Followers

18 Feb 2013

Serba-salah dibuatnya jika anak tak sihat



Udah lama betol Wawan tak demam. LAst coretan pasal demam adalah pada bulan Dec 2012. Tu pun Oni je yg demam. Entah bila last Wawan demam pun aku tak ingat.


Pengasuh dah kaborkan awal-awal Wawan ada 'garing' sikit. KAlau orang perak dia panggil 'dedor'.  Tu tanda nak demam le tuh.
TAnda-tanda demam Wawan biasanya, malam sebelumnya dia meragam.
Dan pada hari demam tu, Wawan dah start meleweh, kemereh dan duduk jer.
KAlau biar sandar, jap gi tetido le tu.
LAgi bes, letak je tangan atas dahi dia, mata dia akan terus pejam.
Tu tandanya, TAK SIHAT.


Aku kasi dia SNE sebijik.
Tu la manfaat SNE pada keluarga aku.
MAybe sebab selalu dok sumbat tu, Wawan jarang demam.
Walaupun tak larat, habih jugak naik sama lauk sardin.
Senang anak-anak aku ni.
Asal masak sardin je, abih nasik satu setengah pinggan.
Oni habihkan sepinggan.
Fuh!!


Walaupun badan panas, mata takleh bukak, tapi mulutnya membebel lebih dari kebiasaan.
MAsa tido pun membebel jugak.
"Papapeipipapapapaaapipapap..."

Semua keluar bunyi "PA" je. Aku pun taktau apa dia cakap.
Cuma, lebih 'ramah' dari selalu.
Agaknya demam ni nak boleh bercakap.


Apak pula terlebih risau.
Dibawanya bekas air dan kain. Minta jerlumkan anak bujangnya. Yela, dari balik umah pengasuh, Wawan cuma nak duduk atas riba Apak aje.
So, aku tunggu sampai la jam 12malam.
TAkut dia panas lagi. Sebab masa tu suhu badan Wawan sudah 38.1 darjah.

Baju Wawan aku bukak. Tinggal pampes je.
Ekon bukak juga.
AKu letak Wawan atas katil. Depan-depan ekon.

Sudahnya, aku tido bawah ngan Oni.
Wawan plak tido atas katil, dengan Apak.

Pagi ni bangun, dah ok sikit.
Sudah 36.8.
Wawan dah lari-lari keliling umah.
Oni aku antar gi skolah.
TAyah la antar Wawan gi pengasuh. LAgipun hari ni aku nak email proposal sahaja.
Besok baru masuk opis.


Satu kepastian bila bekerja sendiri begini, aku dah tak risau lagi kena amik cuti bila anak demam.
Anak-anak aku semuanya sihat-sihat , diasuh oleh Ibu yang sihat jugakk.
HAHAHA.. Teringat kata bos lama aku ------ budak-budak ni kalau kerap demam, petanda kurang kasih sayang. 

Memang susah menjadi parents. Khasnya bila anak-anak taksihat. Serba salah dibuatnya, kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram