Followers

19 Feb 2013

PAgi Yang Kalut



Pepagi adalah zone yg kalut especially pada hari persekolahan.
Walaupun aku ada anak yg baru je umur 4 tahun, kalutnya tetap sama jugak.
NAsib baik le sekolah dekat.
Oni pun takde uniform sekolah lagi. So, takde le lagi kena iron baju sekolah bagai.

JAm 7.30 dah setat enjin keta.
Loading beg-beg Oni dan Wawan masuk kereta.
PAstu, loading Oni dan Wawan pulak.
Ate tetiba... si Ibu lak sakit perut. PAnggilan Alam.
Acaner ni?
Anak-anak sume dalam keta dah?
KAlau turunkan, alamat payah pulak la aku nak hambat masuk keta balik.


Inilah masanya mengejutkan Apak.


"Darling, tolong tengokkan bebudak dalam kereta sat. Saya nak pi jamban.."


Disebabkan ianya bukan berlaku sekali, but almost everyday, Inche Kitchi dah tau dah. So, dia dengan malasnya masuk keta, dan tunggu anak-anak sampai aku selesai la apa yg patut.

Itu le gunanya teamwork. KAn?

NAsib baik tak duduk rumah flet.
Disebabkan aku penah dok umah flet, apartment dan yg sama jenis dengannya, maka aku paham kepayahannya bila 'situasi kecemasan' sebegini terjadi.


NAk gi skolah, Oni dah wat muka sadin.
Tu la, hari-hari makan sadin. Muka pun dah cam sadin da.
Dua tiga hari ni, dia semacam malas je nak gi sekolah.
Asal aku antar pepagi, takmo gi. SIap nange-nangeh lagi.
Apasal ek?
KEna buli ke kat skolah?
TApi, cikgu cakap takde pun kena buli.
Biasa je.
Budak tak ramai pun so cikgu nampak je apa yg berlaku.


Honestly aku tak gusar tentang Oni dibuli tu. AKu yakin ianya tak berlaku.
Cuma, aku rasa bersalah je tengok Oni dok nangeh time nak gi skolah.
Seperti aku memaksa dia jer.
KAta cikgu, time dia kat sekolah , memang lansung tak nangeh. Elok je main dan buat aktiviti sekolah. Disebabkan dia masih 4 tahun, so Oni takde la belajar sangat. Just mengaji je. More to asuhan dan kenal huruf dan nombor.
Masa balik pon oke.
TApi, masa nak gi sekolah ni je nangeh.

Bila cikgu tanya kenapa dia nangeh.. dia jawab gini...

"WAWAN BUAT...."


LAwak ke ?
PAdahal Wawan tu dah selamat gi umah pengasuh.
CIss....


Semalam cikgu call gtau yang tangan Oni kena gigit.
TAkde plak Oni nangeh gtau aku kawan gigit dia.
Elok je dia main air dalam bilik air lepas balik sekolah.

Cikgu kata, Oni berebut kaler ngan kawan dia.
KAwan tu memang jenis kedekut sikit. Dan Oni plak jenis, lagi kita tak bagi, yang tu le yg dia nak sangat-sangat.
Tu yang budak tu gigit tu.
HAHAHHAAH... *gelak kat anak sniri. 


Then, aku tanya la Oni pasal gigitan tu.
Udah aku check tangannya, takde pape kesan yg serius pun.

"Oni kena gigit kat sekolah?" tanya ku


"A'aahh... Saghah gigit......" balas ONi dengan pelat 'R' nya. Budak tu nama Sarah.

Itu je ONi cakap. TAkde penjelasan lanjut. So, aku kena tanya plak apasal budak Saghah tu gigit dia.


"Sebab..... Oni amik kaler Saghah. Saghah tak bagi. Dia gigit laaaa...." balasnya.


"Ooooooooo.....gitu.... Sakit tak?" tanya aku lagi.


"Tak punnnnn..... " balas Oni. Pendek jer. Sambung main air.


Ok. Aku plak stress cakap ngan Oni. Kita ni concern je. Iskk..
But, what do u expect from a kid kan?
Okela kalu dia dah cakap gitu.







HAi la Oni...




Thank you for reading this. 

Please Like my PAGE

and thanks again!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram