Followers

15 Feb 2013

[Resepi] KARI SOTONG




Thanks to Mak.
Dia datang barulah peti ais aku penuh.
HEhehe..
Been a while since my last decent cooking for the family.
Freezer dah kosong dgn lauk basah.
MAk call cakap nak mai, baru kalut gi market.

Sekarang, freezer dah penuh balik. Yahhhh!


Kebetulan masa aku pi market tu, jumpa sotong yang super besaq punya. Murah lak. Sekilo RM16.
Amik la sekilo.
Dah lama tak makan sotong.
But I have no decision yet on how to cook the sotong masa beli tu. Beli semborono jerkkk. HAHAHA..


Tiba harinya nak masak sotong tu, since sotong tu ada sekilo, takkan le semua nak wat goreng masak kunyit atau sotong celup tepung.
BAlik-balik itu jer. Cam bosan lak.
So, aku decide nak cuba mengkarikan sotong tersebut.
But, I was quite scared to 'curry-ing' that sotong since I knew that sotong ni kalau masak lama, maka ianya akan menjadi liat. TAmbahan pulak ini adalah sotong yg gendut dan tough, kan? Jiaaahhh~

Tapi, tak cuba tak tau.
TAkkan le nak makan kari sotong kat kedai nasik kandaq je. Bila la nak pandai masak sniri?  So, aku pun cuba la. Dengan pasrahnya aku main hantam keromo je resepinya.


But it turned out WELL la bebeh!
Mak kata "OHSEM!!!"

So, buleh la share ngan korang.



Nama resepi : Kari Sotong Gerak-Geri Gasing




Bahan-Bahan:

800gm sotong. CUci, dan potong kecil. Tak potong pun boleh.
1 peket rempah kari (Makbed pakai rempah kari ikan)
4 sudu besar serbuk cabai
1 sudu kecil rempah kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
1 biji cili merah (potong kecik)
1 mangkuk santan
2 biji ubi kentang / bendi (potong)
1biji tomato
sedikit air asam jawa



CARA MASAKNYA:

  1. Rempah-rempah tu boh dalam 1 mangkuk, boh air sikit dan gaul. BUat pes. 
  2. Tumis bawang besar, daun kari , cili merah dan halba sampai garing.
  3. Kendian, masukkan bawang putih dan halia. KAcau-kacau sikit. Jangan lama sangat.
  4. Kendian, masukkan rempah. KAcau rata sampai naik minyak. KAlau nak kuah lebih, boleh boh air tapi sikit jer.
  5. MAsukkan ubi kentang atau bendi. Kalau nak boh bendi, Makbed salu boh lepas masukkan santan. Taknak lembik sangat bendi tu.
  6. MAsukkan santan. Kacau... Biar mendidih sedikit.
  7. KEmudian masukkan sotong. KAcau rata. Tutup periuk. Biar 2 minit. 
  8. Pastu bukak balik periuk, boh air asam jawa. Biar mendidih.
  9. MAsukkan garam secukup rasa.
  10. LAst skali boh tomato. 





BAgi yang suka pekat-pekat, lebihkan rempah karinya. Dan air kalau nak tambah jangan banyak-banyak sebab sotong ni bila dimasak akan berair.
Cube ler. Sedap tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram