Followers

3 Mar 2013

Bambam Bee Eksiden!




Di hari Ahad di mana sebahagian daripada korang tgh cuti hujung minggu, aku yg boleh je nak cuti hujung minggu, jdi rajin nak kerja.


BAmbam Bee eksiden.


NAk marah pun tak leh gak.
Secara undang-undangnya jika ini berlaku kepada anda, semestinyalah kereta belakang yg kena bayar kat anda kan kan?




TApi, kejadian di Tesco tadi, punca bila ada satu mangkuk hayun yg degil nauzubillah, tetiba block jalan masuk orang. PAstu taknak pulak tu tolong gostan bagi laluan. Orang yang kat depan tu dah masuk sekerat dah. TAkleh la nak gostan sebab , kalau gostan pun tak leh gi mana. LAgipun, di belakangnya pun ada kereta sedang menanti nak masuk.

Nak taknak, kena la gostan.
DIa gostan tetiba jer.
Dan aku pun terus masuk gear gostan. KAng tak pasal keta aku lak kena langgar.
BAmbam Bee lak pikap baik punya. Sekali je aku tekan minyak (masa tu tekan pedal pun dalam keadaan hangin kat mangkuk hayun yg block jalan kitorang), maka Bambam Bee menggostan dengan machonya......................... Terlompat BAmbam Bee ke belakang sebab drebarnya masuk gear tetiba.
Yelah.. Makbed terkojot.


Tetiba....


BRANG!!!!!!!!!!!!!


"Haa.. sudah..." Aku hanya menghela napas.
Aku toleh belakang. Tengok tuan keta belakang pulak. Alahai... siannya lak mukanya.
Terus aku kuar keta.. konon nak check damage level.

KAlau korang, nak salahkan sapa?

KAlau ikut undang-undang, memang salah kereta belakang. KAn kan
Tapi, deep down in your heart, sebenarnya korang rasa salah sapa?


Aku ada pilihan.
NAk bawak pi repot polis, or nak settelkan jer.
Memana pun aku menang.
Dan aku tengok, kereta yg 'aku langgar' menggunakn bontot kereta aku tu damage je agak teruk gak. Pecah cermin lampunya.
Bumper pun kemek sikit.


Orang tu minta maaf. Dia cakap dia tak sempat nak gostan.
LAgipun, ada kereta di belakangnya.
Memang betui pun. BAnyak kereta kat belakang...
Dan, dia jugak cakap... Aku gostan laju sangat. Dia panik.


Yes.. memang le btui jugak.
Aku pun panik. Maka, aku tergostan dengan laju. Just a blink of eye ajer.

TApi, bila aku langgar keta dia tu, aku tak panik pulak.
Aku senyuuuuuumm jer.
Orang tu pulak yg panik.
Dia panikkan lampu keretanya yang pecah dan macam mana nak ganti.


Aku tanya dia, dia nak settle macam mana.
Ikut hati na repot polis jer.
TApi, udah masing-masing nak lekas.
KAmi gi NAza Kia, bawak check kereta dia.
PAstu, aku bayr kerosakan lampunya.
HAih..kena ganti le juga lampunye tu.
NAk pulak yg Original.
Amboi..

Takpo lah.
JAnji da hepi.
Sebab , jap gi aku nak pau dia juge.
Patut bersyukur la sebab keta aku ngan dia boleh bergerak lagi...
TApi takpe..
Aku biorkan jer

Aku bayar as agreed.
Untunglah dia cuma suruh aku repairkan lampunya jer. Biarpun nak yang ori, dia bayar separuh.
Aku bayar separuh.
Dan, kesan kemek yg ado di bumper depan dia tu, dia kata biarkan je. Yang tu mudah. Boleh disetelkan.

Aku seorang je masa tu.
Dia plak satu family. Dengan isteri dan 3 anaknya.
Secara peribadinya, aku kesian.
Biarpun aku BOLEH nak mengkekwatkan diri berpegang kepada undang-undang CLAIM INSURANS pun boleh sebab kereta belakang is always the one to blame.
But, Allah tahu keadaanya.
Tak ada sapa pun minta eksiden kan?
Tapi, kalau aku tak tekan pedal minyak dengan rasa marah, semestinya things will become differently. So, aku terikut-ikut perangai mazmumah plak masa tu.
JAdi, tak mahulah aku selepas tu nak berlaku zalim pada orang yg dah sah-sah teraniaya dek kemarahan aku awal-awal tadi.

Lagipun, orang tu takde pun marah-marah atau cakap menda tak baik kat aku. Dia pun orang yg baik jugak.


"Sebaik-baik orang adalah orang yg memutuskan untuk berlaku baik di saat mana dia boleh membalas dendam."


Tapi, aku tak dela baik sangat pown.


As for BAmbam Bee, takpelah dia kemek. Hanya bumper aje yang kemek. TApi, terkeluar sikit. KAng kena gi ikat sebab dah melambai-lambai udah haa. HEHHehe...Siap bunyi lagi.

TErkorban sedikit duit aku hari ni. TApi aku percaya, ada rezeki aku di lain masa. Cuma berpuas hati aku tidak berhati busuk kepada lelaki itu dan keluarganya tadi. Semoga mereka sekeluarga dilindungi.
Dan semoga kami boleh bersilaturahim , melalui insiden yg berlaku sebentar tadi.
MAnalah tau, di masa depan, anak-anak aku mungkin memerlukan bantuan diorang ke. Kita taktau. Dunia ni kecik jer ....




KAlau tengok kat sini, takde le teruk benor pun pecahnya. TApi sebenarnya , teruk gak. AHAHAHA...

TAkpelah Encik Tuan KEreta, semoga Allah melindungi kamu.
Saya redha...

PApepun, Makbed dapat bertemuduga ngan mekanik NAza tu . Bakal jadi client pas ni. Alhamdulillah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram