Followers

14 Feb 2013

Jaket Kecintaan Saya..



Aku baru je habih melipat sebakul baju.
Ada lagi sebakul setengah lagi. Mujurlah ada Running Man. Layan dengan Inche Kitchi, ALang dan Kimi sambil-sambil. Takde la bosan sangat.


Yang lagi sebakul setengah tu, besok aje lah aku habihkan. Panas dok kat luar. MAsuk bilik nak menikmati ekon.
Anak-anak dah tido.
Cadangnya nak menulih blog sikit. So, this is my entry...

Lepas balik dari HUKM melawat Dr Liza, aku dan kazen-kazen janji nak gi umah Puan Presiden, Yang Amat Dihormati, nenek kitorang ler... Sapo lah lagi , kan?
TApi sebelum tu, bonda aku ajak gi amik tv kat umah sewa lama aku di Bandar MAhkota Cheras. So, kami suma gi landing umah Pakcik dulu di Taman RAkan, Kajang.

MAsa aku baru-baru kawin, aku berjauhan dengan Inche Kitchi. Di Bandar Mahkota Cheras itu lah aku tinggal. Membesarkan Oni di dalam perut.
Banyak barang aku tertinggal kat sana disebabkan aku memang kalut nak pindah sebab aku dah nak beranak masa tu.
Then, lepas Oni lahir, aku dah takde keinginan nak stay kat situ, bahkan dah bersedia nak berhenti kerja dan meninggalkan kehidupan serba KL aku tuh. Hehehee..~

Tapi, MAk suruh aku gi amik tv yang dia bagi kat aku masa bujang tu balik.
Ekceli tu hadiah besday aku yang ke 22 (kalo tak silap la..) .
Tv 14 inci aje pon, tapi besar jasa bakti dia kat aku.
Lebih kurang 4 tahun la aku tinggalkan tv kecik tu kat umah sewa lama. Sian nye tv tu.


After few years baru menjengok rumah sewa. Rumah tu milik pakcik. Lepas aku sewa, Pakcik ada sewakan kat orang lain tapi lepas ada kes yang tidak diingini, Pakcik dah takmo sewakan kat orang.
Maka,tinggallah suma barang-barang takde orang jaga....


Set bilik tido aku Kilah nak amik. Ke beli?
Buleh plak dia rajin bukak pintu almari baju tu dan tetiba dia keluarkan sehelai jaket jeans yang memang aku kenal sangat siapa pemiliknya.


Of course le aku punya.

Excited gila nampak jaket tu sebab tu la jaket tersayang.... Segala kenangan menjadi minah rempit adalah bersama jaket tu. Dah kira cam identiti diri sendiri dah tu. EHEHEHHE..~


mode:ciwi





Punya ciwi, even jaket tu 5 tahun tak basuh , dok dalam almari tak keluar-keluar, aku tetap sarungkan terus tanpa berpikir panjang lagi.
Geleng-geleng kepala sepupu aku nengoknye. HEHE..


HAha.. tu citer pasal jacket.



Ini nak citer pasal Dr. Liza plak..


Aku pun tak sure Dr Liza adalah doktor apa, tapi yang paling aku pasti adalah dia bakal habihkan master dan grad bulan May nanti.
Dah sikit sangat dah lagi nak menjadi doktor pakar.
Menurut suaminya, Dr Liza memang selalu benor sakit-sakit kepala, tapi dek kebizian dia takmo gi buat pemeriksaan. Instead, dia just makan paracetamol je.
Even pregnant ni pun, dia taktau. Walaupun kawan-kawan tegur badan dia dah berisi, tapi dia tak rasa dia pregnant. Kawan-kawan suruh check pun, dia tak check. Sedar-sedar dah almost 5 months dah dalam perut. Dan, tak sempat nak bergembira, tetiba je beliau ditimpa musibah.


It is not my intention to write this for you to be judgmental. Hopefully, korang jadikan ini pengajaran dan sentiasa beringat dan mengingatkan orang lain. Ok..

This is my advice....


  1. Please don't take things for granted. This is including your health. KAlau sakit pening berulang, silalah gi check. Jangan lokek duit untuk buat medical check up. Kalau yang memang tak berduit tu memang tak leh cakap apa dah. Tapi, yang berduit ni, please lah ye. Jangan bertangguh. 
  2. BEnar..golongan profesional lah yang paling kerap diserang sakit, tapi mereka ni jugaklah yang paling baloq bila suruh pi medical check up. Alasan: Takde masa. Sebab tu la, profesionals ni kalo bab bayar insurans selalunya dia tak kisah bayar mahal. Sebab, dia nak layanan yang selesa tapi dalam kepala diorang, kalau insurans mahal, sakitnya boleh baik sekelip mata. Salah tu dik non oiii...
  3. Untuk perempuan khasnya yg berkahwin..  Sila alert dengan badan anda. Seandainya anda sedar ada kelainan dengan tubuh badan , baik dari segi saiz atau pun bentuk, sila periksa. Juga perhatikan tabiat pemakanan anda. Manalah tau, boleh jadi anda pregnant. Toksah dok ego, taknak wat UPT. Besok-besok kena wat jugak. Pengesanan awal banyak MEMBANTU mencegah perkara yg tidak diingini.
  4.  Dan bila dah tau diri tu pregnant, sila jangan BERTANGGUH untuk gi buat buku pink. Pemerikasaan awal sangat penting untuk mengetahui status kesihatan anda dan BABY anda. Banyak aku tengok orang pompuan peknen bebaru ni suka tunggu 5 bulan baru nak gi wat buku. KAlau boleh tu, besok nak beranak baru nak bukak buku. Tak bagus tu. Sebab, jika berlaku ectopic pregnancy, atau kehamilan luar rahim, bila masuk 6 bulan baru nak pi check, you will definately lost the baby dan kemungkinan beso itulah kali terakhir anda pregnant ! JAdi, sila jangan dok berlagak sangat. Biar la orang kata poyo.. baru 4 minggu dah bukak buku bagai. Takpe. Awak jaga diri awak. Yang nak tanggung sakit adalah awak, kan? Yang cakap awak poyo tu, bila awak sakit besok-besok, dia akan tetap bercakap jugak. Dia tak jaga awak pun. 
  5. Lelaki... sila berhenti smoking. Dan kalu nak smoking ,sila jangan biadab dengan membiarkan ahli keluarga anda 'terpaksa' sedut asap rokok yg anda hembus tu. Asap rokok tu dah la busuk, beracun pulak tu. Bau kentut lagi 'mulia' kot sebab ianya tidak menyebabkan batuk kering, kanser tekak dan bau kentut jugak tidak memudaratkan bayi dalam kandungan jika si ibu mengandung tu terhidu.


Nih aku cakap je. Pesanan ikhlas. Aku pun tetiba je concern dgn diri sendiri dah. Dr. Liza baru umor 38. Aku ngan dia beza 8 tahun je. UUu..... TAkut plak. NAk mengamalkan cara hidup sihat la pasni.



Rumah Pakcik kat Kajang


MAsa ni kami suma dah letih dah.
Tu pun, pas rumah PAkcik, kami gi umah Tok Siah plak. Tapau KFC dan makan sama-sama ngan Tok.





 To be able to wear this jacket after such a long time was just a blast. I thought I will not see it again. AND, I thought I could never wear it anymore. Ingat tak muat.

Rupanya, muat.... Boleh button lagi.

Nak kata kurus tu memang tak de la. Tapi, kecik banyak le dari tahun lepas. Kan?


Masih lagi mengamalkan Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) dan SNE secara konsistern. Beautskin je aku tak amik dah. Heee... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram