Followers

14 Feb 2013

Stok Petai dah Sampai (eh, macam pantun plak.)


Dah 3 hari kot Si Miza dok talipon aku. Cakap nak sembang-sembang. Tapi, sampai la ni aku takleh nak call dia. Dia pesan 'bila free' call dia. 


Masalahnya, aku tak free plak. 


Ntah ngape minggu ni jadi sibuk lain macam. Start daripada masa aku outstesen hari tu sampai la ke hari ni. 
KAli ni Mak datang umah , dengan dia-dia skali sibuk. Sampai kami tak sempat nak duduk rumah pun sambil menikmati makanan sedap kat bumi Aloq Staq terchenta ni. Ngeeeeee~


HAri ni kami gi SIk lagi. Sebab hari ni Hari Kameh (bukan JUMAAT) , Linda dalam cuti hujung minggu. Maka, kami semua gi amik dia kat Pondok Lanai. 
Semalam dah gi SIK dah. HAri ni, pegi lagi!


Sebelum gi SIk, Mak ajak teman dia shopping kat Pekan Rabu. Dia nak beli tudung. Dan kebetulan aku plak dah lama taram nak pi  Pekan Rabu tapi takda kawan nak teman. 
BEsides, parking kat sana adalah sangat merenyahkan. So, aku pun mengamik kesempatan la teman MAk. NAk beli baju kurung dan tudung untuk Oni. 
Sian dia, baju kurung ada tak sampai 5 helai pun. Kat sekolah nak gi kelas mengaji, elok la berbaju kurung kan. 


Beli untuk anak-anak je (konon).
 SInggah pulak kat pasaraya Hari-HAri. Sebab baju budak murah kat situ, so aku beli tshirt untuk Wawan dan beberapa helai seluar harian untuk Oni.
Dia dah tak selesa berbaju gaun. Selalunya nak pakai seluar panjang.
Kendian beli seluar untuk Apak pulak. 
Pastu aku beli tshirt 15hengget untuk diri sendiri.
KAt pekan rabu pun aku beli baju untuk diri sendiri jugak. HHAHEEHHE... .
Dan ketika entry ini ditulih, baru aku pasan, Mak tak beli baju pun untuk dia. Isk Iskk... Ape la aku ni.  


On the way balik dari Sik pun, singgah kat Aneka , Gurun.
Shopping untuk Linda plak. 
Linda nak beli buku. KEbetulan, Kimi ada voucher buku 1 Malaysia tu. SO, pakat-pakat le beli buku dengan meriahnya. 
Aku pun tumpang sekaki.


PAstu...
Gi makan murtabak sedap kat HUSSEIN. *Huuuussiiinn.... Husiiiiinnn.... (Antu Kak Limah)

Penulih beraksi remaja kiut seketika.


Semalam gi Sik untuk amik petai dan buah cempedak yang diambil di kebun. 
BAnyak la jugak.
BAwak balik rumah. 
Bagi Umie sikit.
Petai jeruk pun ada jugak tau. Nyummm~
Cempedak pulak kami buat 'emergency surgery' malam tu jugak sebab semua kebuloq nak makan cucuq cempedak. Memalam, makan cucur cempedak. Bleh? 



PAstu, tetengah malam aku menderita sakit perut sebab aku ni jenis yang senang sakit urat. Angin menyerang lerr..



CAra-cara menjaga kesegaran petai


PEtai yang banyak gila ni diproses. MAsukkan dalam bekas. 
Boleh simpan dalam peti ais. 
Proses ini dilakukan oleh Kimi biasanya. Sebab dia memang suka petai despite his K-POP liked face tuh. 
Setapawe ni dia nak bawak balik simpan kat umah sewa dia kat Banting. 
KAwan-kawan dia mmg declare dia tokan petai paling osem kat situ. 
Dah le supply petai free. Siap tolong kupaskan kulit sume. Bagus le. MAna nak cari tokan baik hati gini kan?


MAlam ni dinner makan sambal tumis udang petai. 
Nasik masak 7 pot.


Selamat tinggal diet!




Update: Makbed naik 2 kilo dengan gagahnya. Yeehaaa~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram