Followers

13 Feb 2013

Semoga Dr. Liza Sihat Kembali.



FInally can sit down and write...

Been busy this whole week. Even now, there are still tons of works pending. Insyaallah, lepas masak lunch hari ni boleh kot settle kan sedikit.
Entry kali ni agak panjang. Bagi yang sudi baca, MAkbed dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sayang korang sangat-sangat.








Try cari gambo Doc Liza dalam simpanan sendiri, tapi rupanya dalam lektop lama. 
Aku panggilnya Doc Liza di sini, sebab namanya juga Liza, sama macam aku. 
Nama panggilan juga sama... Dia bahasakan dirinya Kak Liza. 
JAdi, bila memperkenalkan diri kat sedara mara, Kak Liza lebih dikenali dengan panggilan Kak Liza Doktor, atau Dr Liza sebab dia seorang doktor. 
Dr Liza ada seorang kakak, Kak Rosni. Kak Rosni. She's a teacher. 
Dr Liza ada Mak, yang kami panggil Mak Long. Ayah Dr. Liza dah lama meninggal. Sejak dia kecik lagi. 


Knowing her for such a long time. Dari aku kecik.. tengok dia dari susah sampai la dia dah senang. She has always wanted to become a doctor. And really work hard to achieve it. Bila dia dah berjaya jadi doktor,semua orang seronok dan bangga. Sebab, family dia orang susah. 


Dr. Liza kamceng ngan Mak dan Abah. Memang Mak ngan ABah aku ni rapat ngan anak sedara. Sebab tu la aku dan kazen-kazen pun rapat sangat.
 Cuma, since Dr. Liza dah kawin dah ada life sendiri, MAk pun dah gi KUantan, aku pun ada life sendiri segala, jarang sangat aku dapat jumpa Dr Liza , even melawat Kak Rosni dan Mak Long. Sampaikan Dr Liza bersalin pun aku taktau. Heee.. Punya la Dr. Liza simpan nak wat suprise. 


When all of us get the new about her and the stroke attack, all of us was really shocked. Suma tergamam. MAk was the first to get the news that night while she was on her way to my place, from Kuantan. Dok atas bas masa tu. 

KAmi lagi tak sangka, sebab alasan pertama adalah she is a DOCTOR. MAcam mana buleh suddenly leh kena stroke? 


But then..... qadha dan qadar Allah, tak mengenal sapa pun. Kan?


MAk sampai pagi tu, tido jap. Petang dalam jam 3 kami gerak ke KL. Aku tau Mak musti nak pegi tengok Dr Liza. Kalau Abah ada kat sini pun, dia akan terus drive pergi ke HUKM tanpa menunggu. JAdi, aku pegi. BAwak Oni. Kimi jadi peneman. 
Wawan aku tinggalkan kat Inche Kitchi sebab tak muat keta, dan sebab kami pun mmg nak rush pegi sana. 
LAgipun, bawak budak kecik gi sepital ni leceh. 


Dalam hati ni berdebar-debar. MAsa kami gi sana tu, Dr Liza masih koma, after 1st surgery.
 TAkde news kami dengar. Cuma berdoa aje....


BEsoknya...





On the day we went to ICU HUKM, Abang Zul, suami Dr. Liza ada kat situ. 
Suami Dr. Liza juga adalah seorag Doktor. 
The good news came in. DR. LIZA DAH SEDAR DARI KOMA!
Alhamdulillah....


Abang Zul plak sambut kitoang. Walaupun nampak serabut sikit, tapi kata Pidah, he looked way better that the first day his wife was admitted. 
MAk sembang-sembang ngan MakLong, Kak Rosni dan Abang Zul. 
MAsa tu, nampak dah ke'vulnarable'an beliau. Sob..sob... Nak tengok pun tak sanggup. Nampak cam nak nangeh. 
But bila dah habih citer, dia ok balik. PAstu sambung wat lawak spastik plak ngan kami-kami yang memang sedia busy body dan membising kat situ. 
Energy positif itu penting...~


Hujung kanan sekali adalah Abang Zul. Dan di sebelahnya adalah MAk MErtua beliau, iaitunya Mak Long aku.



KAlau nak masuk tengok Dr. Liza, kena masuk 2 orang jer. MAk masuk dulu dengan Kak Rosni. 
PAstu, Kimi dengan Kilah. 
Kendian baru aku dan Pidah. 


GAmbo Dr Liza takleh letak atas sebab-sebab yg korang sniri boleh agak kot. KAn? JAdi, korang akan tengok gambo aku je . JAngan le merajok OKE...~ hehee..


Sampainya aku kat katil sepupu aku tu, aku dok sebelah kiri katilnya. DIa nampak cam kayu je dari pandangan sebelah kiri tu. Keras...
Rupanya, dia lumpuh sebelah kiri. 
Bila aku gi sebelah kanan baru dia respon. 
ANggota badan sebelah kanan suma buleh gerak. Dan bila bergerak tu, bukan perlahan.
 Siap melibas-libas melambai bagai. HAHAHAHA..~  TApi, time sihat walafiat pun memang melibas-libas gitu tangannya.


Cuma Dr. LIza tak leh cakap. Ada kuar suara tapi aku tak paham dia cakap pe. Dia boleh angguk laju-laju. AKu salam dia. PAnggil nama dia.
Genggam tangan dia kuat-kuat. 
Dia pun genggam tangan aku jugak. KUat gak!
Pastu ... aku tanya dia....


"Kak LIza, kenal kami tak?" 


Dr. Liza angguk 2 kali. 


PAstu aku tanya lagi...


"Kak Liza, kami gojes tak? Cun tak?"

Dia terus angguk banyak kali. Aku tak sempat kira. TApi banyak kali la. 
KAlau waktu sihat , aku tanya soklan camtu sure kena lempang sedas. 

Aku ngan Pidah ketawa nengok. "HAHAHA..betul le tu. Kan..."

Dari situ aku leh tau Dr. LIza akan buleh baik dan sihat macam dulu. Semangat dia kuat. 
KUat sekali genggaman tangan dia. Huuuu~

"Kak Liza.... tangan akak tembam nih... " kata aku sambil urut-urut tangannya. Memang sangat berisi. Dia angguk lagi.
Nih kalau waktu sihat, aku memang asyik kena lempang je. HAAHAA. Aku kan sepupu yg nakal.

Abang Zul kata... Dr. Liza memang buleh angguk je. Tak leh geleng. HAHAHAHHAH~


Guess what...


She is actually with-child. Tengah pregnant. 5 bulan. 


So, korang leh imagine tak perasaan semua orang ketika tu? Lebih-lebih perasaan Dr. Liza?



Sebelum aku ngan Pidah keluar dari ICU tu, aku cium tangan Dr Liza lagi. Lama-lama.
 Rasa nyesal plak sebab tak datang kenduri akikah anak sulungnya, Zulfikar ari tu. Aku even tak wish pun tahniah, sebab tak tau bila dia beranak. 

Aku just cakap kat dia...

"Kak Liza kena kuat tau. KAmi suma tunggu Kak Liza. Kena kuat demi anak Kak Liza... "

Aku pun taktau tu adalah kata-kata semangat ke hape. Tapi, yg tu je yg mampu nak kata. Sobss..~
Giler blur pastu tengah tahan sebak.
TApi, control.
Tak 'makbed' la kan nangeh... 



From left: Kilah, Ain, Pidah, Makbed, Pah , Zulfikar dan Bonda Makbed




Bila aku kuar, Zulfikar dah pun sampai. Anak Dr Liza yang sulung ini baru saja 7 bulan usianya. SOBBBBBB sekali lagi!!!


Kisahnya..
Dr Liza and husband baru je plan nak jenjalan.Konon nak dating la masa tu. They just got the news about the new baby. But suddenly, masa dok hepi-hepi tu, Abang Zul nampak muka isterinya senget sebelah. PAstu, slowly badan sebelah kiri keras and pastu Dr. Liza muntah-muntah. 

Menurut citer Abang Zul, ada darah beku dalam otak. Surgery yang pertama gagal mengeluarkan kesemua blood clot itu. 
Dan doc yang merawat pun dah tanya.."jika terpaksa memilih, nak selamatkan baby atau ibu?"


Kesian sangat kat sepupu aku...
Dah le susah nak pregnant. 
Dah jadi camni, tak sure le leh mengandung lagi ke tak leh.... 


HAnya bersangka baik.
Allah sedang uji Dr. Liza sekeluarga. Semoga mereka kuat and keep holding on to each other. 

 Lama jugak kami dok berkampung kat ruang menunggu tu. 
LAgipun kami suma lama tak jumpa. 
Mak berborak-borak ngan Mak Long, Kak Rosni dan sedara-sedara yang ada. 
Sementara aku dengan kazen-kazen pun berborak dan bertarung melayan kekanak riang yg ado. 
Ada Oni je pun. Dengan Zulfikar.


Oni menggunakan skillnya menghiburkan budak kecik.


Gambo tak clear sebab Oni tak reti diam even sesaat





Zulfikar yang montel




 Oni dah start ngamuk nak nenen le..hape la. NAsib baik ado puting ngan bantal busuk. 
Dah pukul 2 lebih, dia dah ngantuk. Waktu yg sepatutnya dia tidur siang. Zulfikar pun dah start 'berlagu'. TApi, takleh tido sebab 'awek' ramai. Apak dia pun dah pening dah camne nak mendodoikan si anak. Solat pun belum. 

NAsib baik ada makcik harimau bintang....KAn????

Dengan kuasa ajaib je, Zulfikar tido terus. Siap nganga lagi. Wahahahah~ 

Oni plak mai hari tu ngada nak dok atas riba plak. MAka, aku kena la bersila atas lantai. Muat lak tu wat kaki Ibu yg persis baby elephant itu sebagai tilam. 
Sangat kretip!


menahan kebas sebenornye






Family Pic. Makbed berjaya menyorokkan diri. Yeahh~






Kasih Ayah

 Di masa-masa getir camni lah kasih sayang dan cinta kita teruji. 
Kita akan usahakan apa sahaja yg boleh demi orang yang kita sayangi .
Walaupun kita lansung tak terpikir yang diri ni ada kemampuan ke tak nak harungi, tapi kita harungi juga. 
Dan insyaallah, bila semuanya sudah pulih, dan kita kenangkan semula apa yg kita dah buat demi orang yang kita sayang, pastinya ia satu perkara yg termanis dan semestinya berbaloi. 





BUat rakanrakan pembaca blog Makbed, hargailah MASA.
Masa kita bersama orang-orang yg kita sayang.
Don't take things for granted. 
Jangan pernah MALU atau KEDEKUT menyatakan cinta dan sayang kepada pasangan dan pada sesiapa pun. MAk, ABah, sedara, atok, nenek...
Jangan cakap "ahh.. wakpe nak say I Love You? Aku mmg sayangkan dia. Dia kan dah tau... Aku bagi dia makan, minum, rumah, aiskrim magnum, moto besau, beskal bmx..sume dia nak aku bagi. Of kos la aku sayang!"
Sayang dan kasih bukan dinilai melalui BARANG yang kita beri pada orang. Pun begitu, ianya juga bukan dinilai melalui kata-kata tanpa TINDAKAN DAN BAHASA BADAN. 
Tapi, jangan lokek untuk menyatakan SAYANG.
JAdi pengajaran lah situasi ni untuk aku.
Dan aku nyatakan juga pada Inche Kitchi
Semoga kami masing-masing sihat and keep loving each other sampai bila-bila....


Kelak bila orang yang kita sayang tu dah tak mampu nak beri respon, kita cakap I LOVE YOU banyak-banyak kali pun, tak de gunanya juga. 


Doakan Dr. Liza pulih seperti sediakala. 




Terima KAsih sebab baca.



Please Like my PAGE

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram