagi. 

"Kalau aku mati, anak aku ni nak sekolah kat mana? MAcam mana duit belanja nya?

Dia mula risaukan jika sesuatu berlaku kepada dirinya, tanpa sempat dia sediakan apa-apa untuk anak gadisnya yg baru jer bersekolah rendah. 

"KAlau aku mati, kereta ni sapa nak bayaq? Sian laki aku... Kena bayaq.." 


Dia tanya aku soklan gitu... JAdi aku paham dah.
Besoknya tu, dia suruh aku siapkan apa yg patut.
MAlah, dia juga dah siapkan arahan, apa yg aku perlu buat kalau jadi pape kat dia.
Disebabkan aku besfren, maka arahan dia tu spesifik la kan. *Gulps!

"Ini amanah haku neh! Pegang, sampai aku mati," katanya. 

MAka, tercapailah niat aku untuk berbakti kepada dia dan keluarganya bila diperlukan. 
Kerana dia kawan baik aku, dan aku tak ada cara nak balas budi baik yg dia taburkan kat aku selama hari ni. 
Hanya kebolehan dan kemampuan aku dalam bidang insurans dan takaful inilah yg boleh memberi khidmat kepada dia dan keluarganya, insyaallah. 


JAdi, beruntunglah kalian yg mempunyai rakan-rakan yg bekerja dalam bidang insurans dan takaful. 
MAnfaatkan mereka.
Seek for advice. 
Kerana orang skang ni hanya mencari kekayaan untuk kegunaan 10 tahun dan 20 tahun akan datang, tapi tak terperasan yang dalam tempoh mencari harta itu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. 
PAling menyedihkan, ia berlaku bila kita lansung tak sangka. 

Jika kalian punya rakan yg bertugas sebagai perancang kewangan , bersahabat baiklah dengan mereka.
Jika anda yakin dengan mereka, pilihlah mereka menjadi wakil kewangan keluarga anda. 
Ingat, hubungan anda dengan agen insurans anda adalah sampai bila-bila. 
IAnya umpama satu bai'ah beramanah yang mesti dipegang sampai mati


Insurans bukan hanya bab kemalangan je tau.
Dah macam-macam dah skang. 


Yang best tu... ni I nak quote la...

"AKu bukan apa. Satgi kalau aku mati, kot laki aku nak kawin lain, senang. TAkde la dia kena dok pikiaq camana nak settlekan hutang aku. Dia leh kawin lain dengan aman dan sentosa. "



 Ni testimoni dia tadi di fesbuk. HAnya luahan rasa dia sendiri...


Tetiba terpikir kisah lama berkenaan insurans..just sharing my point of view ngan pengalaman kawan2 yang DAH AMIK INSURANS..

1.Aku jenih kesian kat orang..dulu masa mula2 keje dah ada insurans ngan CIMB..rasanya rm48..tu life insurans kalu tak silap..*nmpk tak aku tak pernah check?so..jgn jadik mcm aku yer..
masa tu amik sekali ngan ex bos pn Noraini Abdul Hamid pastu a few staff lagi lah..

2.Aku surrender insurans lepas dapat PULANGAN..ada kira2nya yang korang kena study sendirik..heheh..*at least 6years korang akan dapat balik pulangan modal jerk..bukan pulangan UNTUNG..kihkih..*ini pun jangan ikut apa aku buat!sbb tujuan insurans tu pun atas dua sebb..1.kesian orang datang approach then yang ke 2..sbb kira simpan le kunun for a few part saving JANGKA PENDEK of my life..

3.Aku tak amik insurans hat ada MEDICAL CARD sblm ni just amik LIFE INSURANS pehtu ada lah saving ker hape sbb aku keje SPITAL..so SPITAL tanggung..alhamdulillah..2tahun aku keje ngan sebuah spital BADAN BERKANUN sblm di ambil alih..MEDICAL BENEFIT adalah NON LIMIT..*syukur..heheh*tapi lepas tu aku TUKO SPITAL tempat keje..ada LIMIT plok..tapi takpala..kalu takda limit cer kira around 7k pekerja spital tu KAMPENI nak tanggungkan?

4.Dalam pada aku duk keje makan gaji around 6years tu..mcm2 kes aku tengok..especially kawan2 hat ADA INSURANS tapi CLAIM maha lambat dek kerana SALAH PILIH AGENT..seriusly..masa tu aku buat tak tau ja la sbb aku memang tak amik port..just pegi tengok diorang then hulur ehsan RM as friends..

5.Apa sebb aku citer pasal INSURANS ari neh?sbb nk KAWAN2 sedar pentingnya MEMILIH AGENT INSURANS ANDA yang anda YAKIN!!..Aku nak gtau..eloklah amik agent yang menjaga anda yang anda YAKIN dan xtranya anda BOLEH HUBUNGI BILA2 MASA..*ini pendapat aku..so fikir2kanlah..

6.Last not least..nak gtau..agent insurans aku sejak aku jadi "peneman setia kepada CHENTA HATI 24jam" neh adalah Makbed Journal..aku perlukan INSURANS dari dia bukan sebb aku KESIAN kat dia mcm POINT 1 aku tadi..tapi sbb aku KESIAN kat diri aku sendiri hat suka suki amik insurans pehtu bayaq ja..tanpa aku tahu jika JADI APA2 kat aku sapa nak uruskan??

7..SO?so..amiklah insurans dengan KESIAN kat diri sendiri bukan KESIAN kat orang mai hadap hangpa suh amik INSURANS..sbb?sbb AGENT INSURANS anda umpama PEMEGANG WASIAT!

TITIK..

#Eh..sapa2 nk beli INSURANS..HIGHLY RECOMMENDED..utk hubungi Makbed's Journal Page..
#siaran ini tidak berbayar..



Terima kasih atas kepercayaan anda.
Thank you so much. 
It's such an honor to serve good people like you guys.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram