Followers

23 Feb 2013

Sebulan Bersama NUTOX Oxyfusion

Atas faktor usia, aku kena memaksakan diri berjinak-jinak dengan skincare. 
TERPAKSA oke.
Ekceli, muka takde masalah pape melainkan selalu aje naik jerawat manja kat tepi idung.
Cuma, bebaru ni terpanggil nak pakai skincare since perasan muka cepat betui berminyak bila keluar. 
Dan bila tak keluar rumah pulak, muka kering.
HAHAHA..
Mengamalkan tabiat tak memakai sebarang mekap bila dok rumah. 
NAk keluar baru pakai moisturiser. Konon nak berjimat la kan. 


Before this, aku pakai Safi Rania.
Bosan pakai yang tu. 
Menyampah pulak hari-hari kena sapu. 
Hehhee..


Aku memerlukan mosituriser yg lebih smart. 
Maka, aku pun survey kat Watson dan terpanah kat menda ni

Moisture Emusion  SPF 25 PA++

 


Ini produk pertama aku cuba dalam rangkaian NUTOX.
Mosituriser adalah penting bagi aku sebelum pakai apa-apa jenih bedak sekalipun. 
Dan, first impression aku ttg produk ni adalah ianya HYGENIC.
HArga pun tak mahal. Tapi aku lupa da berapa rege sebab time beli ada diskaun. 
KAlau moisturiser lain (yang mungkin harga murah sikit) , isinya ada dalam bekas. Bila nak pakai, ko kena guna jari, calit dalam botol.
JAri kita pun belum tentu bersih. Bila calit isi krim dalam bekas, maka tertinggal la segala macam kuman dalam bekas. BEsok ko nak kuar, calit lagi. 
Lusa keluar, calit lagi. MAsuk 10 kali calit moisturiser, ko maybe turut mencalitkan bakteria sekali atas pipi mu yg gebus. 
Kan?

Pada hemat aku, mosituriser dalam botol seperti gambarajah di atas adalah terjamin kebersihannya. 
Bila nak pakai, just pump.
TAk banyak pun kena pump.
Sekali picit je PAstu calit-calit kat beberapa spot, dan tonyoh seluruh muka. 
Dan, biarkan ia menyerap seketika, pehtu baru pakai mekap....


Teksturnya lembut. 
Bukan pekat , melekit macam krim biasa.
Cair jer. 
Sonok la pakai. 
Rasa cam tak sabar je nak besok, supaya boleh pakai lagi.
HAHAHAHAH.. *ciwi.

Moisture Emulsion ini boleh pakai siang aje. 



Kendian, kebetulan adik ipar aku yang kijo Guardian cakap kat tempat dia tgh ada sale untuk beberapa barang.
Then, aku mengamik kesempatan untuk beli yang ni plak...

Nutox Oxyfusion Solar Block SPF45 PA++
 
gambo pinjam kat google.




Ini pun sama gak. 
Smart je botolnye.
TApi, since aku udah guna mositure emlsion yg turut berSPF, jadi yang ni aku tak pakai sangat yg ni.
KAlau pakai dedua, muka aku jadi berkilat macam puding caramel.
NAmpak sedap... tinggal nak kena hurung semut je. HAHAH *tipu. 
TAyah la nak sun block lelebih sangat. 
Kulit muka aku ni jenis yang mudah dan simple, seperti aku juga. 
So, sun block ini aku just pakai bila nak pegi jogging , ada aktiviti riadah yg memerlukan aku dok bawah cahaya matahari lama-lama seperti berkebun dan bila aku dok kat umah.
NAk kuar sidai kain pun aku pakai sun block ko tau. 
JAngan main-main ngan aku. HEhehehe..~
Boleh pakai ini, kendian terus sapu bedak. TAk kisah le bedak ape pun. 
KAt umah aku pakai bedak 'salji' je. Bedak Jonhson n Johnson. 
Simple je. Bedak bontot Oni ngan Wawan pun sapu kat muka. 
Huu~
Jimat menda ni. Pakai sikit jer.
HArga is tak tanya adik ipar aku lagi. Tapi lebih kurang RM30 kot.
 



Kendian, aku beli yang ni plak.

Nutox Ofyfusion Skin Refining Astringent BNest Collagen

Howaa..

Aku tak penah guna toner selama idup.
Eh ..tipu lah. Penah je.
Tapi tak suka baunya macam agak 'tajam'. 
Aku dah lupa bila aku last cuba toner. Tak penah habih and selalunya aku tongsampahkan jer. 
Tapi ni aku tatk pasti ia adalah sejenis toner atau apa. 
MAcam air je. BAu pun superb...  TAKDE BAU sebenarnya. 
ISkk.. dalam banyak-banyak, aku paling suka produk ni. Memang kalu habih, aku beli lagi kot. 
Lepas cuci muka, lap-lap. Then, ko just tembak je menda ni kat muka. PAstu, sapu bagi rata.
Meresap terus!
Dan ko akan rasa muka ko cam cun je.. *perasan.
Astringent ni fungsinya untuk mengecikkan pori-pori wajah. NAk citer tak reti, tapi korang pakai sendiri lah. 
Yg penting, ianya tidak melekit. Dan tidak berbau seperti ubat hospital. HAHAHAHAHAH~




Kesan penggunaan:



takda pape kesan yg serius pun.

Jerawat naik tetiba. 
KAt dahi. Bebetul kat tengah tu. 
NAmpak lebam sebab aku baru pas picit. 
HEHEHE..


Punca naik jerawat maybe sebab wajah terlebih lembab. 
Mungkin juga atas faktor amik SNE. 
TAhukah anda kalu anda amik SNE, kulit wajah anda akan jadi lembab?
So sapa yg amik SNE, tapi selalu naik jerawat , antara solusinya ialah, cuba elakkan pakai pape produk muka yg membuatkan wajah anda lembab dan berminyak buat sementara waktu.
*tetiba masuk citer SNE lak.


 


Kesimpulannya....


Pakai ngan tak pakai adalah sama je. 
Tapi, memandangkan ianya adalah produk PENJAGAAN wajah, maka wajarlah pakai sebab aku ni asyik keluar je. JAdi, produk wajah yg ada SPF ni mestilah ada.
Sayang kulit tau.
Besides, NUTOX is paraben-free yer. 


MAsih pakai bedak pixy sebagai bedak kecayangan. 
It blend well dengan moisture emulsion.


PAsni nak beli pencuci muka dia. Skang ni pencuci muka ada lagi.
Dan, banyak duit sikit lagi, marilah beli serum dia pulak. 
PAstu, maybe aku jadi secomel Fazura kot.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram