Followers

6 Feb 2013

Sekali lagi di CK Hotel.



Sekali lagi aku bersiaran secara lansung dari CK Hotel, Lumut.
Ini adalah business travel paling aktif dalam sejarah sebab duduk di hotel yg sama dalam masa kurang dari 7 hari.

KAli ni, aku bawak bersama Oni, Wawan dan Apak mereka menjadi teman perjalanan. Sebab tak sampai hati nak dok jejauh ngan anak-anak sekali lagi. Kang kena komplen ngan ONi plak.

"Asek takde aje Ibu ini.."

HAHAHA.. Mu bersyukurlah IBu ni kerjanya gini. Leh gak la ekjas kot mana yg buleh.


AKu suka outstation gi Manjung sebab kalu bawak anak-anak, kebajikan mereka sangat lah terjaga. DIorang even ada pengasuh di sini. Bukan setakat sudi mengasuh je, tapi sampai tak kasi balik lansung pun ada.
Maka mudahlah urusan aku jika mana aku kena keluar bekerja sehari suntuk tak balik , my kids are in good hands.


Pengasuh yang ni pun da mcm family dah. Sebab dia ngasuh ONi dari umor Oni 6 bulan lagi. SIap leh marah aku lak, apesal ONi jadi kurus keding skang. HUk..HUk..


So, malam ni aku ngan INche Kitchi berdua-duaan aje lah. Oni ngan Wawan tido umah Mama As dema. Kemain sronok lagi Oni dapat jumpa kakanda beliau.
3 hari 3 malam tau dak dok ciwi nak gi jumpa Kakak Nurul dan Mama As.
Sama la ngan si Nurul pun.....

Kesian.. rindu sungguh depa.


Udah jumpa si Kakak Nurul tu, Ibu pun Oni tak pandang dah. Aku suruh tido umah Mama pun tak kisah. Slamber je.. Aishh...~
Wawan je muka cengeng, dari mula sampai habih. Sensetif betui la anak teruna aku sorang nih.


Esok pepagi jam 7am aku kena gerak ke Ipoh untuk sesi training.

MAlam ni, nak gi makan nasik lemak sedap dulu. Ade Inche Kitchi, best la sikit nak makan. Kan kan kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram