Followers

15 Feb 2013

Membeli insurans bukan bererti menjual iman dan takwa!


[ENTRY LAMA YANG DIUPDATE]



Beli insurans, kemudiannya meletakkan kepercayaan 100% pada insurans, bergantung sepenuhnya pada polisi yang kita ambil tanpa sedar bahawa apa yang kita percaya tu boleh menjurus kepada syirik.

Benarkah?

Padan la ada sesetengah prospek yang aku jumpa cakap kat aku, insurans ni mensyirikkan. Alasannya, kerana kita terlampau bergantung kepada insurans sampai lupa bahawasanya Allah itulah yang menolong kita.

Aku hanya mampu diam dan senyum. Tidak berani menongkah terlampau jauh andai ilmu di dada pun hanya separuh je.
Namun, kata-kata itu aku telan je sebagai satu ilmu.


Aku tak suruh atau paksa orang mengambil insurans untuk diri dan anak-anak serta sekalian ahli keluarga seraya mengajak mereka mengubah iman dan takwa mereka selain dari Allah. MEmbeli insurans bukanlah bermaksud "MENJUAL IMAN DAN KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH." 

 Tidak sama sekali.

Insurans adalah sebagai satu persediaan.
kita nak mati juga.
Kita kena bersedia.
Kita nak gi belajar di universiti, perlu bersedia.
Bersedia dari segi apa?

Dalam dunia yang serba mencabar ni, semestinya lah DUIT yang menjadi soal.

Logik di pikiran, kita menyimpan wang di bank untuk masa depan pengajian anak. Bila kita simpan duit di bank, semestinyalah kita YAKIN dengan bank tu untuk menjaga wang kita, kan?
Selebihnya, apa yang jadi kemudian itu ketentuan Allah, HAkikatnya, kita sudah pun berusaha dan bersedia dengan menyimpan.

Apakah tindakan tu dikatakan SYIRIK, kerana mempercayai bank untuk menjaga wang kita?
Kenapa kita tak simpan wang di bawah bantal saja?


Apakah kita lebih rela MEMINJAM dari PTPTN, atau skang ni femes dengan SSPN , which is one of the conditions in order to qualify yourself of being a peminjam is to start your saving with SSPN.
Skang, PTPTN pun udah tau yg orang kita ni mostly pinjam duit dan tak pandai bayar balik.
Well now, they teach us to create a little effort of SAVING for our own future. KAlao takde akaun SSPN, no pinjam-pinjam for u!

Soklan pentingnya, kenapa perlu bersiap-sedia untuk  MEMINJAM sedangkan kita dah tau dah 20 tahun akan datang, anak kita nak belajar kat universiti dan kita ada tempoh selama tu untuk sediakan simpanan mencukup kat anak-anak?
KAlau zaman atok nenek , atau mak ayah kita dulu lainlah senarionya, namun kita belajar dari orang lama, bukan?


Lemak tak? Asal bukak offer PINJAM je, terus PINJAM. Lupa lak kat nak kena BAYAR BALIK tu.


Senario kedua...

Insurans kenderaan.
Kenapa kita beli insurans kereta?
Adakah sebab ia sudah termaktub dalam undang-undang, kalau nak renew roadtax, kena renew insurans skali?
Cuba bayangkan kalau insurans kenderaan dijadikan sebagai OPTION je ke atas kita - nak amik pun takpe, tak amik pun takpe.
Instead, kerajaan WAJIBkan pengguna jalanraya untuk amik insurans kenderaan. KAlau tak, soriii. No driving for u.

Ada tak pikir?

Sebab, kita ni manusia. Manusia ni tak lepas dari membuat kesilapan.
 TAkde sapa pun buleh jamin yang bawak kenderaan tak eksiden. Kajian sudah dibuat dan risiko kemalangan ketika memandu kenderaan memang tidak dapat dinafikan. Betui?
Sekurang-kurangnya, bila berlaku kemalangan, mangsa ada duit nak repair balik kereta tu. TAkde la dia menggelabah sengsorang. Pehtu takleh gi keje sebab keta rosak. TAk ke mengganggu produktiviti diri sendiri dan negara macam tu?

Adat la.. Bila takde eksiden, kita akan rasa cam "iskk.. wakpe nak bayar insurans keta ni?
Bukannya eksiden pun.. Bayar sesaja je... Yadayadayada.." kendian start blaming the authorities. Amik duit rakyat la. NAk untung lebih la. Melecehkan keadaanlah. Dah memacam lagi.


Tapi, bila eksiden?
Orang langgar bontot keta kita.. atau kita terlanggar bontot keta orang.... ?
Suddenly kita cakap.......... 

." Oh..nasib baik ada insurans. Buleh la claim!" 


NAmpak tak? ...betapa ignorance nya kita dalam hal BERSEDIA ni....

Insurans tu hanya sebagai persediaan.
 At least, jadi pape, kita tidak menggelabah mencari punca kewangan untuk membaiki apa yang sudah rosak.
 KAlau setakat Rm100 saja boleh la afford kan.
TApi, bayangkan kalau kos pembaikan jadi mahal?

Camana pulak kalau kenderaan anda tetiba hilang?

"Oh, nasib baik ada insurans. Buleh claim!"


Boleh jadi syirik ke kalau macam tu?


Sama juga dengan pembelian insurans nyawa. Kita membeli sebagai persediaan.
Ia bagaikan simpanan jangka masa panjang.
Lagi pulak insurans bertakaful ni lebih menepati syariah sesuai dengan keperluan Muslimin dan Muslimat kini.
 Bagi yang tidak memahami apa maksud takaful, boleh rujuk google. Lebih bagus, sila consult dengan agen takaful berhampiran dengan anda.

Konsep "menderma" tu takde kat insurans konvensional - hanya dalam takaful je.
Yang penting NIAT hati tu ikhlas.
TApi sebelum nak ikhlas tu, kita kena FAHAM le dulu apa yang kita BELI.
Kalau main beli je tapi tak paham, tu pasal la orang cakap insurans ni syirik ke khurafat ke boleh terus percaya jek. Ngeeeeeeeeeeeeeee~ 

Insurans adalah option kepada pelbagai jenis persediaan untuk kehidupan dan sesudah kematian. Tapi, persediaan tu juga memerlukan komitmen.

Tak boleh la ko takde wat simpanan pape, tetiba orang nak kasi ko RM1 juta untuk family bila ko udah meninggal. Sapa nak bagi?

Ko dah tau anak ko nak masuk U 20 tahun lagi, tapi tak simpan duit. Pehtu, bajet masa anak nak masuk U tu, duit turun dari langit la ye?


Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. (Surat Al-'Asr)
Ha... ayat ni sesuailah dengan orang kat atas tu.


Berbalik kepada insurans sebagai option persediaan tadi.
Kita cuma bersedia.
Sakit atau tak, Allah yang tentukan tapi papepun kita BERSEDIA. Kerana bila kita sakit, apa pun dah tak boleh buat lagi. Persediaan tu bukan saja untuk meringankan beban kita, tapi juga meringankan beban ahli keluarga kita.
 Tapi, kalau tak bersedia?

Persediaan untuk masa depan ada banyak jenih.
Ada yang menyimpan di bank, ada yang melabur emas kemudian simpan di bank.. Pelbagai cara boleh dilakukan asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak. Pilih je ikut suka dan kebiijaksaan masing-masing.
Tapi udah tak berapa nak bijaksana tu, cuba la rajin-rajinkan mulut tu bertanya? Jangan le main tuduh semberono je. Tak baik gitu.

Jadi, insurans bukanlah sesuatu yang boleh menjadi syirik atau terpesong keluar agama kerana kita terlampau bergantung pada insurans , sampai tak bergantung pada Allah. ITU BUKAN SALAH INSURANS ok! Salah diri sendiri la.

Contoh:

Doktor sahkan kamu sakit yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar jugak. Mujurlah, kamu ada sedikit simpanan di bank namun masih tidak mencukupi untuk pembiayaan seluruh kos perubatan. Tetapi, kamu ada membayar premiun bulanan insurans bermedical card dan  bila kamu refer kat agen kamu tu agen tu cakap... "Yes... buleh cover pakai medical card. Guna je..."

So..apa respon kamu sudahnya?


"Ohh.. nasib baik ada medical card. Takde la perlu keluar duit simpanan aku. Alhamdulillah....Allah mudahkan."



BOLEH JADI SYIRIK KE???? 


Itu lah dia situasi yang aku ceritakan mengikut ayat aku sendiri so semoga kalian faham. Insurans tu elok, tapi kita ni yang buat dia jadi ntah pape.

 Maaflah kalau aku terkasar bahasa ketika menghuraikan hujah. Tapi, aku pun cuma consultant yang biasa-biasa saja. Tak dela terer sangat pon....  Kalau salah minta betulkan ye.



Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram