Followers

22 Feb 2013

SAYA GEMUK. BOLEH APPLY INSURANS KAH?






HAri ni nak kasi sedikit info insurans untuk orang yg berbadan besar dan tidak pernah sakit setakat ini.

Boleh kah orang yang berbadanbesar atau berlebihan berat badan memohon untuk insurans?


Ada 2 jawapannya..


BOLEH. 
dan
TAK BOLEH.



HEhehee..





BOLEH apply
TAK BOLEH tak apply.


Orang yang melebihi berat badan (mengikut kuota berat badan yg ditentukan pihak insurans) boleh apply insurans dengan mudah dan lulus with flying colors  JIKA insurans tu hanya insurans KEMALANGAN.
Biasanya , insurans kemalangan ini tak payah pakai underwriting, kena check BMI , check jantung, kaki tangan, jari , sume takyah.


TApi, jika mereka ini mahu apply insurans kesihatan, khasnya yang ada medical card, pemeriksaan kesihatan adalah diperlukan.

Pun begitu, MAkbed galakkan sangat untuk mereka yang berbadan besar untuk CUBA APPLY INSURANS BERMEDICAL CARD ini, dan just jalankan pemeriksaan kesihatan.
Ada baiknya juga ye.
Jangan terpengaruh dengan kata-kata pihak luar yang tetiba je cakap "KALAU KO GEMOK, MESTI TAK LULUS PUNYA...."


Salah tu..


Kita tak tau lagi.
Lebih baik cuba, dari tak cuba lansung.
Besides, kos untuk pemeriksaan kesihatan ditanggung oleh pihak insurans yang dipohon. JAdi, tak rugi pape kan? Cuma maybe kuciwa je lah kalau tak lulus...


MAkbed ada bantu rakan-rakan yang berbadan besar ini apply insurans.
KEbanyakkannya LULUS. 
Cuma, ada sedikit PERTAMBAHAN CARUMAN. 
Ertinya, orang yang berbadan besar ini perlu bayar lebih sedikit daripada pemohon biasa. Sebab, mereka ini golongan VIP.


Selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor dan laporan itu dihantar ke syarikat insurans, akan ada 2 kemungkinan sahaja untuk kalian..

1 - Medical KAd lulus , dengan PERTAMBAHAN CARUMAN dan anda kini telah dilindungi insurans.

2 - MEdical kad tak diluluskan atas sebab-sebab tertentu yg dinyatakan. 


JAdi, dapatkan bantuan  agen berkelayakan dan yang sudi membantu anda memohon. Renyah sikit sebenornya.


Bagi yang berbadan besar tapi sudah disahkan ada diebetis, darah tinggi dan jantung, itu memang agak sukar sedikit. Biasany, sesiapa pun baik yang kurus atau gemuk, jika sudah ada penyakit begini, memang biasanya tak lulus permohonannya. Huuuu~


Sekian info hari ini yer.

Thanks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram