Followers

22 Feb 2013

NAk gi Tesco la sangat...


Punya lama aku tak gi Tesco. Ade la sebulan kot. Ni suma gara-gara ONi dah masuk sekolah. Maka aku takde geng nak ajak shopping beli barang umah kat Tesco. 

Semalam, lepas amik Oni sekolah, aku ajak le Apak gi Tesco. 
BArang-barang bulanan dah habih. 
Sabun basuh baju takde.
Sabun basuh pinggan takde
Jajan-jajan Oni dan Wawan takde.


Apak cakap 'OK'.
So, aku pun siap-siapkan Oni dan Wawan.
LEpas depa mandi , siap comel-comel giliran aku la plak mandi dan mencomelkan diri. 

Satu masalah aku sampai ke skang ni adalah Oni cukup pantang bila aku masuk bilik air.
Tak kira la masuk bilik air nak mandi ke, nak melabor ke, sume nak temuramah.
Pastu, takkasi aku kunci pintu. 
Tapi, aku hanya tidak mempedulikan beliau.
Aku kunci jugak
Memola dia nangeh ....
TApi, pastu tetiba dia senyap. 

So, aku pun mandilah dengan hepinye. 


Bila aku kuar bilik air, nampak dia dok atas katil sambil gentel bantal busuk. 
MAta menerawang sampai galaksi bimasakti lagaknya.

"Uit, takkan dah ngantuk?" tegur ku.


"TAkde la... Oni tengah tunggu IBu la ni...." jawab Oni perlahan. 

"Nampak macam ngantuk je. Oni ngantuk ke?" 

Oni angguk perlahan. 


"Taknak gi Tesco?" tanya aku lagi.


"Naaaakkkk..." balas Oni bersungguh. Tapi kali ni takde loncat-loncat. Dia just baring je.


OKlah. Aku biarkan je dia lepak atas katil.
Dan aku pun mekap sikit-sikit.
Udah aku siap pakai baju sume... nak amik tudung , tetengok...




"
"
"
"
"
"






[bunyi cengkerik]











Kensel terus gi Tesco.
MAlam tu kami sume makan nasik goreng tepi longkang je. Tu pun tapau. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram