Followers

24 Feb 2013

[SPECIAL ENTRY] Akhirnya Allah Perkenankan Doamu, Sahabat.




Mengenali beliau sejak beliau bujang. 
Menemani beliau sepanjang beliau hamilkan anak yg sulung. 
Dia juga pengasuh kecemasan Oni dan Wawan.
Menjaga anak-anak aku ibarat anak sendiri. 
We are close , sebab berada di kejiranan yang sama. 


Ini kisah benar, seorang Ibu yang berjuang dalam kesabaran. 
Tidak pernah sekali pun air mata menitis di depan rakan-rakan. Sabar betul dia menempuh ujian, demi anak tersayang. 


 ....intro saspen je kan...







Ini adalah Zahirah. 
Mongel, montel , seindah namanya. 
Kelahirannya menceriakan semua orang terutama mak dan ayahnya yang sememangnya menanti.
Sepanjang mengandungkan Zahirah, mamanya Wana mengasuh si Oni. Dengan harapan , nanti Zahirah akan comel sama macam Oni.


Memang Zahirah sangat montel , macam Oni dulu-dulu. 



Masuk usia 6 bulan, tetiba je Zahirah diuji.
Sakit yang tidak diketahui dari mana puncanya. 




BAdan Zahirah ditumbuhi ruam begini.
Makin hari , makin teruk. 
Asyik menggaru aje kerjanya.
Budak kecik, apalah dia tahu. NAngeh aje la kan. 
Bila dibawak ke hospital, Zahirah ditahan di wad. 



Zahirah pada 2011

Apa perasaan korang bila tengok anak macam gini?
Kita yg hanya tengok gambo je pun berasa sakitnya. 
Gejalanya merebak apabila pihak hospital didapati tersalah bagi antibiotik kat Zahirah. 
TApi, lama-lama luka tu kering tapi, tidak pula menghilangkan gejala tu.


Kulit Zahirah menjadi semakin kering since then. 
Tempoh membesar Zahirah dibayangi gatal-gatal dan tangisan jer.
MAlam-malam menggaru.
BErkeping-keping kulit kering jatuh.
Sampai mak dia kena boh stokin kat tangan. 
TAk pernah Zahirah pakai seluar pendek. 
Bersarung kaki je kemana pun. 
Semuanya gara-gara takmo bagi Zahirah start garu. 

TApi, kalu dia dah buleh garu, waahahahahha... penuh perasaan ko!





hehe..terbongkang ha makcik ni tido



nak main pon pakai handsock tau.







Merata ibu dan ayah cari ubat merawat Zahirah. 
Aku saksikan sendiri kegigihannya. 
BErulang-alik Lumut ke KL.
Segala macam ubat la try
Sampai ke peringkat cari air penawar. 
BErpeluang juge sampai ke pusat rawatan yg Ashraff Muslim tu. 
Sekejap ke Johor, pastu ke Shah Alam, pastu japgi muncul kat Lumut. 
Wana berhajat nak jadi pengasuh full time untuk Oni , tapi memandangkan komitmen tak berbelah bahagi untuk Zahirah, maka tak dapatlah Wana jadi Mama Oni lama-lama. 


Keadaan Zahirah pada 2012


MAcam-macam krim dibekalkan.
Bila datang elergynya, Zahirah akan admitted plak. 
Dan doctor mengesahkan yg Zahirah ada Eczema


2012



Cekalnya Wana, Allah je yang tau.
Suaminya Navy. Jadi paham-paham sajalah jadual tugasnya.
Melayan Zahirah yang tak sihat begitu.
Dan poor Zahirah.. Tubuhnya kurus dan kecil dek kerana tidak mendapat tidur mencukupi.
Acaner nak tido kalau ko asyik gatal je?
Selera makan kurang. 
Memang kecik je Zahirah masa tu.
Rambut pun takdo. TAk berapa nak tumbuh sebab kulitnya kering sampai ke kepala. 


Zahirah yang dulunya putih melepak, dah jadi gelap kerana kulitnya yang merekah dan berkuping. 
Perasaan aku bila melihatnya?
Sedih sangat.. sebab tak tau camana nak tolong. 
Plak tu dengar plak eczema ni takde ubat. Kena tunggu baik sendiri je. HAa.. pasrah je. 
TAk pernah sekali pun aku gi tengok Zahirah, aku tak usap-usap tangannya dan mukanya just nak check dah baik ke, dah kurang ke kuping-kuping nye tu. 
Dah macam pegawai banci plak. 



Dan tetiba....



Nih sapa plak ni?




Zahirah kini


Tetiba je Haida alert aku tentang Zahirah. 
MAklumlah, aku ni dah bukan bini NAvy lagi, jadi agak ketinggalan dari segi maklumat.
Aku dah tak berjiran ngan Wana dah jadi memang tak tolah apa jadi kat beliau dan Zahirah. 


Haida suruh check dan keluar wajah budak di atas.
Sumpah aku tak kenal budak ni sampai la Haida yakinkan aku bahawasanya itu adalah Zahirah. 
Subhanallah...menangih aku tengok Zahirah begini.
TAk sangka lansung!


Sekali lagi, aku jadi pegawai banci
Tapi kali ni , hanya banci jarak jauh je. Kalau dekat memang aku gi umah dia raba-raba si Zahirah tu. Huahuahuahuahu~


Rupanya, berkat doa dan kesabaran bertahap infiniti si Wana, Allah pertemukan juga dengan penawarnya. 





Zahirah minum Susu Kambing plus Bee Pollen. 
Kata Wana, Zahirah memang takleh minum susu tepung lain since dia memang fully breastfeed. 
Skang dah beso, dah ada adik dah. 
Wana kena cari susu yang sesuai untuk Zahirah tapi lastnya selera Zahirah adalah kat SKBP ni. 
Zahirah skang sudah 3 tahun usianya. 
Minum pakai cawan jer. 
Dan , lepas sebulan mengamalkan SKBP secara istiqamah, hasilnya memang sangat baik. 


Boleh nampak kronologi pemulihan Zahirah , kan?




Dan di samping pengambilan Susu Kambing plus Bee Pollen (SKBP) , Wana juga guna Sabun Beras Susu Kambing untuk Zahirah. 
Mempercepatkan proses pemulihan kulitnya. 


Dulu dan sekarang




Dah tak payah pakai sarung tangan da kan , kakak?


Selera makan pun bertambah. 
Zahirah nampak jauh lebih sihat dan ceria. 
TAk de yang lebih menggembirakan ibu dan ayah, serta kami-kami ini melainkan melihat Zahirah sihat macam kawan-kawan sebayanya. 
Oh.. Makbed touching ketika menaip nih, tau!


Korang baca sendiri 'rakaman percakapan' Ibunya yang gembira...








Tahniah untuk ibu yang sangat tabah. 
KEsabaran Wana memang sangat tinggi.
Kalau ada award, dah lama dah dia menang. 
KAmi , rakan-rakan Wana turut tumpang bergembira dengan pemulihan Zahirah. 
Semoga, Zahirah lebih sihat lepas ni dan boleh jumpa Oni untuk lawan gusti. Yah yah yah!!!






Entry didedikasi khas buat sahabat MAkbed, Salwana Abdul Razak. 
Dan gambo-gambo suma dicilok dari pesbuk beliau dengan izin tuan punya pesbuk. 
HAk ekskusip ni ..hikhikhik~


BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA SUSU KAMBING PLUS BEE POLLEN, BOLEH HUBUNGI STOKIS-STOKIS BERIKUT:


STOKIS KAWASAN KLANG,SELANGOR :Pn Ulfah:012 6476 442
STOKIS KAWASAN PUTRAJAYA: Pn Ummi AliaH (NUQMAN): 016 6603 741
STOKIS KAWASAN SKUDAI,JOHOR: Pn Salwana :013 5007015
STOKIS KAWASAN IPOH,PERAK: Pn Nurhayati:012 5578 702













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram