Followers

14 Feb 2013

Semalam Jumaat. Hari ni Jumaat. Esok pun Jumaat. HAri-hari adalah HAri Jumaat.



TAk paham aku lah!

Dah 2 minggu skolah ni, Oni cuma reti sebut hari JUMAAT je.
Dalam seminggu, ada 7 hari. 
Tapi dia hanya tau hari JUMAAT. 
Cikgu tak ajar ke?









HAri Isnin lepas, nenek dia tanya apasal dia tak gi sekolah.

Oni jawab....

"CUTI. Hari ni JUMAAT."

Padahal, hari itu adalah cuti umum Tahun Baru CIna.



HAri Selasa, Oni tak gi sekolah jugak, walaupun sebenarnya dia mmg kena gi skolah masa tu. 
Disebabkan kami semua baru balik dari KL, jadi semua tidur lewat dan bangun lewat. *Alasan yg tak produktif. Jangan tiru. 

Nenek beliau tanya lagi..

"Oni tak pegi sekolah ke?"


Oni jawab...
"JUMAATTTT...... Jumaat.."



Sampai dalam bilik air pun bila pepakcik kutuk dia tak gi sekolah , dia tetap 'mempertahankan' hujah dia bahawa DIA TAK GI SKOLAH SEBAB HARI TU HARI JUMAAT.



HAri ni adalah Khamis. 


Pepagi lagi aku kejutkan dia seperti biasa, mahu ke sekolah.
Terpisat-pisat Oni. Mengeliat.
Mata belum betul-betul terbukak pun.

"Cepat siap kakak. Nak ke sekolah...."


Oni baring semula.


"Hari ni hari Jumaaattt......."Oni bersuara malas, dan cuba sambung tido.


"Kenapa dengan Jumaat? "


"Ibu ni. Jumaat ...CUTI.

Tapi aku pujuk gak soh bangun. Aku tarik kaki dia. Geletek-geletek dia bagi dia bangun gak. 


"TAk nakkkkk. JUMAATTTTT!!!" kata Oni, lagi sambil peluk bantal busuk. 





"Eh, manyak la ko punya JUMAAT. Bangun sekarang!!! Hari ni Khamis. BESOK baru JUMAAT !" kata Ibu yang baru je bertukar menjadi RESAKSE.


TErus Oni bangun masuk bilik air. 



Cik JUMAAT.




Sedap betul bunyi "jumaat" yang Oni sebut tu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram