Followers

9 Feb 2013

Memasak Cara Super Malas tapi Hasilnya Sedap!



Bebaru ni kawan sekolah ,merangkap agen HKCC kawasan Jitra , Along Muna bagi aku ini sebagai free gift join Kutu Tupperware anjuran beliau.




Sebenarnya dia suruh pilih nak yang mana. Ada banyak pilihan tapi aku pilih yang ni sebab tak pernah masak Green Curry sendiri. HAnya pernah makan di kedai aje. 

BAru hari ni berpeluang nak guna padahal aku dapat ni minggu lepas. BAyangkan, dah dekat 2 minggu aku tak masak bebetul. Kalau kepingin nasik, aku je masak nasik ngan telur mata kebau je. HAHAHAHA.. 
Inche Kitchi dah nak pecah tabung dah tu cari 'bibik' menggantikan aku yg MALAS masak untuk beliau. 
Untuk mengelakkan Inche Kitchi merealisasikan hasrat mencari 'BIBIK' , so ari ni aku kena la masak. 
Tu pun, malas jugak. 
Nak masak yang segera jer. *Tepuk dahi!


Peti ais pun dah topup dah. Freezer dah penuh ngan bahan basah. 
KAlut kau pegi pasar pepagi tadi sebab Mak akan sampai umah besok subuh. 
MAlam ni gerak dari Kuantan naik bas. JAdi, dapur kena berasap lah. 


Citer balik pasal pes masakan Tupperware nih 
Senang je nak menggunakan nye...


Meh aku ajar...


Dalam kotak ni ada 2 peket pes. 
KAlau setakat 2 orang nak makan, keluarkan sepeket aje dah cukup. 


BAhan-bahan lain adalah:
Ayam dalam 100 ke 200 gm , ikut suka nak potong macam filet atau nak potong kekecik. Aku buat ayam kekecik je sebab nak masak skali ngan tulang ayam. 
Sayur-sayur kesukaan. Boleh boh brocoli, carrot, ubi atau apa saja. Aku boh kacang buncis je. Sebab aku je yg makan sayur. 
Santan dalam 50ml. 
Garam secukup rasa.


Itu saja.


Cara masaknya:


MAsukkan ayam dalam periuk dan masukkan pes. Gaul rata. Bukak api. Api kecik je. 


Tak payah minyak tau. Hanya ayam dan pes.
GAul..kendian tutup periuk. Biar sampai 3 ke 4 minit gitu. 


PAstu, bukak periuk, masukkan santan. Kacau lagi...  Sederhanakan api. Biar lagi 3 minit atau menggelegak sikit. Boleh boh sayur lepas tu. Tutup periuk balik. 


Lepas 5 menet, kecikkan api. Boh garam sikit. Kacau-kacau bagi sebati. Kendian renehkan lagi 5 menet. Tutup api.

Dah siap.


Wajah 89% siap




Makan dengan nasi panas. 
Sedap.
Pedas sebab pes tu mengandungi cili api yg agak osem jumlahnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram